Pages

Sunday, June 27, 2010

Jamuan meraikan suami

Petang semalam kami sekeluarga buat jamuan kecil-kecilan sempena ulangtahun suami saya yang ke-29. Bukan la nak celebrate birthday sangat pun, saje nak menjamu teman-teman kat sini. Lama dah tak buat aktiviti makan-makan macam ni. Dah alang-alang suami saya bertambah setahun lagi usianya, saya dan suami decide la buat jamuan sikit. Hanya geng-geng Malaysia dan Thailand je yang dijemput pun...


Bergambar sebelum makan


We're on candid camera! Entah apa la yang menggelikan hati kami masa ni


Menunya:

nasi tomatoNasi tomato + ayam masak merah + acar timun. Suami saya yang request nasi tomato. Acar timun tu suami saya yang buat. Dia tengah rajin tu biarkan aje..kurang sikit kerja saya..ehe..


Peppermint cheesecakeBirthday cake: Peppermint cheesecake. Siap hias dengan daun pudina lagi (bukan nak hias sangat pun...nak tutup crack atas kek tu yang sebenarnya..eheh..). Saya overmix agaknya masa adun kek tu, tu yang crack tu. Cheesecake memang sensitif sikit, tak kena gaya kek boleh crack atau collapse. Suami saya kata kek tu bertambah sedap bila dimakan sekali dengan daun pudina. Tak tahu la saya, saya tak makan cheesecake..tukang buat aje


Masa untuk menjamu selera!


Birthday boy dan bukan-birthday-girl..hehe..


2 hadiah yang suami saya dapat. Kedua-duanya tie! Saya tengok hadiah ni tersenyum je...terfikir memang susah nak cari hadiah untuk lelaki. Balik-balik benda yang sama je la. Tak macam hadiah untuk perempuan..pelbagai variasi, macam-macam boleh dijadikan hadiah...takde la pening sangat kepala nak fikir hadiah apa yang nak dibagi. Oh ye, yang kuning tu Hafiz sekeluarga yang bagi, biru tu pulak Muzammil yang bagi


Masa diorang semua dah balik, suami saya kata, "Isy, malunya dapat hadiah. Zaman-zaman dapat hadiah ni dah berlalu dah.."

Dengan kata lain (versi saya), "Isy, malunya dah tua-tua ni dapat hadiah!" Hihi. Kalau saya, saya suka je dapat hadiah. Al-maklum la, saya kan muda lagi..ngee~

Hadiah saya untuk suami? Hasil air tangan saya tu la: nasi tomato, ayam masak merah dan peppermint cheesecake *wink*

17 comments:

deena farhana said...

sanah helwa buat hubby kak Nadiah..moga usia sentiasa dlm keberkatan :)

nak gak cheese cake tuuuuu :(

Sitisifir10 said...

:D a'ah ek...rasa semacam je ek dapat hadiah bila tua... :P

Hamizah said...

happy birthday utk suami Nadiah..rajin isterinya masak ..bertuah badan..

yatie chomeyl said...

apa slhnya tua2 dpt hadiah,best gak kan? ehehe

Jiji said...

tak suka mint! tp kek mint sungguh sedap nampaknya!!!

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

mintak resepi cheesecake tu..sedap je nampak..

Fazlinil Irma said...

nadiah..

buat cheese cake kalau crack mesti hati pun crack jugak kan. hehhee.

studioukm said...

Apa susah pilih hadian tuk lelaki...kalau dia suka tennis, belikan reket tennis, kalau dia suka bolasepak beli jer dia boot, kalau dia suka menulis, beli jer pen yang cantik, kalau dia suka masak...ermmm...yang ni susah sikit sebab nak beli buku resepi, pisau dapur yang mahal, pinggan yang mahal, dapur masak, atau bla....bla...bla...kan banyak tu...

ayah mat ;-D said...

teringin sangat nak rasa nasi tomato tu...... poskan la sikit....

boundaries said...

hebat hadiah k.nadiah...kira hadiah kasih sayang la ek...ni kata2 yg abah huda selalu ckp bila birthday huda...hadiah kasih syg^_^

AshAnas said...

sedapnye mknn....

betul, ssh nye nk cari hadiah utk org laki kan....

masak utk hubby lbh sesuai kot... haha...

p/s: jom join simple contest by AshAnas http://ashrafshaakira.blogspot.com/2010/06/contest-teka-souvenir-dari-spain.html

Nadiah Sidek said...

deena: ameen. tq! ambil gmbr cheesecake aje dah la ye..ehe..

sitisifir: kena sentiasa rasa muda baru tak rasa semcm..hihi..

hamizah: angin rajin ada, rajin la kak..eheh..

yatie: entahnya..tua2 pun best gak dpt hadiah (kata2 org yg suka dpt hadiah..hehe..)

jiji: jiji tak minat mint ek? kena rs dulu kot kek tu nak tahu suka ke tak :)

ummi aisyah: insyaAllah nnt sy kongsikan resipinya ye ;)

Nadiah Sidek said...

irma: betul..betul..! irma sgt memahami (pernah buat cheesecake yg crack ke? hehe..). tu yg sibuk2 je nak cover crack tu :p

studioukm: susah la tu. benda yg minat mesti dah ada. kalau dah ada raket tenis takkan nak hadiahkan raket tenis jgk kot :p

ayah mat: kalau pos berkulat2 la sampai kat ayah mat nnt. hehe..

boundaries: a'ah, hadiah kasih syg :D

ashanas: susah, kan? selalu buntu bila nak beli hadiah utk lelaki

Anonymous said...

Salam Nadia, nak resepi jelata??

kakyong said...

bila tgk cheesecake nadiah.. teringat plak bila la kakyong leh buat kek kat rumah ni..

last week g survey oven.. adeh penin pala tak tau nak beli yg camana.. budget tak sampai rm200.. huhhh..

Nadiah Sidek said...

anon: blh aje :). timun potong nipis2, carrot potong pjg2, nenas potong kecik2, bawang dihiris (bawang besar sikit, bawang kecil sikit). pastu letak gula, cuka & garam. main agak2 je. ikut citarasa masing2. pastu gaul2, sejukkan sekejap dlm peti ais. dah sejuk boleh la dihidangkan ;)

kakyong: takpe kakyong, kumpul duit sikit lg blh la beli oven :)

Fazlinil Irma said...

nadiah. alhamdulillah. sy dah pernah buat cheese cake 5 kali. dr 5 tu 1 je x cracked iatu lemon cheese cake yg xde apa2 campuran dkt cheese.

yg lain.. oreo 2 kali dan blueberry 2 kali. 4-4 cracked.

apa yg sy pelajari. kalau kita letak bahan lain seperti bluebrry atau pecahan oreo mmg mudah utk crack.

satu lg masa nak sejukkan pun kena hati2. kalau x kena gaya mmg dia akan crack. hehe.

lgpun tgok bahan jgk. kalau kita letak gelatin kurg sikit risiko nak crack. mungkin fungsi gelatin tu yg membuatkan cake x mudah crack.

terpanjang plak komen. hehe. sekadar berkongsi pengalaman yg ada =)