Pages

Monday, March 22, 2010

Selamat dah jadi isteri orang..

Alhamdulillah, selamat sudah adik ipar saya (satu-satunya adik suami saya), Wan Rosni jadi isteri orang. Dengan sekali lafaz, sah la Hadi dan Rosni sebagai pasangan suami isteri. Macam abangnya (suami saya), jodohnya juga dengan orang Selangor kenyit. Majlis nikah diadakan pada 12 Mac 2010 (Jumaat) dan majlis resepsi belah perempuan diadakan hari esoknya di Kuala Krai. Yang belah lelaki, insyaAllah akan dibuat bulan 5 ni.

Nak dekat tarikh nikah Rosni, boleh dikatakan hampir setiap hari suami call kampung adacall...tanya perkembangan dan persiapan semua. Tu je la yang boleh buat. Nak tolong sama memang tak berpeluang la sebab kami tak dapat balik ke Malaysia. Dah la ni kenduri penutup adik-beradik suami...huhu..


Rosni & Hadi love
Semoga hubungan kalian diberkatiNya dan berkekalan hingga ke syurga...




Nak dijadikan cerita, masa hari nikah hari tu, mak andam dah la datang lambat...baju yang Rosni nak pulak takde! Padahal awal-awal lagi Rosni dah bagitau mak andam tu baju mana yang dia nak tapi bila tiba harinya...takde pulak baju tu. Nak menutup malu, mak andam tu bagi 3-4 baju persalinan kat Rosni. Free of charge! Pelamin pun mak andam tu kasi free of charge kenyit. Ala-ala ditaja gitu..eheh..

Masa hari kenduri pulak, Rosni ada exam (MTest KPLI) pagi tu. Hari yang betul-betul dalam sejarah la. Hari tu la kenduri, hari tu jugak la exam. Mesti kelam-kabut je hari tu. Mak ayah saya pergi kenduri Rosni tapi tak dapat jumpa pengantin sebab masa tu Rosni baru je sampai rumah, tengah bersiap-siap.

Apa pun, selamat dah semuanya. Lepas ni tunggu kenduri anak-anak buah suami la pulak senyumkenyit

17 comments:

Norhayati Ahmad said...

dalam gambar tu..macam kenal jer..ex-roomate..nor kan?..

cik oryza said...

macam kawan sy la... mak andam lambat jugak...

yatie chomeyl said...

sian penagntin..hari kenduri pulak ara exam yer hik3x mesti kelam kabut ke sana ke sini

Sari said...

tahniah dapat biras...nmpk meriah gitu..

Drama Mama said...

lawanya pengatnin, ilove weddings. meriah! semua keluarga berkumpul lagi kan

congrats to pengantin baru

temp. housewife said...

tula kan duduk jauh lps tu tak boleh nak balik. boleh call tanya khabar dan tengok gambar2 je kan. (knur kan senasib dgn hubby Nadiah yg tak dpt balik tengok adik kawin. huhu)

nonie said...

wah..dan dan ditaja kan Syukur..murah rezeki;p

paij188 said...

wah bestnye kenduri kawen! sebb tu sy dah pesan dgn 4 adik perempuan saya, nak kawin, buat time tini summer break. hihi.. almaklum la anak sulung, kena la ade tolong sekali. :)

Ummu Ammar said...

Ada hikmah bila mak andam lupa..dpt free terus..Alhamdulillah..

Slmt Pengantin Baru buat pasangan Rosni & Hadi yg sama cantik sama padan ni..

deena farhana said...

slmt pengantin baru buat adik ipar kak Nadiah :) moga bkekalan ke akhir hayat..

Nida said...

Alhamdullillah rezeki... ada hikmahnya mak andam tu lambat...

Nadiah Sidek said...

k'yati: a'ah, nor le tu. dia sepupu suami nadiah

cik oryza: mak andam busy sgt kot :p

yatie: tu la..tak amik exam kang rugi pulak

sari: keluarga belah suami ramai..mmg meriah la :)

drama mama: sama la..suka gak weddings! ;)

temp.hw: tu la kak nur..senasib la..huhu..

Nadiah Sidek said...

nonie: 'ditaja'. hihi..

paij: hehe..siap pesan lg ye

ummu ammar: ada hikmahnya mak andam dtg lmbt :)

deena: ameen..

nida: ye la..rezeki adik ipar la tu :)

Alimaz-Kembara Terasing said...

pasrah je la...semoga majlis lancar...walau pun terpaksa berkejar sana sini...

h4ni3 said...

salam nadiah,
mesti sedih kan tak dpt balik meraikan majlis sama2..

papepun, tahniah dpt ahli keluarga baru :)

Chik Na said...

wah jimat kos..dapat baju dan pelamin pree...

Nadiah Sidek said...

alimaz: alhamdulillah, majlis lancar :)

h4ni3: huhu..mmg pun..

chik na: betul, betul! jimat kos ;)