Pages

Wednesday, June 30, 2010

Trip to East USA (part 5)

Day 6 (May 31, 2010)
9.30 pagi lepas check out, kami bergambar sekejap di Purdue University. 1 tempat je pun yang kami aim untuk bergambar..eheh..

Bergambar kat sini semata-mata ada tulisan Purdue University tu je..hehe..


Konon-kononnya ingat nak gi makan kat restoran Pakistan berdekatan (malam sebelum tu baru tahu daripada Reese ada restoran halal dekat-dekat situ)...tapi tak kesampaian sebab restoran tu bukak pukul 11 pagi. Huwaa..! Dah la Reese kata nasi beriani restoran tu sedap. Duk berangan je dapat makan nasi beriani tu..huhu. Takpe la, bukan rezeki kami la tu. Tak boleh nak tunggu pukul 11 sebab perjalanan kami jauh lagi. Masa ni memang rasa tak dah sanggup nak telan fries. Tengahari makan fries, malam pun makan fries..mana tak muak..

Pastu kami teruskan perjalanan ke Indianapolis, Indiana. Jalan-jalan sekejap ambil gambar je..


Indiana StatehouseDi kawasan sekitar Indiana Statehouse (Indiana State Capitol building). Saya duduk dalam kereta je masa ni, Safiyyah tengah tidur


Yang tinggi belah belakang kami tu Soldiers' and Sailors' Monument


Dari Indiana kami teruskan perjalanan ke Ohio pulak. Singgah sekejap di The Ohio State University

Kami berada di sini pukul 2.51 petang. Suhu waktu tu 84`F (tak cakap pun orang boleh tahu la..ehe..)


Di hadapan bangunan Ohio Union. Ingat nak masuk dalam...sekali tutup pulak. Lupa pulak hari tu public holiday (Memorial Day). Bergambar kat luar je la


Gambar terakhir di Ohio State University. Memang sikit je gambar kat sini. Takde dalam perancangan pun nak ke sini tapi dah alang-alang dekat sangat kami singgah la sekejap


Kami teruskan pulak perjalanan kami ke destinasi seterusnya: Pittsburgh, Pennsylvania. On the way nak ke Pennsylvania ni nasib tak menyebelahi kami. Kena saman!!

Atas nama suami saya sebab suami saya yang drive..heh. Masa tu kat highway...menurun bukit masa tu, sedap la press minyak. Sedar-sedar ada polis kat belakang, bagi signal suruh ke tepi. Tapi yang bagusnya, polis tu tanya dulu..ada hal apa-apa ke yang menyebabkan drive laju..kot-kot la ada kecemasan ke apa kan. Dah takde reason, polis bagi surat cinta la..eheh..


Gambar ni sebagai bukti kami kena tahan..hehe. Muzammil yang ambil gambar ni


153 dollar melayang macam tu je..huhu. Mahal, kan? Suami saya kena saman 153 dollar sebab drive 20 MPH (miles per hour) melebihi had limit. Kat highway tu had limitnya 65 MPH, suami saya drive 85 MPH. Dah nasib kami, padahal kereta-kereta lain laju je tak kena tahan pun. Rasanya kat situ memang target spot la sebab takde 1 kereta pun lalu lane kiri sekali, suami saya je...senang la polis nak tahan (kalau kat Malaysia lane kanan sekali untuk drive laju, kan? Kat sini lane kiri untuk memecut). Dah kena saman, terus suami saya fobia bila nampak polis..hehe..


Smile. You're in Pennsylvania. Ni senyuman lepas kena saman..hihi..


Cantik, kan? Nampak klasik je. Saya ambil dari cermin belakang je, tu yang nampak berbelang-belang tu


Duquesne InclineDuquesne Incline. Konon-konon nak ambil gambar pemandangan Pittsburgh dari sini tapi cuaca tak menyebelahi kami..hujan. Ada la sekejap hujan berhenti pastu lebat balik. Saya dengan Safiyyah duduk dalam kereta je la. Suami saya dengan geng-geng bujang tu turun la jugak masuk ke dalam


Penang Hill RailwayEh, eh..gambar Penang Hill Railway pun ada! Penang Hill Railway ni antara funicular (cable railway) yang ada kat dunia ni


Ni je la gambar terbaik pun dapat ambil. Hujan tak berhenti-henti turun


Kami teruskan pulak perjalanan ke Washington D.C....


Safiyyah nak tidur dah masa ni. Perhatikan tangan Safiyyah tu. Kalau dalam kereta, dia mesti nak pegang sesuatu bila nak tidur. Tak tahu kenapa. Dia dapat pegang something senyap la dia...tak lama pastu lena la dia..hehe..


Oleh sebab dah lewat sangat kami sampai di Washington D.C., kami terus cari motel..


Kami bermalam di Econologde memandangkan yang tu lebih murah. Gambar belah kanan tu saya ambil keesokan paginya


Cerita di Washington D.C. saya sambung kat entry lain ye. Kurang rajin la nak buat entry panjang-panjang hari ni...

15 comments:

ummumishkah said...

jauh perjalanan yer.. luas pengalaman kan?

Chik Na said...

bila la nak rasa jalan satu US macam nadiah nih..

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

besnya..dapat cuci mata kat entri ni pon kira ok la.kesian kaat husband nadiah yek..smp fobia nampak polis..:P

Hamizah said...

dpt surat cinta drp polis plg xsyiok kan?kalau kat cni kena saman mmg xdiskaun cam kat msia..

deena farhana said...

aduhai...syian kene saman..xpe..pgalaman gak tu... :)

Izan Ishak said...

sangat jauh perjalanan nadiah n famili...dari satu state ke satu state. pengalaman yg best kan~

pinky mouse said...

hi..besnya bejalan-jalan makan angin ... tak panas pulak tu..akak dulu student skul mana yer kat USM???KiMIA??

pinky mouse said...
This comment has been removed by the author.
pinky mouse said...
This comment has been removed by the author.
Suhana Shahril said...

Sambung baca crita trip nadiah.salam sayang peluk cium utk safiyyah yer

Nadiah Sidek said...

ummumishkah: yup ;)

chik na: suruh husband chik na transfer ke US la..nnt blh chik na ikut sekali..hehe..

ummi aisyah: tu la, mmg dia fobia pun tiap kali nmpk polis. tapi skrg ok le dah..hehe..

hamizah: mmg pun..spoil sikit mood ms tu nak berjalan (seminit dua je la..eheh..)

deena: pengalaman yg tak best..ehe..

izan: a'ah, mmg jauh..letih sgt

pinky mouse: masa kitorg travel tu dah panas dah. yup, akk student kimia :)

suhana: ok ^^

Kamalia said...

salam nadiah..mekaseh buat knjungan balas..akak duk kat jepun,hubby duk smbg phd..sama ngn nadiah jugak ye,hubby yg smbg blaja?ke nadiah study gak?bestnye tgok gambo2 tu..cantik2..huhuhu,dpt amik gamba dpn purdue uni..best2,xdpt msuk pun,dpt amik gambo ok la kan..travel dr 1 negeri ke negri yg lain jauh x?kot kat sini,travel by car,konpem patah pinggang..jauh sgt..kot nak ke tokyo,8hours..baik naik bullet train 2 1/2 hours je..:))

pinky mouse said...

betol la..saya student Dr nasir..sebab saya mcm penah jumpa akak..dulu rasa2 kalau ke bilik Dr Coswald mcm penah nmpk akak..betol tak???

Nadiah Sidek said...

kamalia: a'ah, hubby yg sambung belajar. nadiah duk rmh je..hihi. jauh kak travel kat sini..US kan besar..gilir2 la drive

pinky: betul le dah tu..ehe..

Lady Lavender said...

baiknya safiyyah...dediama je kat dalam keta..