Pages

Tuesday, June 29, 2010

19 orang anak

Ni yang tertera masa saya buka Yahoo petang tadi. Sekali tengok takde apa yang menarik. Tajuk 'Duggar baby finally goes home' tu pun takde apa yang peliknya tapi bila baca je ayat pertama...reaksi spontan saya, "Eh, biar betul!"


Saya crop supaya nampak lebih jelas lagi. Perkataan "19th child" (yang saya kotakkan tu) tu la yang buat saya nak tahu cerita lebih lanjut


Bila saya baca...rupanya pasangan Duggar tu memang ada anak seramai 19 orang (bukan anak angkat ye)! Pelik, kan? Kalau orang Melayu takde la pelik, ni mat salleh. Mat salleh kan selalunya tak nak anak ramai. Antara petikannya:



Kisah diorang ni rupanya ada keluar dalam reality TV show (19 Kids and Counting) di channel TLC. Michelle lahirkan Josie (anak yang ke-19) di usianya 43 tahun dan dia tak menolak sekiranya dapat anak lagi.

Anak-anak Michelle dan Jim Bob Duggar. Nama anak-anak diorang semua bermula dengan huruf J [source]


Saya ada baca juga review orang ramai pasal the Duggars ni. Ramai juga yang menghentam diorang. Ye la, fikiran mat salleh ni kan lain sikit. Ada yang sebut pasal overpopulation la...ada yang pertikai macam mana diorang sara dan jaga anak-anak seramai tu la...ada yang kata diorang ni takde benda lain nak fikir selain s*ks la. Isy, macam-macam lagi la! Kesian pulak bila saya baca tu.


The Duggar family [source]

24 comments:

Tirana said...

Empat orang pun rasa macam dah separuh nyawa...nak bersalin satu, lepas tu nak membesarkan dan nak mendidik lagi...aduhai..letih.. Tak dapat bayangkan kalau ada 19 orang, boleh mati kat tengah2 anak rasanya..hehehe.. Tuhan Maha Adil kan Nadiah. DIA takkan bebankan kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu. Agaknya kak tirana ni mampu setakat empat orang anak aje kot..

Hamizah said...

mat saleh ada juga yg pentingkan family kan..

Kamalia said...

salam perkenalan..hehehe..tertarik dgn n3 ni..actually,dulu wktu kat mesia,sy ade gak follow cite ni..sy xigt ape tajuk die,tp yg pasti kat astro..waktu tu dei br je dpt ank yg ke 18..lps tu,ade org bg diorg rumah yg besar tuk duduk(rumah skrg nikot)..mcm2la yg diorg duk paparkan episod by episod..tp,kot sy la,mau pening tgok...ni dah 3org pun chaos dunia..hehehe

maszmadi said...

dah rezki diorg, ALLAH da tntukan camtu kan.. tp kalu masz.. mau pening ngan mcm2 karenah anak2.. tkut tlupe name laks.. hehe

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

wow..tabik spring laaa

so..lynn, ade berani ke nak ada anak rmai tu?? hheheh

deena farhana said...

apa slhnya ramai anak..dlm islam seru utk ramaikan anak..kak Nadiah ape lg... heheh

kak mas said...

suka mereka2 yg anak ramai ni.. dan kepingin gak beranak ramai.:D

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

dah pernah baca kisah ni..memng kagum gak memula tengok camner dia manage satu keluarga besar camtu..kalu saya lah...speechless:P

h4ni3 said...

huhu.. tak boleh nak challenge la family diorg nih. now ada 2, kuota tinggal 1 jek.. ;)

Izan Ishak said...

nadiah,
izan penah tgk kisah duggar's family kat astro 2 thn lepas. masa tu anak diorang baru 14 kot...xingat. tp, family dorg ni kiranya kuat agama (kristian). sbb tu kalau tgk pakaian dorang cam lain sket... then suka tgk sume sgt teratur dan terancang kalau nak shopping, makan, travel...w/pun anak ramai...

Anonymous said...

sangat kagum..anak ramai tapi waktu bergambar muka heppy jer semua..kan bagus dari anak 2 orang tapi waktu nak bergambar, muka masam jer dua-dua tuh..

yatie chomeyl said...

perghhhh 19???? aiyoyo..mmg rezeki dia la tu ...

Norhayati Ahmad said...

Dashyatttt...Allah punya kuasa...

ummikhayra said...

wow.. 19 orang.... klu time berkumpul tu mesti seronok kn.. bergegar rumah.... ekekekek

tak leh bayangkan nini ada 19 orang anak... heheeeh

Ummi Salsabila said...

sama mcm arwah nenek.19org juga.best.meriah.:)

nak beranak lg lah rsnya.;p

Nadiah Sidek said...

kak tirana: bukan setakat kak tirana, nadiah pun agaknya pengsan kat tgh2 anak..hahaha! lain la ms tu semua well-behaved je kan..hehe..

kak hamizah: jrg2 blh jumpa, kan?

kamalia: salam perkenalan kamalia! tmbh huruf h kat belakang..sama nama dgn mak sy ;). oh, ada keluar kat astro ye? ptt sy tak tau..kat m'sia sy tak langgan astro :)

maszmadi: terlupa nama?? hehe..payah gak tu!

rose: sy teringin anak ramai tapi 19 org..err..kena fikir 2 kali kot..ehe..

deena: amboi, amboi..sedap ye ckp kat akk. deena pun apa lg..ehehe..

kak mas: sama la teringin anak ramai tapi 19 org mcm ramai sgt je..ehe..

Nadiah Sidek said...

ummi aisyah: tu la, kita yg tgk tak terkata. cmne la agaknya jaga diorg kecik2 dulu..

h4ni3: aii Dr, takkan 3 je kot..ehe..

izan: dpd anak ke-14 dulu la dah ada ye cerita diorg keluar kat TV..

anon: betul..betul.. ;)

yatie: yatie takmo ke anak sampai 19 org? hehe..

kak yati: yup, semuanya kuasa Allah

ummikhayra: duduk rmh papan dah runtuh gamaknya. hihi..

ummi salsabila: amboi..baru je lepas pantang nak beranak lg ye. bagus..bagus..hehe..

CatlinaFly said...

diorg ni ada 3 pasang kembar kan?sy ada bc blog famili ni..mula2 diorg merancang tak mo anak, pastu ter mengandung dan gugur dek makan pil perancang, itu yg lepas je pristiwa tu, diorg tak mo tolak anak, takut tuhan tarik balik nikmat dapat anak...walaupun mereka ni bukan muslim, sy respek diorg sebab semangat nak berkeluarga tu kuat :)

♥LOVE2COOK♥ said...

Hi Nadiah, hru doing dearie??? How's Safiyyah??? ;)

Whoa 19 kids??? Yang kes buang bayi tu semua should read this! Jadikan teladan sikit.

Memang salute the couple! :D

Amirul Faiz Abd. Razak said...

Wow.. murah rezeki sungguh The Duggar tu yer.

ibunafis said...

ramainye ank2 depa..dpt family yg nmpk penyayang n take care camni bagus la ank ramai pun..smoge diorg nnt jd org yg brguna mase depan..
nadiah,ape lg..safiyyah nak adik tuuu ;))

kakyong said...

owwhh.. kena amik pelajaran ni.. org yg anak 19 leh jaga elok2, leh teratur segala perkara.. kita yg baru anak sikit dah meloncat2 tak tentu hala... huru hara... kihkihkih... x kata org lain, tp diri sendiri...

Nadiah Sidek said...

catlina: a'ah, diorang ada anak kembar. tu la, baca jugak psl diorang ambil pil perancang tu. mmg respect la kan, susa nak jumpa mat saleh camni

love: great, tq :). masalahnya sis, yg buang anak tu yg tak kahwin lagi..huhu..

amirul faiz: yup :)

ibunafis: hehe..insyaAllah ada rezeki ada la. doa2kan la :)

kakyong: betul, betul...kita yg anak baru brp kerat mmg kena ambil pengajaran..ehe..

bina said...

salam perkenalan. memang meriah nampaknya keluarga BESAR diorang tu. tapi kita yang baru anak 3, 4 orang ni pun dah sedia meriah.