Pages

Wednesday, June 16, 2010

Trip to East USA (part 2)

Day 2 (May 27, 2010)
Kami check out pukul 9.45 pagi dan terus ke Lake Shore Drive...


Masa ni angin kuat sangat! Tengok la rambut Safiyyah tu...dah nampak macam botak sebelah pulak..hihi. Oh ye, Chicago ada banyak gelaran, antaranya Windy City. Memang sesuai sangat la dengan gelaran tu..


Tudung saya pun hampir terbang dibuatnya! Mujur la pakai pin di kiri kanan bahu


Sengaja saya letak gambar ni sebab dalam gambar ni Safiyyah tengah tersengih. Memang susah nak ambil gambar dia happy macam ni. Tiap kali nampak kamera, muka dia terus jadi serius. Camera shy kot..hehe. Nak ambil gambar Safiyyah tersenyum/tersengih kena ready awal-awal dan snap cepat-cepat


Ni view di sebelah kanan. Yang ramai-ramai tu budak sekolah. Memang banyak rombongan sekolah datang ke sini sebabnya ada Planetarium. Nampak tak bangunan yang berkubah tu? Tu la bangunan Planetarium


Adler Planetarium & Astronomy MuseumKawasan sekitar Adler Planetarium & Astronomy Museum. Kami tak masuk pun Planetarium tu...nak mengejar masa


Ada sape-sape nak ikut Safiyyah mengembara ke bintang...? Ehe..


Flag of ChicagoBendera berbintang-bintang tu adalah bendera Chicago. Pelik, kan? Bukan setakat negeri, bandar pun ada bendera sendiri


Pastu kami teruskan perjalanan ke tengah-tengah bandar Chicago..


The Segway scooterTengah cari parking, saya ternampak 2 orang polis tu. Sorang jalan kaki, sorang lagi naik Segway scooter. Segway scooter ni antara pengangkutan polis di sini. Biasanya digunakan kat tempat-tempat sesak macam di bandar-bandar [source]


Susah sungguh nak cari parking kat tengah-tengah bandar Chicago tu! Beberapa kali pusing, tak dapat-dapat jugak parking di tepi-tepi jalan. Seboleh-bolehnya nak elak parking di Public Parking sebab charge yang dikenakan mahal sangat. Tapi disebabkan takde pilihan lain, parking juga la di Public Parking. Sejam = 14 dollar! Hoho...mahal sungguh! Seingat saya, kami kena bayar 27 dollar untuk parking masa tu. Mujur la duit parking dibahagi 3!






Apa benda la agaknya yang bujur tu ye..?


Tadaa...

Cloud GateNi la Cloud Gate. Gambar atas tu dari sisi tepi. Bila tengok benda ni, saya terbayangkan merkuri. Rupa-rupanya, bila saya search kat internet, pereka Cloud Gate tu memang gunakan merkuri sebagai inspirasi! Cloud Gate ni jugak dikenali sebagai The Bean sebab bentuknya seakan-akan biji kacang (bean)


Gambar dari sisi ni lebih jelas nampak bentuk sebenar Cloud Gate tu


Ni betul-betul dekat dengan sisi Cloud Gate. Boleh jadi cermin!


Ni pulak di bawah Cloud Gate. Pening tengoknya. Bawah tu kan bentuknya melengkung ke dalam, tu yang refleksinya jadi macam tu


Model-model Cloud Gate..?


Saya suka betul ambil gambar masa orang tengah bergambar..hehe..


Jay Pritzker PavilionNi pulak namanya Jay Pritzker Pavilion. Tempat buat persembahan


Nampak tak perbezaan 'kotak' belakang tu? Satu tu matanya terbukak, yang satu lagi tertutup. Tu air pancut sebenarnya. Crown Fountain. Macam-macam muka orang dan macam-macam mimik muka bersilih ganti kat fountain tu. Saya nak tunggu muka yang pancut air dari mulut (macam gambar bawah) tapi lambat sangat...dapat ambil gambar apek tu je (mentang-mentang matanya sepet, panggil apek pulak! hihi..)


Credit picture: Google


Habis bergambar di Millenium Park, kami jalan-jalan kat bandar tu pulak..


Bangunan Chicago Cultural Center


Safiyyah yang happy nak menunggang lembu. Eheh..
Arca lembu ni kat depan bangunan Chicago Cultural Center


cigarette disposalIngatkan apa benda la ni...bila tengok dekat rupa-rupanya cigarette disposal!




Hari ke-2 ni tak habis lagi ceritanya tapi cukup la setakat ni dulu. Dah panjang sangat dah rasanya ni. Nanti saya sambung kat entry lain, insyaAllah..

24 comments:

NURUL IZZA said...

ms kakjaja dtg rumah hari tu , dia cite spring break lepas diorg pun jln chicago. kata kakjaja, diorg parking kete pastu jalan downtown tu dgn pucblic transport je.

p.s: ktorg pun xmsk planeterium.kejar ms =)

aLyNnZ said...

ms kt tepi pantai tu xder pagar ker..? alin tgk mcm bahaya lar nadiah..bahaya tuk kanak..tp cik saffiyah nmpak ayu ngan rambut yg ditiup angin..besar da saffiyah..dulu alin terpikat ngan blog nadiah sbb ms tgk saffiyah pkai bj salji warna merah..

uihh cantik nyer cloud gate..canti sgt..fountain tu pun alin suker..

husna said...

wah. syok nya bergambaq kat cloud gate tu. husna pon suka objek2 mcm tu.
berapa hari kak nadiah travel?
kalau 1 hari pon kena bt byk entry...
berapa la gamaknya entry kak nadiah kena buat tuk ceritakan semua.
boleh pengsan kak nadiah cam nih.
cuma boleh kata kesian sajalah..
sbb saya nak baca semua cerita kak nadiah dan tengok lbh byk gambaq.
ngeh ngeh

MAMASYAZA said...

tak dpt p US, dapat baca citer n tgk gambar pun jadilah...bestkan

Suhana Shahril said...

Wah..sronoknya si kecik Saffiyah tu yer dapat jalan2 around d world gitew!

Ummi Aisyah said...

uniknya tengok air pancut Crown Fountain.macam2...

nadnye said...

seronoknya.. banyak replica yang unik2 di Chicago yea.. bila nak sampai disana nie :P

The Juggling Queen said...

bestnye nadiah. dah la tak panaskan? suke nengok saffiyah senyum comel je! :)

yatie chomeyl said...

wah best2x....teirngin plak nk g jln2 kat sana jenguk safiyyah...agak2 kalau ada conference kat belah2 sanan nati, leh la gi hehe

MOMMY NADIA said...

salam Nadiah...
nama kita sama..yeay!!thats brought me here...
neway..bestnye jalan2..n ur dotter sgt cute..suka tgk Saffiyah smile..sweet ;)

ummu said...

salam Nadiah
subhanallah comelnya Shafiyyah di picture pertama tu. Geram,rasa nak anak perempuan je cepat2 tapi mengenangkan nasihat doctor,sabar je lah dulu.dulu masa akak kecik,akak tak boleh tengok baby girl comel chubby,mesti akak cubit.hu hu

Ummi Salsabila said...

comel betul si safiyyah.rs nak culik je dia.hehehe.

bestnya kak jalan2 cuti2 kat negara org..:)

mama zharfan said...

me blogwalking here...nice story, nice pics :) and nice water mark too...u buat sendiri ke water mark tu..cute :)

Lady Lavender said...

seronoknya Nadiah...bila la akak dapat jejak kaki kat US pulak yea..

Nadiah Sidek said...

izza: takde sape terfikir nak naik public transport ms tu

alynnz: a'ah, mmg bahaya. situ bukan pantai..tasik je tu alin

husna: tu yg akk stop sampai situ je...kalau tak mmg pengsan la :p

mamasyaza: sy pun cmtu..tak dpt nak pergi ke tmpt org, baca je kat blog kwn2 yg duk oversea ;)

suhana: ummi & papa safiyyah yg seronok..hihi..

ummi aisyah: yup, unik

nadnye: mana tau nnt ada rezeki ke sini ;)

Nadiah Sidek said...

juggling queen: skrg dah start panas, cuma kat chicago ms tu cuaca ok :)

yatie: takde conference pun blh dtg sini..jln2 bwk nazhan :D

mommy nadia: yay! nama sama, muka tak sama kan? ehe..

ummu: nasihat Dr? knp kak? ada mslh ye?

ummi salsabila: raudhah culik safiyyah, akk culik adam. ekeke..

mama zharfan: a'ah, watermark tu buat sendiri. simple2 mcm tu blh la buat, yg canggih2 tak reti :p

lady lavender: meh la kak jln2 sini ;)

Hamizah said...

nak g US juga..

Izan Ishak said...

salam nadiah...
seronok tgk n3 begambar ttg chicago kali ni. betul3...tak dapat sampai sana, tgk kat blog pun dah best!

[-suziey-] said...

Waaa bestnye..beach yg best..hehe..eh cantik plak tgk baju safiyyah..hehe..
kuat btl angin ek..

cloud gate tu pening la tgk..but nice la..haihhh bila la nk merasa g sana:D

Sanaa Elias said...

seronoknya jalan2 usa!

ntah bila lah nak jejak kaki ke US tu. but i macam nak puas2 jalan ke europe baru gi US. tgklah rezeki camne nanti :)

sweetsal said...

mak aish...seronoknyer gi jalan2 kt USA ni..tgk gambar pn jadilah..klau ada rezeki blh la gi makan angin kt sana kut..insyallah

Nadiah Sidek said...

hamizah: meh la ke sini kak ;)

izan: nnt sy kongsi lg gmbr2 :)

suziey: mmg angin kuat ms tu

sanaa: sy pun teringin nak ke europe jgk!

sweetsal: ada rezeki nnt blh la akk dtg sini :)

mamalieyna said...

seronoknye pengalaman jenjalan di negara org ye..menarikkk...! ^_^

kiut la safiyyah..! ^_^

kakyong said...

nadiah,
cantik2 lah bangunan kat sana..
tak puas baca n3 ni.. okay ade 13 hari lagi kan... ;)