Pages

Sunday, August 26, 2012

Istimewa Aidilfitri 1433H

Daripada 2, jadi 7
Tahun ni punyalah saya tak rajin buat kuih raya. Saya rasa raya macam lambat lagi. Sudahnya, 4 hari sebelum raya barulah terhegeh-hegeh buat kuih raya. Selang sehari lepas tu buat lagi sejenis. Kedua-duanya resipi yang mudah. Memang sengaja pilih resipi mudah. Dah nama pun tak rajin. Janji ada kata orang :p.

Ni je yang saya buat. Kanan biskut cornflakes madu, kiri snowball cookies. Kedua-duanya pertama kali saya buat. Sebelum ni pernah buat cornflakes madu tapi resipi lain. Resipi yang saya guna ni lebih sedap!

Biskut raya yang asalnya ada 2 jenis je...ada pertambahan lagi 5 jenis menjadikan 7 jenis kuih raya saya tahun ni ^_^. Kelima-limanya pemberian tetamu-tetamu dari Malaysia (4 jenis daripada keluarga Irfan, sejenis lagi pemberian kak Mashitah). Mereka macam tahu-tahu je tahun ni saya tak rajin buat kuih raya..hihi..

Masa ni sejenis dah habis. Sejenis lagi saya terlupa ambil gambarnya.


Kehadiran tetamu dari Malaysia
Menariknya Aidilfitri tahun ni, rumah kami meriah dengan kehadiran tetamu-tetamu dari Malaysia; keluarga Irfan dan kak Mashitah. Keluarga Irfan datang ke US untuk menghadiri majlis konvo Irfan sambil makan angin di US. Kak Mashitah pula datang ke Lincoln semata-mata menghantar satu-satunya anak daranya belajar di sini. Dapatlah mereka merasa beraya di perantauan. Alhamdulillah juga tahun ni 1 Syawal jatuh pada hari Ahad. Terasa juga kemeriahan berhari raya pada 1 Syawal. Kalau tak alamatnya, kena tunggu hujung minggu baru dapat beraya betul-betul. Sini bukannya ada cuti raya...sob sob..


Chef import
Tahun ni juga saya tak masak apa-apa juadah untuk dihidang di pagi raya tapi hidangan penuh atas meja! Semuanya hasil air tangan 'chef import' yang datang nun jauh dari Malaysia. Kak Razmah (mak kepada Irfan) yang masak kesemuanya. Tetamu masak, tuan rumah goyang kaki. Bagus betul tuan rumah -_-". Kak Razmah yang tawarkan diri untuk masak juadah raya. Saya nak tolong pun dia tak bagi. Dia kesiankan saya yang ada anak kecil.


Macam-macam yang kak Razmah masak! Nasi beriani lauk kambing, dalca, rendang ayam, kuah lodeh, kuah kacang, sambal udang. Kagum betul! Kalau saya, belum tentu lagi dapat siapkan kesemua hidangan tu dalam satu malam. Lepas tu barulah saya tahu yang kak Razmah memang dah biasa masak banyak-banyak. Kalau buat rumah terbuka, dia masak sendiri untuk 300 orang tetamu. Saya nak masak untuk 20 orang pun terkial-kial :(.


Rendang minang
Dah lama saya teringin nak makan rendang minang. Nak buat tak pandai. Pernah juga cari resipi di internet tapi tak tahu resipi mana yang betul. Lain-lain resipinya. Sudahnya, memang saya tak buatlah rendang minang. Alhamdulillah, Aidilfitri kali ni saya dapat makan rendang minang yang dimasak oleh kak Razmah. Ye, rendang ayam yang kak Razmah masak bukan rendang biasa tapi rendang minang kegemaran saya. Aidilfitri kali keempat di perantauan baru dapat makan rendang minang. Alhamdulillah, rezeki :).


15 comments:

Nieyl said...

Amboi..2 jadi 7..banyak la tuh...:)
selamat ari raya :)

Imah Dinor said...

sama la dgn imah pun xrajin tahun ni nak buat kueh...cuma order 2jenis jer kueh....selebihnya kerepek jer.xpe janji ado.....nmpk sedap kueh2 tu...

Kak Izan said...

betullah kata orang.. beraya di perantauan lagi meriah... lagi terasa ukhwahnya.. :).. Salam Aidilfitri dari Kak Izan n famili.. :D

transformed housewife said...

alhamdulillah ada pula tetamu yg memeriahkan raya di sana.

Teratak Hami said...

Selamat Hari Raya Nadiah. Suka tengok gambar Nadiah dalam FB. Sweet 30 !!!

Akak pun tak buat persediaan apa untuk raya. Sibuk jaga baby :-)

bersama kak Es said...

dari takde..tiba2 jadi banyak! kalah orang kat malaysia.

kak es pun suka buat cornflake madu senang dan jadi fav anak2. Up entry resepi cornflake madu ye nadiah :) boleh kak es try pulak resepi baru nadiah pasni

Nur-nba said...

Meriahnya lauk pauk raya tu.. Selamat Hari Raya buat Nadiah sekeluarga..

Affieza said...

Bestlah walau xraya kt Malaysia...ada org masak masakan Malaysia...hihi

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Rendang minang memang sedap Nadiah.. mak akak tiap tahun raya mesti masak rendang minang.. makan pula dengan lemang... peghhh lagi meleleh air liur hahaha..

LadyBird said...

salam kak nadiah.. sedapnye lauk pauk yg terhidang.. dah nampak mcm di Malaysia..

Asmara said...

Seronoknya ada tolong masakkan. lagi meriah bila ramai2 kan. :D

ishamizu said...

Selamat hari raya Nadiah! Selamat hari lahir jg! Maaf lambat wish..busy dgn tetamu dn beraya jg! Hihi.

Nway samalah kita tak rajin buat kuih raya tp alih2 byk kuih raya! Mak mertua dtg bwk n mak izu pon kirim jg melalui mak mertua. Last2 tgk byk kuih ! Hihi rezeki alhamdulillah

Untunglah ada org masakkan juadah raya! Hehe izu msk jgk sehari sblom raya..nasi impit n side2 dishes dia yg biasa tu la..tp bilamak mertua smpi, mcm2 dia buat! Nasi dagang, nasi kerabu, laksam n laksa! ^_^ mmg sukalah menantu dia yg tak pandai msk ni! Hehehehe

eB said...

rendang minag fav kami.
tapi kami panggil rendang ijo... mmg best la. pedas.. hik3...

slamat ari rayer dear. maaf zahir n batin :)

~ yus ~ said...

kak yus pun suka rendang minang, tak guna bawang kan rendang ni, tapi sedap....

salam aidilfitri buat nadiah dan keluarga di perantauan....

nanakimie said...

nana xpenah try rendang minang,teringin jgk nak rasa:)