Pages

Thursday, September 13, 2012

Fruits picking

Aktiviti kami minggu lepas :). Ini kali kedua saya sekeluarga berpeluang memetik buah. Kali pertama adalah tahun lepas. Petik berries. Itu pun di Illinois sana nun. Banyak kali dah saya ajak suami pergi picking. Siap tunjuk tempat-tempat picking tapi dia buat tak tahu je..huhu. Tahun ni tiba-tiba pula dia ajak petik epal. Macam bermimpi je dengar ajakan suami saya tu.

Hari yang dijanjikan, bertolaklah kami beramai-ramai ke Kimmel Orchard. 4 buah kereta ke sana termasuk kereta kami. Kami pergi hari Isnin, 4 September sempena cuti umum; US Labor Day. Dalam pukul 10.45 pagi baru kami mulakan perjalanan ke sana.


Kimmel Orchard ni terletak di Nebraska City, lebih kurang sejam perjalanan dari Lincoln. Suami saya dapat tahu tempat ni pun daripada kawannya yang buat sampling di sini.


Sampai-sampai je terus makan. Hampir tengahari dah pun masa tu. Adik-adik undergrads ni pun ramai yang tak bersarapan. Haruslah masing-masing kebulur. Masing-masing bawa makanan dari rumah. Potluck la kiranya. Ada nasi goreng, mee goreng, sandwich dan tembikai.






Pengangkutan yang disediakan. Jenuh kalau nak berjalan sepanjang masa di Kimmel Orchard ni. Luas tempatnya.


Epal yang gugur ke tanah sama banyak dengan di atas pokok. Sayang pula tengok epal yang berguguran ni.


Shakir tengok papanya dengan pandangan pelik. "Apa yang seronok sangat dapat epal 2 biji?", itu agaknya yang bermain di fikiran Shakir ^_^.


Shakir belum pandai petik buah. Dia hanya tunjuk je :).


Berangan macam kebun epal ni dia punya :p.


Awal-awal je Ain angkat kotak tu. Lepas tu tak larat dah :D.  Buah-buah di sini dijual mengikut saiz bekas. Kami ambil kotak tu, harganya 30 dollar. Isi la selagi boleh.


Gembira masing-masing dapat petik epal :D.


Baru petik 3-4 jenis epal je tapi dah separuh kotak epal dikutip! Berapa kali dah saya cakap, epal-epal di sini ada banyak jenis..ambil sikit je la untuk setiap jenis..bolehlah rasa setiap sejenis tapi suami saya asyik jawab..."Tak apa, banyak lagi boleh isi tu". Sudahnya saya biarkan sahaja. Masing-masing tengah teruja memetik epal ^_^.




Safiyyah pun turut sama petik epal.


Rombongan Cik Kiah ke kebun epal ^_^.


Anggur! Kami fikirkan hanya ada epal dan pear sahaja. Rupanya macam-macam jenis buah ada di sini. Sayur-sayuran pun ada juga.


MasyaAllah, manis sungguh anggur ni! Mulanya saya tengok sahaja tapi ramai yang kata anggur ni sedap, saya pun rasalah sebiji. Memang manis sungguh. Rasanya tak sama macam anggur-anggur yang dijual di kedai. Rasanya macam mangga yang manis. Belum pernah lagi saya rasa anggur macam ni. Ladang-ladang anggur memang banyak di US ni. Kebanyakannya untuk dibuat wine.


Habislah...Safiyyah dah ternampak buah anggur! Anak dara ni peminat anggur, juga berries. Citarasa tinggi sungguh. Balik Malaysia nanti botaklah papa asyik beli anggur dan berries :p.


Lepas satu, satu, dipetik dan dimasuk mulut. Ajak ke tempat lain tak mahu dia. Mengamuk-ngamuk dia tak puas makan anggur .


Jumpa buah peach pula!


Dalam gambar, nampak macam epal pula peach ni. Peach ni saya tak rasa. Tak pasti manis atau tidak.


Aizuddin dan Aizat dah nampak macam penjual epal je ^_^.


Gambar pertama yang ada saya! Ambil gambar orang je...gambar sendiri tak ada. Ni yang rugi jadi jurugambar. Dahlah tak bertauliah pula tu :p.




Dah hampir penuh kotak dengan buah-buahan, kena angkat berdua la jawabnya.


Pelan Kimmel Orchard. Kebun epal (yang berwarna merah) yang mendominasi.


Buah terakhir yang kami petik...pear! Kalau saya, saya panggil buah ni buah lai. Buah ni comel saiznya. Manis pula tu. Tak banyak pun pear yang kami petik. Kotak dah hampir penuh dengan epal.


Sejenis lagi pear. Jenis ni besar sikit buahnya. Warna kulitnya pula lebih gelap daripada jenis satu lagi tu. Manis sangat pear ni!


Buat perangai pula dua beradik ni. Safiyyah protes sebab dia dilarang memanjat tangga. Shakir pula sebab papanya letak dia di tanah. Nak berdukung je dia. Ni dia tiru cara Kak Long dia tunjuk protes la ni...berguling-guling atas tanah.


Tangga ni la yang Safiyyah nak panjat. Tengok papa dia panjat, dia pun nak panjat sama.


Diberi peluang panjat tangga, senyaplah sekejap.


Kami.


Hasil yang kami dapat untuk hari tu ^_^. Penuh kotak. Kalau termasuk dengan yang kami dah makan (sambil petik, sambil makan :p), membumbunglah jadinya. Balik rumah baru bahagi-bahagikan buah ni. Lepas bahagi-bahagikan, hanya perlu bayar 2 dollar je. Hampir 20 biji jugalah dapat dengan harga 2 dollar tu. Berbaloi-baloi!


12 comments:

Mixed-family in da house.... said...

bestnyer !!!!

anumuchan said...

teringin nak g ladang buah cmni dlu
tapi tak pegi2..now dh kat mesia lg la xe harapan.sobsob

FnF Simple Life said...

bestnye pi kutip buah... makan dari pokok mmg lg best kan

Nur-nba said...

Happy moment... Suka tengok gambar2 ni. Teruja tengok epal2 tu.. ^_^

Nur-nba said...
This comment has been removed by the author.
lady lavender said...

meriaahhhnya!! memang berbaloi-baloi :-)

akak kalau pi picking excited nak petik2 aje. makan tak puun hehe..

transformed housewife said...

seronok pergi fruit picking. dulu kami pun ada jugak pergi kutip blueeberry & strawberry.

ishamizu said...

Bestnya! Teringin nak picking apple jg nti hehe

Affieza said...

bestlah tempat ni coz ada pelbagai jenis buah-buahan

nur said...

beznya!!! dpt petik sendiri epal.. hee..blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..

Azian Elias said...

seronoknya dapat experience many things kat negara org kan..

aLyNnZ said...

aahhhh..sonoknyer nadiah..rendang jew ek sebenarnyer pokok epal..tapi buahnyer lebat sungguh..segar2..geram larr..