Mudah-mudahan Ramadhan ini bukan Ramadhan terakhir buat saya. Semoga Allah izinkan saya bertemu dan melalui Ramadhan yang akan datang. Doakan saya ye. InsyaAllah, doa yang sama juga saya pohon untuk kalian.
InsyaAllah, tahun ini tahun keempat saya sekeluarga beraya di perantauan. Cukup untuk membuatkan kami terlalu rindukan suasana berhari raya di Malaysia. Rindu kemeriahannya. Walaupun raya di sini boleh dikatakan meriah, tetap tak sama dengan kemeriahan Aidilfitri di tanahair tercinta. Rindu juga dengan suasana takbir dari rumah ke rumah. Rindu aktiviti ziarah dari rumah ke rumah yang bermula seusai menunaikan solat sunat Aidilfitri. Oh, rindunya!
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat terutama pembaca blog ini. Andainya ada di antara tulisan saya mengguris hati kalian, maafkan saya. Mohon maaf atas segala khilaf dan salah silap kami sekeluarga. Taqabballahu minna wa minkum. Semoga Allah menerima amalan dari kami dan dari kamu..ameen. Semoga Aidilfitri tahun ni memberi seribu makna buat kita semua, insyaAllah.
8 comments:
selamat hari raya nadiah.. bila nak balik malaysia for good? :)
Selamat Hari Raya utk akak sekeluarga...
selamat hari raya kak Nadiah dan abg Zaki.....
Selamat hari raya buat nadiah sekeluarga :-)
Selamat hari raya buat nadiah sekeluarga :-)
selamat hari raya nadiah :-)
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Nadiah sekeluarga yg jauh di perantauan.. Maaf zahir dan batin..
Selaam Hari Raya..
Dah 4 tahun jadi anak rantau ye... :)
Post a Comment