Pages

Monday, September 3, 2012

Diuji dengan kanser...tahap keempat

Terkejut saya dengan berita duka yang menimpa salah seorang junior. Saya mula dapat tahu Hajjar jatuh sakit pada awal Ogos lalu selepas dimaklumkan oleh beberapa orang sahabat. Waktu itu penyakit sebenarnya masih belum diketahui [Tisu sum-sum Hajjar diambil Isnin nanti...].

Semalam pula kami mendapat perkhabaran yang lebih mengejutkan. Hajjar rupanya menghidap kanser dan menurut doktor, kansernya sudah sampai tahap keempat ["Ya Allah, barah Hajjar di tahap keempat"]. Berlinang air mata saya membaca entri terbaru mengenai keadaan kesihatan Hajjar di blog suaminya.

Saya mengenali Hajjar dan suaminya tetapi bukanlah secara rapat. Hajjar salah seorang junior yang saya kenali melalui Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di USM dahulu manakala suaminya, Zainulfaqar, saya kenal melalui Kelab Remaja Lestari (KRL), Pulau Pinang. Mereka punya anak kecil; Insyirah, yang baru setahun lebih umurnya. Mengenangkan si kecil ni bertambah sayu rasa hati. Sungguh berat ujian buat mereka.

Ya Allah, kurniakanlah ketabahan dan kekuatan buat Hajar, juga buat keluarganya. Permudahkanlah segala urusannya dan sembuhkanlah penyakitnya Ya Allah..ameen..



Nota:

  1. Kepada sesiapa yang sudi menghulurkan sumbangan, boleh salurkan melalui akaun Maybank2U atas nama Zainulfaqar Yaacob, 164258481533.
  2. Doakan Hajjar ye. Semoga Allah makbulkan doa kalian..ameen..







8 comments:

sweet life said...

Amin..
Semoga dipermudahkan oleh ALLAH..
dan keluarga tabah dengan ujianNya...

huhu...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Syafakillah Hajjar.. moga tabah dgn ujian ini...

Bila anak kecil yg masih memerlukan kasih sayang ibu.. terasa sungguh hati ni :(

Intan SRM said...

Syafakillah Hajar
semoga Allah menabahkan hatimu Hajar.dan syukur ku kerna Hajar turut dianugerahi suami yang memahami dan rakan yang menghargai ukhueah fiddin.

Kanser itu memang menyakitkan...Hanya Allah yang tahu.Namun percayalah ada hikmah di sebaliknya.saya ada kongsikan sedikit pengalaman secara samar2 di blog peribadi saya (link blog bukan yang saya komen di profile ini).

semoga Nadia sekeluarga sihat selalu.

transformed housewife said...

Ameen

ishamizu said...

Sayunya baca. Smg beliau cpt sembuh. Amin..

Unknown said...

Salam,

Terkejut masa min baca tajuk entry tadi, ingatkan akak yang sakit.

Moga sahabat akak, Hajjar diberikan kekuatan untuk menempuh hari2 yang mendatang dan cepat sembuh. Amin.

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

semoga beliau tabah menghadapi dugaan yang terbesar dariNYA...

Fatimah said...

Semoga tabah menghadapi ujianNya...berat mata memandang berat lagi yang menanggung namun kekuatan doa..harus diyakini..mari kita doakan..Hajjar..