Pages

Thursday, September 6, 2012

Kejutan di hari lahir yang ke-30

Setelah 3 tahun hari lahir saya jatuh pada bulan Ramadhan, akhirnya tahun ni 23 Ogos jatuh pada bulan Syawal. Sepanjang 3 tahun berturut-turut tu memang tiada keraian di hari lahir saya cuma pemberian hadiah daripada suami sahaja. Selama ni pun hari lahir saya hanya disambut kecil-kecilan sesama ahli keluarga. Itu pun sekadar makan di luar dan kek biasanya memang ada sekali.

Istimewanya tahun ni, bukan setakat suami yang meraikan, keluarga Irfan yang menjadi tetamu rumah kami turut sama meraikan hari lahir saya yang ke-30. Segan sungguh saya. Saya tak biasa. Nak tunjuk reaksi macam mana pun saya tak tahu. Senyuman saya pun terasa kaku. Saya suka meraikan orang tapi apabila diri sendiri diraikan, saya jadi segan teramat.

24 Ogos lepas, keluarga Irfan ajak saya sekeluarga makan malam di luar sempena malam terakhir mereka bermalam di rumah kami sebelum berangkat pulang ke Malaysia. Saya macam boleh agak makan malam tu bukan makan malam biasa-biasa, bukan setakat makan malam 'perpisahan', tapi sampai kami semua habis makan, tak ada apa-apa pula yang berlaku :p.





Tak lama lepas tu tiba-tiba je 2 orang pelayan restoran datang bawa kek dan menyanyikan lagu Happy Birthday. Segan saya dibuatnya. Terasa macam budak-budak pun ada juga :p. Memang saya tak jangka kejutan begini. Tak sangka la pula mereka nak berpakat dengan pelayan restoran sampai begitu sekali. Terharu, gembira, segan, semua bercampur menjadi satu!


2 beradik tu pula yang sibuk nak potong kek ^_^. 


Oreo ice cream cake yang sedap! Terima kasih suamiku sayang (suami saya yang beria-ia cari kek ni di kedai sebelum ni lagi...kami pernah makan di majlis hari lahir anak jiran...dialah yang nak makan kek ni sebenarnya :p). 


Sudahlah dibelanja makan, dapat pula hadiah daripada keluarga Irfan. Bertambah segan jadinya. 


Bergambar kenangan sebelum balik.


Keluarga kecil kami :). 


Dah nak balik, Shakir sibuk tunjuk lobster dalam akuarium tu ^_^.



Terima kasih Abang Rahman, Kak Razmah, Irfan, dan Aliff belanja makan dan bagi hadiah!
Terima kasih Raihan yang turut serta!
Terima kasih juga suamiku sayang atas kejutan ini.
InsyaAllah memori manis ni akan tersemat dalam hati :).

14 comments:

Yin Areesa said...

Selamat Ulangtahun Nadiah. Dulu2 kenal dgn nama ummsyuhada je. Semoga murah rezeki, panajng usia, menjadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali buat permata hatimu..insyaAllah. Amin

cahayahidupku.blogspot.my said...

Wah! terkezut i.. tak gitu Nadiah.. ye la bila org buat suprise memang kita rasa termanggu-manggu dan segan silu.. :D

Akak pernah terkena bila adik ipar akak dan en suami buat suprise utk ulang tahun perkahwinan.. entah macam mana akak boleh terlupa... malu sungguh akak waktu itu kerana siap tanya hari jadi siapa ye :D

Unknown said...

bestnye kak ade kejutan:)

transformed housewife said...

knur tak pernah ada surprise bday lgi sbb hubby selalu tanya je nak hadiah apa. hehe

All about a journal said...

Salam kak..seronoknya...

Hadiah apa yang akak dapat tu boleh ka nak nyibuk..hahah...

Unknown said...

kejutan yg penuh bermakna...;)

Najwa.H said...

wahh surprise..

selamat pjg umur Nadiah..

zietyrahman said...

Waa..bestnya
.ada surprise....selamt hari lahir akak..semoga sentiasa dlm redha Allah...

Anonymous said...

bestnye...dpt mkn besau tu...hihi..
kek tu mmg sedapkan!
selamat hari lahir Nad...moga berbahagia hingga ke akhir hayat...

Hanis MY said...

Best! Happy family, hepi belated bday nadiah

Amzar said...

sgt2 tharu...btuahnye...

ibu_Arifa said...

sakam nadiah,
wah bertuahnyer badan..saya yg baca ni pun jadi rasa terharu jugak, sure kekok kt depan org mcm tu. (suami ku bukan type suka suprise2 nih)

anyway..happy belated birthday Nadiah. muahhss..muahss je lah dari jauh ni >__<

Affieza said...

Bestnya dpt kejutan + hadiah lagi tu...hehe

Teratak Hami said...

Jerit opocot tak?

Semoga Nadiah sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan happy selalu dengan keluarga. Seronok tgk family "comel2" Nadiah