Pages

Friday, August 31, 2012

Kemeriahan Aidilfitri di Omaha

Kalau pada pagi 1 Syawal kami hanya beraya di Lincoln, petangnya pula kami beraya di Omaha. Lebih tepatnya lagi, di rumah Kak Ellie. Omaha ni je destinasi yang paling dekat dengan Lincoln yang boleh jumpa keluarga Melayu lainnya. Mujur juga la ada beberapa keluarga Melayu di sana, merasa jugalah peluang beraya selain di Lincoln. Jamuan raya ni dibuat secara potluck. Jadinya, masing-masing bawa juadah masing-masing. Kami bawa satay mentah sahaja.

Majlis bermula jam 2.30 petang. Perancangan asal, kami nak bertolak awal ke sana sebab nak kena bakar satay. Merancang nak bertolak dalam pukul 12 tengahari supaya dapat sampai di rumah Kak Ellie dalam pukul 1 petang (lebih kurang sejam perjalanan) tapi akhirnya hampir pukul 1.30 petang baru kami dapat keluar rumah. Kerja-kerja menyucuk satay pagi tu lambat siap dan masih ada adik-adik undergrads yang datang beraya di rumah kami waktu tengahari tu.


Alhamdulillah, cuaca cantik sangat hari tu. Macam dalam perjalanan balik kampung je ambil gambar macam ni (padahalnya diri sendiri tak ada kampung) ^_^.


Waktu kami sampai di rumah Kak Ellie, belum ramai pun lagi. Saya yang dah siap berwudhu' dari rumah, terus solat Zohor. Dah ramai nanti leka pula bersembang.


Senarai menu yang disediakan oleh tuan rumah.



Sebahagian juadah yang ada. Ini sahaja yang sempat saya ambil gambar. Banyak sangat juadah yang ada. Tak pasti ada berapa puluh jenis. Bahagian pencuci mulut je pun dah cukup banyak. Saya tengok makanan banyak-banyak macam tu terus rasa kenyang. Orang lain sibuk beratur ambil makanan, saya sibuk ambil gambar. Sungguh rasa kenyang tiba-tiba tengok makanan terhidang sebanyak tu. Lagipun tak rajin nak beratur :p.


Satay! Kerja saya hanyalah memerap satay. Bab menyucuk dan membakar satay, saya lari siap-siap..hihi..




Yang Melayu kebanyakannya duduk dalam rumah. Tipikal Melayu yang tak suka berpanas, mungkin? :p


Ini bahagian luar rumah. Dah macam restoran pula tengok gambar ni ^_^. Ramai sangat jemputan Kak Ellie. Meriah!


Saya bersama 2 orang tetamu dari Malaysia (saya ada sebut dalam entri lepas). Di tengah itulah Kak Mashitah dan yang bertudung ungu itulah Kak Razmah; 'chef import' yang saya maksudkan ^_^.


Ada peluang bergambar, memang tak dilepaskan!


Bergambar dengan Kak Ellie sekeluarga lepas kerja mengemas selesai. Kami je yang tinggal waktu ni. Dah alang-alang hampir masuk waktu Maghrib, kami tunggu sekejap lagi untuk menunaikan solat Maghrib. Nasib baik tak kena halau dengan tuan rumah :p.
Oh ye, waktu ni jugalah kami ambil kesempatan bergambar 4 beranak :).


Nota:
Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-55!

8 comments:

transformed housewife said...

cantik anjung rumah akak tu. kalaulah rumah sendiri boleh bua mcm tu jugak, best menjamu tetamu di luar.

♥MAMASYAZA♥ said...

meriah suasana, menu yg disediakan pun nampak menarik sekali, mesti sedap2 belaka

LadyBird said...

selamat hari merdeka kak Nadiah, selamat hari raya (entah ke berapa kali nth wish ni)..

athirahariffin said...

suka tengok banyak makanan n ramai orang berkumpul :)

btw, selamat hari raya kak nadiah. ehehe, baru nak wish.. huhu

athirahariffin said...

suka tengok banyak makanan n ramai orang berkumpul :)

btw, selamat hari raya kak nadiah. ehehe, baru nak wish.. huhu

Anonymous said...

suka tengok..meriah kan..takde la teringat sgt kt kg kan...

selamat hari merdeka...

Anonymous said...

selamt hari merdeka.... n merdeka kan lah fikiran kite..

Suhana Shahril said...

SELAMAT HARI RAYA NADIAH!Heehe...x abis syawal lagi kan...