Pages

Sunday, September 23, 2012

Ziarah yang bermakna


Terharu melihat gambar ni di Facebook kenalan kami sekeluarga. Gambar berkenaan diambil di rumah mertua saya di Temalir, Kuala Krai. Tetamu yang datang berkunjung tu asalnya hanya kami kenali melalui Facebook sahaja. Allah izin, daripada perkenalan di alam maya, akhirnya dapat juga kami bersua muka di alam nyata.

Walaupun kami sama-sama warganegara Malaysia, pertemuan pertama kami Allah atur di bumi Amerika Syarikat. Lebih tepat lagi, di Fort Collins, Colorado. Yang menariknya, Abang Rozi (saya dan suami panggilnya Abe Jie) dan suami saya sama-sama anak jati Kuala Krai. Di Kuala Krai, masing-masing tak pernah kenal pun. Tak sangka boleh kenal di Amerika Syarikat ni.

Abe Jie sekeluarga dah pun pulang ke Malaysia beberapa bulan lepas setelah berjaya menggenggam ijazah PhD di sini. Sewaktu Abe Jie sekeluarga masih di Fort Collins, sudah beberapa kali kami ke rumah mereka dan mereka juga telah beberapa kali menziarahi kami di Lincoln ni. Entah kenapa kami cukup suka ke rumah Abe Jie sekeluarga.

Jumaat lepas, Abe Jie hantar SMS pada suami saya. Katanya, dia dan keluarganya berada di Kg Temalir dan nak singgah ke rumah keluarga suami saya. Ingatkan Abe Jie bergurau, rupanya memang sungguh dia nak ke sana untuk berjumpa dan mengenali kedua-dua orang tua suami saya.

Ziarah mereka ke sana amat bermakna bagi kami. Terserlah keikhlasan mereka dalam menjalinkan ukhuwwah. Walaupun kami tiada di sana, tetap juga mereka datang berkunjung.

InsyaAllah, pulang ke Malaysia nanti giliran kami pula menziarahi Abe Jie sekeluarga. Semoga ukhuwwah yang terbina ini berkekalan sehingga ke akhirnya, bukan setakat di dunia tapi sehingga ke negeri abadi kelak. Semoga Allah himpunkan kami semua di syurgaNya..ameen..



11 comments:

Amzar said...

semoga ikatan ini bekekalan...ada jodoh btemujugakn...teharu...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Itulah takdir penentu pertemuaan Nadiah... Allah menemukan di tempat lain walaupun satu negeri di Malaysia kan.. Semoga ukhuwah ini akan terus berkekalan. Ameen.

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Jika ikhlas Mmg ukhuwah tu sentiasa Erat
Wahh sure Rindu kg halaman ekk
X per x lama dh nk blk for gud rite???

dEdEQ dE wIshEs said...

AMIN ..

SEMOGE IKATAN PERSAHABATAN TU BERPANJANGAN

Kamalia said...

kalau diperantauan memang ukhwah sesama kita kuat.mayb sebab kita terasa kita ni komuniti kecil kat negara org kot..
semoag persahabatn kita jugak berkekalan hendakNYa..

Nadiah Sidek said...

kak imah: ameen..

kak yati: betul tu kak

lady ayu: insyaAllah setahun lebih je lagi :)

dedeq: ameen..

kak kamalia: harapnya berterusan begini bila balik malaysia nanti

syuhada said...

assalamua'laikum. oh,org kuala krai ke? :). slalu singgah sini, silent reader. tapi excited bila tahu satu daerah. ;)

moga ALLAH temukan saya dan akak suatu hari nanti, insya'ALLAH. :)

comel kakak pakai spek beshar..hehe

wsalam

Nadiah Sidek said...

syuhada: suami akak orang kuala krai...akak orang selangor :D. kuala krai di mana? insyaAllah semoga dipertemukan :)

syuhada said...

:). saya di Batu Jong..

insya'ALLAH. Bi iznillah :)

Adi said...

sampaikan salam Assalamualaikum kpd suami,SPM1998 at smk mengkebang

Apih92 said...

Bangga sbb ad ore kg kito dup d oversea..tahniah..tgk gmbar atas supo knal..ore skmpg"Generasi muda"