Kami check out pukul 9.45 pagi dan terus ke Lake Shore Drive...
Masa ni angin kuat sangat! Tengok la rambut Safiyyah tu...dah nampak macam botak sebelah pulak..hihi. Oh ye, Chicago ada banyak gelaran, antaranya Windy City. Memang sesuai sangat la dengan gelaran tu..
Sengaja saya letak gambar ni sebab dalam gambar ni Safiyyah tengah tersengih. Memang susah nak ambil gambar dia happy macam ni. Tiap kali nampak kamera, muka dia terus jadi serius. Camera shy kot..hehe. Nak ambil gambar Safiyyah tersenyum/tersengih kena ready awal-awal dan snap cepat-cepat
Ni view di sebelah kanan. Yang ramai-ramai tu budak sekolah. Memang banyak rombongan sekolah datang ke sini sebabnya ada Planetarium. Nampak tak bangunan yang berkubah tu? Tu la bangunan Planetarium
Kawasan sekitar Adler Planetarium & Astronomy Museum. Kami tak masuk pun Planetarium tu...nak mengejar masa
Bendera berbintang-bintang tu adalah bendera Chicago. Pelik, kan? Bukan setakat negeri, bandar pun ada bendera sendiri
Pastu kami teruskan perjalanan ke tengah-tengah bandar Chicago..
Tengah cari parking, saya ternampak 2 orang polis tu. Sorang jalan kaki, sorang lagi naik Segway scooter. Segway scooter ni antara pengangkutan polis di sini. Biasanya digunakan kat tempat-tempat sesak macam di bandar-bandar [source]
Susah sungguh nak cari parking kat tengah-tengah bandar Chicago tu! Beberapa kali pusing, tak dapat-dapat jugak parking di tepi-tepi jalan. Seboleh-bolehnya nak elak parking di Public Parking sebab charge yang dikenakan mahal sangat. Tapi disebabkan takde pilihan lain, parking juga la di Public Parking. Sejam = 14 dollar! Hoho...mahal sungguh! Seingat saya, kami kena bayar 27 dollar untuk parking masa tu. Mujur la duit parking dibahagi 3!
Tadaa...
Ni la Cloud Gate. Gambar atas tu dari sisi tepi. Bila tengok benda ni, saya terbayangkan merkuri. Rupa-rupanya, bila saya search kat internet, pereka Cloud Gate tu memang gunakan merkuri sebagai inspirasi! Cloud Gate ni jugak dikenali sebagai The Bean sebab bentuknya seakan-akan biji kacang (bean)
Ni pulak di bawah Cloud Gate. Pening tengoknya. Bawah tu kan bentuknya melengkung ke dalam, tu yang refleksinya jadi macam tu
Nampak tak perbezaan 'kotak' belakang tu? Satu tu matanya terbukak, yang satu lagi tertutup. Tu air pancut sebenarnya. Crown Fountain. Macam-macam muka orang dan macam-macam mimik muka bersilih ganti kat fountain tu. Saya nak tunggu muka yang pancut air dari mulut (macam gambar bawah) tapi lambat sangat...dapat ambil gambar apek tu je (mentang-mentang matanya sepet, panggil apek pulak! hihi..)
Habis bergambar di Millenium Park, kami jalan-jalan kat bandar tu pulak..
Arca lembu ni kat depan bangunan Chicago Cultural Center
Hari ke-2 ni tak habis lagi ceritanya tapi cukup la setakat ni dulu. Dah panjang sangat dah rasanya ni. Nanti saya sambung kat entry lain, insyaAllah..
24 comments:
ms kakjaja dtg rumah hari tu , dia cite spring break lepas diorg pun jln chicago. kata kakjaja, diorg parking kete pastu jalan downtown tu dgn pucblic transport je.
p.s: ktorg pun xmsk planeterium.kejar ms =)
ms kt tepi pantai tu xder pagar ker..? alin tgk mcm bahaya lar nadiah..bahaya tuk kanak..tp cik saffiyah nmpak ayu ngan rambut yg ditiup angin..besar da saffiyah..dulu alin terpikat ngan blog nadiah sbb ms tgk saffiyah pkai bj salji warna merah..
uihh cantik nyer cloud gate..canti sgt..fountain tu pun alin suker..
wah. syok nya bergambaq kat cloud gate tu. husna pon suka objek2 mcm tu.
berapa hari kak nadiah travel?
kalau 1 hari pon kena bt byk entry...
berapa la gamaknya entry kak nadiah kena buat tuk ceritakan semua.
boleh pengsan kak nadiah cam nih.
cuma boleh kata kesian sajalah..
sbb saya nak baca semua cerita kak nadiah dan tengok lbh byk gambaq.
ngeh ngeh
tak dpt p US, dapat baca citer n tgk gambar pun jadilah...bestkan
Wah..sronoknya si kecik Saffiyah tu yer dapat jalan2 around d world gitew!
uniknya tengok air pancut Crown Fountain.macam2...
seronoknya.. banyak replica yang unik2 di Chicago yea.. bila nak sampai disana nie :P
bestnye nadiah. dah la tak panaskan? suke nengok saffiyah senyum comel je! :)
wah best2x....teirngin plak nk g jln2 kat sana jenguk safiyyah...agak2 kalau ada conference kat belah2 sanan nati, leh la gi hehe
salam Nadiah...
nama kita sama..yeay!!thats brought me here...
neway..bestnye jalan2..n ur dotter sgt cute..suka tgk Saffiyah smile..sweet ;)
salam Nadiah
subhanallah comelnya Shafiyyah di picture pertama tu. Geram,rasa nak anak perempuan je cepat2 tapi mengenangkan nasihat doctor,sabar je lah dulu.dulu masa akak kecik,akak tak boleh tengok baby girl comel chubby,mesti akak cubit.hu hu
comel betul si safiyyah.rs nak culik je dia.hehehe.
bestnya kak jalan2 cuti2 kat negara org..:)
me blogwalking here...nice story, nice pics :) and nice water mark too...u buat sendiri ke water mark tu..cute :)
seronoknya Nadiah...bila la akak dapat jejak kaki kat US pulak yea..
izza: takde sape terfikir nak naik public transport ms tu
alynnz: a'ah, mmg bahaya. situ bukan pantai..tasik je tu alin
husna: tu yg akk stop sampai situ je...kalau tak mmg pengsan la :p
mamasyaza: sy pun cmtu..tak dpt nak pergi ke tmpt org, baca je kat blog kwn2 yg duk oversea ;)
suhana: ummi & papa safiyyah yg seronok..hihi..
ummi aisyah: yup, unik
nadnye: mana tau nnt ada rezeki ke sini ;)
juggling queen: skrg dah start panas, cuma kat chicago ms tu cuaca ok :)
yatie: takde conference pun blh dtg sini..jln2 bwk nazhan :D
mommy nadia: yay! nama sama, muka tak sama kan? ehe..
ummu: nasihat Dr? knp kak? ada mslh ye?
ummi salsabila: raudhah culik safiyyah, akk culik adam. ekeke..
mama zharfan: a'ah, watermark tu buat sendiri. simple2 mcm tu blh la buat, yg canggih2 tak reti :p
lady lavender: meh la kak jln2 sini ;)
nak g US juga..
salam nadiah...
seronok tgk n3 begambar ttg chicago kali ni. betul3...tak dapat sampai sana, tgk kat blog pun dah best!
Waaa bestnye..beach yg best..hehe..eh cantik plak tgk baju safiyyah..hehe..
kuat btl angin ek..
cloud gate tu pening la tgk..but nice la..haihhh bila la nk merasa g sana:D
seronoknya jalan2 usa!
ntah bila lah nak jejak kaki ke US tu. but i macam nak puas2 jalan ke europe baru gi US. tgklah rezeki camne nanti :)
mak aish...seronoknyer gi jalan2 kt USA ni..tgk gambar pn jadilah..klau ada rezeki blh la gi makan angin kt sana kut..insyallah
hamizah: meh la ke sini kak ;)
izan: nnt sy kongsi lg gmbr2 :)
suziey: mmg angin kuat ms tu
sanaa: sy pun teringin nak ke europe jgk!
sweetsal: ada rezeki nnt blh la akk dtg sini :)
seronoknye pengalaman jenjalan di negara org ye..menarikkk...! ^_^
kiut la safiyyah..! ^_^
nadiah,
cantik2 lah bangunan kat sana..
tak puas baca n3 ni.. okay ade 13 hari lagi kan... ;)
Post a Comment