Pages

Wednesday, June 23, 2010

Trip to East USA (part 4)

* Gambar bawah ni saya lupa nak kongsikan dalam entry sebelum ni...


Illinois TollwayNi tol kat Illinois. Macam tol zaman dahulu kala pulak..eheh. Campak je duit tol dalam kantung tu. Takde sape jaga pun. Palang pun takde. Eh, tapi ada CCTV tau! 1 lagi yang canggihnya, kalau ada sape-sape yang terlepas bayar tol, boleh bayar secara online dalam tempoh 7 hari. Masuk je Illinois dah mula ada tol. Di Nebraska dan Iowa takde tol pun. Ada 3-4 tempat kat Illinois boleh jumpa tol kantung macam tu. Yang lain-lain tu tol biasa la


unpaid tollUnpaid toll? 7 days to pay. Pay online. www.illinoistollway.com
Canggih, kan? Hehe..


Ok, sambung balik cerita di hari ke-4..

Day 4 (May 29, 2010)
Kami ke Purdue University sebab ada Midwest Games International (MWG-i) 2010. MWG-i ni acara tahunan yang diadakan untuk Malaysian students di US ni. Saya dan suami tak masuk apa-apa game pun. Muzammil main bola tampar, Syafiq pulak main bola sepak. 3 malam juga la kami di Purdue University.


Masa ni tengah tunggu majlis perasmian MWG-i. Tak ramai orang pun lagi. Ingatkan kami lambat dah. Rupanya lama jugak kena tunggu kat padang tu..huhu..


Majlis dirasmikan oleh Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Tak nampak muka Dato' Seri, ambil gambar dari jarak jauh je. Malas nak gi dekat dengan pentas. Sebelum tu Dato' Sri Dr. Jamaluddin Jarjis berucap


Tiba-tiba rasa macam berada kat Malaysia pulak. Tak dapat balik Malaysia, dapat rasa macam berada kat Malaysia pun ok la..ehe. Kat sini la saya kenal dengan Mashitah, Raja Farhana dan Reese dari Wisconsin. Malangnya, takde pulak gambar dengan diorang. Faham-faham je la saya ni...kalau baru kenal tu tak reti nak sembang apa. Nak ajak bergambar pun suara tersekat kat kerongkong. Isk..

Tapi yang tak bestnya, ada beberapa orang student Melayu yang pakai baju ala-ala omputih dah. Yang tu kat Malaysia pun ramai dah, kan? Yang paling tak best...ada pulak adegan peluk-peluk perempuan dengan lelaki (duk ikut cara mat salleh greeting..salam pastu duk peluk..uhu..). Kalau chinese tu saya tak kisah la. Dah la betul-betul depan saya. Saya tengah menyusukan Safiyyah masa tu. Saya pulak yang rasa segan tengok, diorang macam takde perasaan pun..huhu. Sedih la tengok..mudah-mudahan diorang sedar la kesilapan tu dan mudah-mudahan juga kita dilindungi Allah daripada melakukan perkara yang sama..


Masa ni saya bawak Safiyyah jauh sikit dari orang ramai sebab anginnya tak berapa elok. Biar dia main kat sini kejap baru bawak semula ke pedang tu


Lagi gambar kami bertiga. Credit to Reese for this nice picture!


Usai majlis perasmian, kami terus ke gelanggang bola tampar. Nasib baik gelanggangnya dalam dewan. Selamat la kulit kami daripada 'rentung'. Hihi..


Tabik la dengan team ni! Baca doa sebelum mula bertanding. Yang menariknya, team ni jadi juara untuk bola tampar. Oh ye, ni pasukan Purdue ni. Purdue memang ramai student Malaysia


Yang ni pulak team Wisconsin. Untuk bola tampar, boleh campur lelaki perempuan. Game lain saya tak pasti sebab duk tengok bola tampar je. Yang bertudung tu Raja Farhana. Kanan atas sekali tu Reese. Yang lain-lain tak kenal..ehe..


Safiyyah pun ralit tengok orang main. Kami duduk kat tingkat atas ni. Nak duduk kat bawah risau pulak bola melantun kat Safiyyah


Safiyyah nak berkawan dengan kakak.
Adik tu macam nak juga main dengan Safiyyah tapi segan dengan saya agaknya. Last-last Safiyyah yang pergi dekat dengan dia ^^. Pandai pulak Safiyyah nak berkawan dengan budak besar..hehe..


Entah apa la yang 2 orang anak dara ni buat. Saya tengok dari jauh je. Dengan budak besar tu saya tak risau le dah...kalau dengan budak-budak kecik risau jugak, takut diorang main cucuk-cucuk mata. Dah nama pun budak kecik...mana la diorang reti. Safiyyah mujur la tak reti main kasar dengan orang


Dah penat, sesuka hati je duduk tengah-tengah jalan. Eheh..


Excited dapat jumpa ramai kawan!


Happy sungguh! Main dengan budak-budak besar pulak tu


Yang kiri ni anak bongsu Kak Ina (baru kenal je masa ni). Adam namanya. Memang suka betul dengan budak kecik dan baby. Masa Kak Ina datang ke Lincoln Sabtu lepas..Kak Ina cerita, Adam suruh Kak Ina beli baby. Dia ingat baby ni orang jual kat kedai-kedai macam jual anak patung agaknya. Hihi..


Safiyyah dengan peminat-peminatnya. Eheh..


Lena keletihan! Perasan tak pipi Safiyyah macam pakai blusher? Saya tak pakaikan ye! Jangankan kata blusher, lipstik pun saya takde! Tu natural blusher tu. Kalau panas, memang pipi Safiyyah cepat jadi merah. Suami saya kata 'macam udang kena bakar'..hihi..


Tu je la cerita kami di hari ke-4..eheh. Memang takde buat apa pun. Tengok bola tampar je. Tu pun sampai pukul 3 kalau tak silap. Game sampai malam tapi malas pulak nak stay sana, saya bukan minat pun. Lepas tu gi makan dan terus ke Campus Inn balik, lepak-lepak dalam bilik. Masa ni la saya sempat buat entry ringkas "Tiada Di Nebraska"...hehe. 3 malam tu memang rehat sungguh-sungguh la. Syok betul! Macam saje-saje bercuti kat hotel pulak..ngee..



Day 5 (May 30,2010)
Pagi-pagi suami saya gi cuci baju kat self service laundry. Mujur sempat basuh baju. Kalau tak, alamatnya kena recycle la pakai baju tak berbasuh..ehe. Saya dan Safiyyah lepak-lepak dalam bilik je. Tengahari baru Muzammil datang ambil dan bawak kami pergi makan. Macam biasa la...makan di fast food...tu pun order fries je. Tak jumpa restoran halal. Safiyyah jadi vegetarian..makan fruit salad je..hehe..


Termenung pulak anak dara ni


Dalam pukul 12.45 tengahari, kami tengok volleyball final match. Purdue University vs AA Free Agent (AA Free Agent ni la team Muzammil tapi Muzammil main sekejap je. Masa final pun dia tak main). Memang tak sangka AA Free Agent boleh masuk final sebab semuanya bapak orang (sorang je mak orang: Kak Tini). Boleh tahan jugak orang-orang lama ni. Tapi masa final, kalah la kepada team Purdue. Kalah pun, kalah bermaruah la kata orang. Beza mata sikit sangat.


Masa ni jugak la kami kenal dengan Kak Emi sekeluarga. Diorang dari Kansas City. Sempat la bergambar sekejap sebelum diorang balik (tak ingat kenapa diorang balik awal). Saya dengan Kak Emi macam berpakat pakai purple pulak..ehe..


vs



Habis perlawanan, kami ke university bookstore pulak. Sekali dengan geng-geng Wisconsin. Mujur ada 1 kedai bukak. Bookstore lain tutup. Hari Ahad biasanya memang kedai tutup termasuk bookstore. Dapat la beli keychain sebagai tanda kenang-kenangan.


Dengan geng-geng Wisconsin. Wisconsin pun ramai student Malaysia. Yang Melayu la. Yang lain-lain saya tak pasti


Masa nak balik tu terserempak pulak dengan Dr Roslan Jamaludin (MSD Chicago Director) sekeluarga yang tengah mencari university bookstore


Pastu kami jalan-jalan ambil gambar sekitar West Lafayette. 4 gambar bawah ni di sekitar bangunan Tippecanoe County Courthouse...







Khas untuk peminat-peminat bunga *wink*


Berlatarbelakangkan bangunan Tippecanoe County Courthouse


Gambar-gambar bawah ni semuanya di sekitar Tapawingo Park..


John T. Myers Pedestrian Bridge




The Millenium Sundial






Malam tu kami ke Malaysian Night di Loeb Theater. Majlis penutup la kiranya. Sementara tunggu Muzammil datang ambil, sempat lagi bergambar..hehe..






Mula-mula elok la Safiyyah duduk diam dalam dewan (ada saya ambil gambar dalam dewan tapi tak jadi, tak letak la kat sini) pastu mula la dia resah. Orang yang tak reti duduk diam macam tu la! Lepas menyusukan dia pun dia mengamuk-ngamuk lagi. Suami saya bawak dia main kat luar. Saya keluar lambat sikit. Cari suami saya tak jumpa, saya masuk dalam dewan balik. Tengok persembahan dan penyampaian hadiah.


Masa ni Safiyyah kat luar dengan papanya. Dapat bebas bukan main suka lagi


Happy!



Tamat dah cerita untuk hari ke-5! InsyaAllah bersambung di entry seterusnya...

17 comments:

Amel said...

bila masa nya amek gambar tol tu ye? hehe

Sari said...

mmg santai jer smuanya...sronok layan gmbar2 yg xder kat m'sia..xder souvenier utk akak ker?heheh

pali said...

oo kak nadiah, saya tunggu citer kat gainesville ni~ hehe.

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

kan best kalu kat mesia ade tol camni, sonang.cepat n praktikal even bentuknya agak unik.

p/s..safiyyah n blusher,cute hihi..

deena farhana said...

best! waiting 4 next entry..hehe

-azaBaik- said...

gerammnyer tgk dia senyum....aza nampak cam muka akak sebijik huhu...

Chik Na said...

uniknya tol tu...

Nadiah Sidek said...

amel: tak ingat dah kat mana. kat situ je la sempat ambil pun, tmpt lain tak sempat

sari: gmbr2 ni semua kiranya souvenir utk kak sari la. eheh..

pali: citer gainesville lmbt lg la..tunggu turn ye. hehe..

ummi aisyah: silap2 kalau buat kat malaysia tol mcm tu, ramai agaknya kena saman..ehe..

deena: hehe..sabar..sabar..

azabaik: sebijik muka akk ye? ni yg buat akk sayang aza nih. ehe..

chik na: yup, mmg unik ;)

studioukm said...

"Yang paling tak best...ada pulak adegan peluk-peluk perempuan dengan lelaki (duk ikut cara mat salleh greeting..salam pastu duk peluk..uhu..)"

Nape hang tak snap gambar dia orang ni...letak kat blog....

-azaBaik- said...

wah...berbunga2 hati ini bila dirindui..hehe..aza suka tol blog2 org ni..akak..iza..lama da follow,cuma silent reader jek.tp tgk saffiyah snyum tu tak tahan hehe...
p/s: i'm at the end of my 1st trimester for my very 1st baby..doakan aza ye..and jgn lupa entry BF..nak gather knowledge..mish u too..

Izan Ishak said...

yelah nadia...bila org malaysia dok kat us, dorg nak tiru cara mat saleh plak ye. kita yg jadi malu sendiri tgk depa~

Nida said...

mak oiii... panjangnya n3 ni..hehe

macam2 aksi si Safiyyah... pandai bergaya ni..

Katak Gomok Sulie said...

wahhhh...sungguh best.....

Nadiah Sidek said...

studioukm: hish..takmo la. kalau amik pun, tak letak la kat blog ni. mengaibkn diorg pulak nnt

aza: oh, pregnant ye! insyaAllah slmt semuanya smpai saat bersalin nnt. insyaAllah nnt akk buat entry psl BF :)

izan: segelintir je la, tak semua. takpe la, doakan aje agar diorg dibukakan pintu2 hidayah..

nida: pjg sbb byk sgt gmbr..hehe..

katak?: awat buh nama katak? tq for drop by! senang2 dtg la lg :)

nhanunmr said...

k.nadiah,safiyyah maintain comey~ ^^ love her pic with the headband.cut lil' girl..hehe

boundaries said...

terima kasih bunga tu k.nadiah^_^ penutup pun dengan gambar yg lawa...

kakyong said...

cumil nya safiyyah dgn gaun pink...

nadiah bercuti ni ala berkonvoi ker?