Pages

Monday, June 14, 2010

Trip to East USA (part 1)

Dah nak dekat seminggu balik bercuti baru nak update cerita jelir.

Saya akan buat part by part, insyaAllah. Ni baru part 1. Tak tahu la ada berapa part kesemuanya nanti. Nak tulis sekali harung memang tak boleh la...silap-silap 2-3 hari pun tak habis lagi menaip..ehe. Dan berkemungkinan juga gambar lebih banyak daripada ayat. Gambar-gambar terpilih je la yang saya letak pun...tak terdaya nak letak semua...ada lebih 2 ribu keping gambar kesemuanya..hoho..

Jom kita mulakan perjalanan! kenyit


Day 1
Kami (saya sekeluarga, Muzammil dan Syafiq) bertolak dari Lincoln lebih kurang pukul 10 pagi lepas uruskan kereta sewa. Kali ni kami sewa Toyota Camry pulak. Terus menuju ke destinasi pertama kami...Chicago, Illinois. Nak ke Illinois akan melalui Iowa tapi kami tak singgah pun di Iowa memandangkan Spring break lepas baru je jalan-jalan di Iowa (Trip to Iowa & Trip to Iowa (part 2)). Berhenti pun sekejap-sekejap je untuk mengisi perut dan meregangkan otot-otot yang kelenguhan...


The DeKalb Oasis ni antara R&R yang kami singgah. Cantik, kan? Tak nampak macam R&R pun


Kami sampai di Chicago dalam pukul 8 petang. Check in di Super 8 motel. Rehat-rehat kejap sementara tunggu waktu Maghrib. Lepas solat jamak Maghrib-Isya', kami keluar cari makan pulak.


super 8 motel, chicagoSuper 8 motel, Chicago


Halal and Zabiha KFC-A&W, Lombard, ILKami makan KFC! Terpaksa makan kat luar sebab masa kami sampai tu, KFC tu dah nak tutup dah. Hanya di Illinois je ada KFC halal zabiha. Ada 3 cawangan kesemuanya di Illinois (yang halal la). KFC/A&W yang kami pergi ni di Lombard, paling dekat dengan motel kami. KFC ni gabung sekali dengan A&W. Sini memang stail macam tu, boleh gabung-gabung dengan restoran lain


Lepas makan, jalan-jalan pulak sekitar Chicago...




Soldier FieldSoldier Field's bronze mural


Psstt...masa jalan-jalan tu saya duduk dalam kereta je sebab Safiyyah dah lena dah. Saya pun lena sama! Hihi..

Hampir pukul 2 pagi baru la kami balik semula ke motel. Nikmat sungguh dapat baring dan lelapkan mata atas katil! Memang lena sungguh malam tu...letih sangat duduk dalam kereta lama-lama..


Part 1 dah selesai! Sambungannya?....tungguuuuu!

13 comments:

kak mas said...

sronoknya jln2 obersee..

[-suziey-] said...

waaa bestnye..dh alang2 ade kt overseas harusla p jln2 dunia tgk negara org kan..hehe

Hamizah said...

seronoknya jln2..nak ikuuuttt

Syigim said...

bestnye makan kfc halal tu.. dpt jgk la kfc kat sana kan. masa i kat melbourne, kfc halal jauh...penah makan skali je mlm merdeka member beli byk2 makan ramai2 :)

mmg cantik r&r tu. r&r kat dubai pun lawa. msia r&r sg buluh tu ok jgk la kan open space. hihi n nasib bek toilet bersih :)

Khairi said...

salam,

waaa bestnya kat tempat orang. enjoy your time ya.

terlajak baca blog sampai ke sini hehe :)

NURUL IZZA said...

ternanti2 entry cuti2 safiyyah..

p.s: pendek nyeeee..=(

Ummu Ammar said...

Jeles la kat Safiyyah ni..beruntung betul dia..kecik2 dah pg mcm2 tmpt kt negara org..

Nadiah Sidek said...

kak mas: sementara duk oversea ni kak..ambil peluang la jln2 tmpt org :)

suziey: betul..betul..! :D

hamizah: nak ikut? dah balik umah dah pun..hehe. meh dtg umah nadiah la (mcm dekat je..hihi..)

syigim: tu la, dpt merasa sekali pun jd la..ada kat illinois je pun kfc halal tu. state lain takde

khairi: terlajak dr mana tu? ehe. tq for drop by!

izza: ala..ni kira start enjin la. kurang rajin lak nak memanjang2 entry :p

ummu ammar: safiyyah besar nnt bukan dia ingat pun kak..hehe..

Ummi Aisyah said...

tak puas nak baca..nanti sambung lagi yek eheheh

aLyNnZ said...

lagii..uih xsabar nk tau n3 selanjutnyer..

husna said...

nak gambaq lagi...
ngeh ngeh

Nadiah Sidek said...

ummi aisyah: pendek sgt ye cerita..hehe..

alynnz: sabar..sabar..hehe..

husna: nnt akk letak gmbr byk2 :D

kakyong said...

nadiah,
di luor negara okey jer cari kfc halal.. cuma tak faham, kat sini ade juga yg sebar mcm2 pasal kfc...

anyway, tak sabar nak tunggu cerita selanjutnya... 15 hari kan..