Pages

Wednesday, July 6, 2011

Summer Trip 2011 (part 4): Cleveland, OH & Little Ferry, NJ

Summer Trip 2011 (part 1): Madison, WI
Summer Trip 2011 (part 2): Madison, WI
Summer Trip 2011 (part 3): Milwaukee, WI & Michigan City, IN


..sambungan...

Hari ke-7 (1 Jun 2011)
Kami check out dari Super 8 Motel, Michigan City lebih kurang jam 10.30 pagi dan meneruskan perjalanan ke Cleveland, Ohio..


Indiana Toll Road. Masih ingat tol zaman dahulu kala di Illinois yang saya cerita dalam entry 'Trip to East USA (part 4)'? Ni pulak tol canggih tapi di Indiana la. Pakai mesin je. Masukkan tiket dulu. Lepas dibagitau jumlah yang perlu dibayar, masukkan duit. Bayar guna kredit kad pun boleh jugak. Jimat tenaga buruh tapi hilang peluang pekerjaan pada yang memerlukan


Ni la mesin untuk ambil tiket tol


"Huwaaa...Shakir dah lapar la ummi!"
Mudah berjalan dengan Shakir ni. Waktu lapar je dia menangis. Yang mencabarnya bila dia lapar tak kena timing...takde tempat nak berhenti (Rest Area jauh lagi). Kadang-kadang sembunyi-sembunyi juga menyusukan dia dalam kereta. Kalau polis nampak memang kena la. Undang-undang kat sini tak boleh lepas anak dari car seat dalam perjalanan walaupun sekejap. Setakat ni alhamdulillah la takde apa-apa. Kesian pulak nak biarkan dia menangis kelaparan


Dah sampai di Cleveland! Singgah Hard Rock Cafe kejap belikan barang kiriman kawan


Pastu kami cari tempat untuk solat.


Masjid yang tersergam indah!


Siapa sangka di US ni ada masjid sebesar dan secantik ini?


Asalnya kami singgah di masjid ni hanya untuk menunaikan solat jamak takhir Zohor-Asar tapi suami saya terjumpa pula dengan seorang jemaah dari Indonesia. Sembang-sembang la dulu. Petang tu juga rupanya ada seorang saudara baru mengucapkan kalimah syahadah. Allahuakbar! Seronok dengar berita gembira tu.

Sembang punya sembang tak sedar dah nak masuk waktu Maghrib. Kami terus solat jamak takdim Maghrib-Isyak di situ dan diajak pula makan seusai solat. Jamuan meraikan pengIslaman saudara baru. Alhamdulillah, rezeki kami.


Saya dan suami makan, Safiyyah main dengan budak-budak tu. Dia sorang je anak dara. Tak sedar diri tu kenit, ada hati nak main basket ball :p. Safiyyah memang suka bola. Nak kata obsess dengan bola tu tak la tapi dia sangat teruja tengok bola melantun-lantun. Tengok bola melantun, mesti dia terlompat-lompat. Masjid ni bersambung dengan sekolah...tu yang ada gelanggang basket ball tu


Kiri: Suami saya dan Abdul Rahman dari Indonesia tapi dah menetap di Cleveland
Kanan: Suami saya dan seorang lagi jemaah lelaki yang tak ingat siapa namanya :p


Saya dengan sebahagian jemaah wanita. Baik sangat diorang ni. Terasa kedatangan saya di situ dialu-alukan. Ada yang ajak ke rumah tapi kami terpaksa menolak sebab perjalanan kami masih jauh lagi. Suami saya pun bukan boleh cuti lama-lama



Selamat tinggal Islamic Center of Cleveland! Moga ada peluang lagi ke sana. Mudah-mudahan masjid ni terus bertapak di situ dan dimakmurkan jemaahnya


Kami ingat nak teruskan perjalanan je tapi bila tengok jam...dah terlalu lewat pulak. Hampir 10.30 malam dah pun masa tu. Kami bermalam di Cleveland je la.


Comfort Inn. Cantik dan selesa!


Lega dapat berbaring atas katil!



Hari ke-8 (2 Jun 2011)
Kami check out lebih kurang jam 9 pagi...


Toyota Camry. Kereta kami selama 2 minggu ;)


Saya suka gambar Safiyyah yang ni!


Model dan jurugambarnya :p


Rest Area ni pun cantik!


Cinderella tertinggal kasut! Putera bertuah yang dapat mengembalikan kasut Cinderella boleh masuk meminang :p


Kecewa. Takde seorang putera pun datang ambil dan pulangkan kasut Cinderella :p


Lama juga kami di Rest Area tu. Hampir sejam rasanya. Kasi Safiyyah puas main dan berlari-lari dulu. Kalau tak, dia mengamuk nanti masuk kereta. Lepas tu baru kami teruskan perjalanan semula..


Suami saya gelar lori tu lori CatDog sebab depan belakang ada 'kepala' :p


Yay..dah sampai New Jersey!




Kami bermalam di Capri Inn, Little Ferry di New Jersey ni selama 2 malam. Saya suka cermin besar yang ada dalam bilik tu. Rasa luas je bilik


...bersambung lagi..huhu..


19 comments:

Irfan said...

irfan suka gambar cinderalla tu... lawa sg safiyyah posing..

puan oryza said...

baiknye syakir... :)

ape petua nk dpt bby yg baik mcm syakir kak nadiah?? share la... shre la... hehe

yatie chomeyl said...

kalau kat jepun ni, masa menyusu takpe kalau baby tak duduk dlm car seat.

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

kim salam kat di cindrella comel :PP

Hanis MY said...

syoknya jenjalan, itulah rasanya islam dh makin kuat kat sebelah barat...

Ibu Yusuf Maryam said...

Jauh perjalanan luas pemandangan, seronok baca n3 jln2 nadia.. :-)

mimmie said...

bestnye kak...suka tgk dua beradik tu atas katil...

Unknown said...

cinderela tomey,batman encem:)

Mek Rose said...

betul jugak tu eh..takde peluang kerja if tol camni kat mesia jugak kan..huhuhu

alor..betul la..sian dia takde putera /katak mai amek kasut ehehhee

ddfirdaus said...

bestnye jalan2..cantik jugak gambar2nya..

ummi_ziz said...

Cantiknya masjid tu..besar plak tu. alhamdulillah..dh mcm kt Msia je. hihi..

Samala sy pun sll curi2 menyusukn Zafri dlm keta. :D

Izan Ishak said...

hehehe...takde putera tolong amikkan kasut yg tertinggal tu ye.

Aleyn said...

Comel la puteri Safiyya...heheh...rasa nak gomoi jer kat padang rumput tu..ehhe

Acik Erna said...

Nadiah..ala..siannya syakir..meangis kelaparan..
semua gambar safiyyah acik suka..semua cantik
dan masjid tu..cantik dan besar.
menunggu cerita selanjutnya suka baca dan tengok gambar.

inspirasicyber said...

islam kat sana semakin subur..semoga puan dapat kongsikan lebih lagi tentang keadaan kemajuan islam di usa..

Nadiah Sidek said...

irfan: safiyyah tak reti posing lagi..tu semua gambar candid ;)

puan oryza: hari2 bayangkan akak..confirm anak jadi baik. haha! mana ada petua la..huhu..

yatie: ok la mcm tu..senang sikit..takyah berhenti kalau nak menyusu

cik yah: baik! :D

hanis: a'ah, kan? mudah2an Islam terus berkembang

Nadiah Sidek said...

k.zefa: tq sudi baca :)

cikmimmie: nak join jgk ke diorang golek2 atas katil? ehe..

nanakimie: tq! :)

rose: tu la..putera takde kat situ :p

dbalkis: jln2 mmg best! ;)

Nadiah Sidek said...

izu: tu la..mcm kat malaysia pulak ada masjid cantik mcm tu

k.izan: hehe..

aleyn: gomoi la..hihi..

k.erna: tu la..kesian dia lapar

inspirasicyber: err..tak tau nak cerita mcm mana sbb tak selalu keluar..huhu..

Unknown said...

terharu tengok masjid yg tersergam indah tu..