Pages

Wednesday, July 20, 2011

Summer Trip 2011 (part 6): Ithaca, NY

Summer Trip 2011 (part 1): Madison, WI
Summer Trip 2011 (part 2): Madison, WI
Summer Trip 2011 (part 3): Milwaukee, WI & Michigan City, IN
Summer Trip 2011 (part 4): Cleveland, OH & Little Ferry, NJ
Summer Trip 2011 (part 5): New York City & Ithaca, NY


..sambungan...

Hari ke-11 (5 Jun 2011)
Lepas makan mee goreng kak Izzati yang sedap, kami terus bertolak ke destinasi seterusnya. Sebelum tu kami berjalan-jalan di Istana Ithaca dulu. Lewat juga keluar masa tu. Tunggu baju yang dibasuh malam sebelum tu dikeringkan dalam dryer dulu. Dah kering kena lipat pulak. Pastu kemas-kemas apa yang patut. Dah pukul 11 pagi baru kami keluar. Kesian pulak tengok Fafa dan Damia masa kami nak bertolak tu. Sedih je diorang.



Yay..sampai juga di Istana Ithaca!


Eh, ada universiti pulak dalam istana ni!


Sebenarnya bukan istana pun...memang universiti ^_^. Tempat kak Izzati buat post-doc. Cornell University, Ithaca. Saya je pandai-pandai kata Istana Ithaca sebab bila masuk je kawasan universiti ni tak semena-mena saya rasa macam berada di kawasan istana. Cantik sangat! Reka bentuk bangunannya ala-ala istana. Klasik! Jom cuci mata tengok keindahan 'Istana' Ithaca!


Err...tak tahu apa yang Safiyyah tengah buat tu


Menara jam. McGraw Tower namanya





Pemandangan Ithaca dari atas bukit. Kawasan Cornell University ni berbukit-bukit, menambahkan lagi kecantikan dan keunikan universiti ni. Serta-merta saya teringat universiti kesayangan saya...USM! USM pun berbukit juga tapi tak la terlalu beralun dan tinggi macam Cornell University
































Cantik, kan? Dalam banyak-banyak universiti yang kami dah pergi di US ni, ni la universiti paling cantik yang pernah kami jumpa. Tak sia-sia kami ke Ithaca. Cantik tempatnya walaupun Ithaca ni kawasan kampung. Lebih seronok berada di sini berbanding di New York City.

Puas bergambar, kami meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya...


Ni tiket tol di New York


Ke arah mana destinasi kami seterusnya???



Tunggu sambungannya! ;)


....iya...bersambung lagi...ingat boleh habiskan terus kisah percutian kami ni tapi nanti jadi panjang berjela pulak entry. Sabar ye! :)




26 comments:

Teratak Hami said...

Haaaaaaaaa........... saya nampak Niagara Falls !!!

Asmara said...

Macam bangunan dan senibina di UK dan beberapa negara Europe lain. cantik! :)

lina said...

salam nadiah - cantik nya...bertuah nya dpt melihat dari dekat ...subanaALLAH...kita yg tengok gambar pun teruja...melihat keindahannya....betul2 cantik la.

Happy holiday utk nadiah sekeluarga

zuwairiaiman said...

Salam kunjungan.. blog menarik ;)

Fazlinil Irma said...

suka gambar yang menuruni bukit dgn pokok2 hijau. dalam kepala terus terbayang autumn. mesti lagi cantik.

waahhh.. nadia dah sampai niagara falls.

ok.. saya tunggu sambungan. ~sambil tongkat dagu~ ----> tipu. ;P

NzA said...

cantiknya!!!!! tgk gmbar pn dh kagum...

HuMayRah HaYatI said...

jauh sungguh perjalanan nadiah n family yer...k yati tengok pun dah letih...huhu...

seriuosly pemandangan memang cantik...

Unknown said...

memang cantik!

Baru balik dari bercuti sakan ya Nadiah?

Lama tak jengah blog Nadiah ni...:(

Aleyn said...

Cantik universiti tu yer...cam istana

Rafidah said...

belum penah sampai NY, USA.. baca semua cerita percutian Nadiah seolah olah mcm dah sampai sana lah..hihih :))

Temuk said...

Assalamu'alaikum
Pakcik Temuk mohon izin singgah. Teruja lihat gambar-gambar Barton Hall, McGraw Tower dll tu. Jadi lebih teringat pula kat CU tu. Sekolah kat situ dulu-dulu. Memang cantik tempatnya.

Affieza said...

Wah...cantik2 bangunan kt sana ekh??

ummi_ziz said...

Cantiknya! No wonder la fil sll puji kata kt cu best indah Dan permai;P tu yg husben teringin nak visit n bwk kami ke sana tp tatau la bila hihi

Hanis MY said...

wahhh nak ikut ke niagara falls!

eB said...

KAMI TUNGGUUUUUUUUUUUU :)

mimmie said...

cepat la update lagi kakkkk.......letak bnyak2 pic shakir ye..hee

Nia said...

cantik sungguh, bertuah dapat sampai ke tempat macam ni kan..

tiket tol dia lain dari kita kan, banyak pulak tulisannya.

radziah AR said...

cantik view univ. tu. mana nak dpt sebersih itu di msia. bangunan yg ada pokok menjalar tu mcm kat UM (rindu UM lak). betul nadiah, USM pun berbukit jg. selalu lepak kat atas bukit ngadap jambatan dulu

Nur-nba said...

Salam. Cantik pemandangan di sana kan.. Seronoknya Nadiah selalu berpeluang bercuti di tempat2 yg menarik.. Tak sabar nak tunggu sambungannya... :)

Hani Syahida ✿ said...

bestnya dpt g sne...teringn nk g jgk..huhu

Ummi Salsabila said...

aah,cantik universitinya! klasik!

Unknown said...

setiap sudut cantik... memang betui lah ISTANA>.. rasa2 dulu ade kawan yg amik degree & master kat Cornell University tu... memang cantik tempat belajar nya...

Nadiah Sidek said...

teratak hami: tajam mata! :D

asmara: kat UK mmg byk bangunan klasik mcm tu, kan?

k.lina: alhamdulillah, rezeki dpt merasa pengalaman di rantau org kak

zuwairiaiman: terima kasih :)

irma: tunggu sambil siapkan tempahan org kot :D

k.za: mmg cantik kak

thumbellina: letih mmg letih tapi tahan juga la sbb balik malaysia nanti belum tentu ada peluang berjalan di negara org :)

Nadiah Sidek said...

k.yus: haha..lama dah trip ni kak..tak siap2 lagi entry psl percutian ni :p

aleyn: a'ah, mcm istana

rafidah: kira dah sampai la tu kan..hihi..

temuk: waalaikumussalam wbt. betul, mmg cantik tempatnya pakcik

affieza: yup, cantik ;)

ishamizu: betul la kata FIL izu tu..mmg cantik & permai. insyaAllah sampai la tu ke sana 1 hari nanti :)

hanis: jom2 :D

Nadiah Sidek said...

eb: tunggu dgn sabar ye. ehe..

cikmimmie: huhu..tak sempat nak update la mimmie..

nia: a'ah, lain tiketnya. masuk state lain..lain pulak tiketnya

k.zie: cornell univ mmg bersih. U kat tmpat nadiah duduk ni kotor jgk la :p

k.nur: time suami cuti je baru dpt berjalan kak nur

hani syahida: meh la ;)

ummi salsabila: saaaangat klasik!

kakyong: mmg cantik kakyong

Ashraf said...

Cornell University, tempat Prof Nazalan buat PhD