Pages

Tuesday, August 28, 2012

1 Syawal: Pagi di Lincoln

Pagi 1 Syawal kami habiskan di Lincoln sahaja. Adik-adik undergrads datang beraya dan seperti yang saya katakan sebelum ni, Aidilfitri kami kali ni meriah dengan kedatangan tetamu-tetamu dari Malaysia. Pertama kali mereka beraya di perantauan. Komen mereka? Tak rasa macam raya pun. Hihi...

Nak bandingkan dengan kemeriahan Aidilfitri di Malaysia memang tak bolehlah tapi bagi kami yang dah melalui beberapa kali Aidilfitri dan Aidiladha di rantau orang, dah cukup meriah dah bagi kami begini. Tambahan pula dengan kehadiran tetamu-tetamu dari Malaysia, perasaan seronok tu sukar digambarkan. Bukan senang nak menerima kedatangan tetamu dari Malaysia terutama di musim perayaan begini. Kehadiran mereka menceriakan Aidilfitri kami di sini :).


Juadah pagi raya hasil air tangan 'chef' Razmah ^_^.


Suami saya dan keluarga Irfan sempat bergambar sebelum bertolak menunaikan solat sunat Aidilfitri.



Sebahagian gambar yang sempat diambil. Ada beberapa orang datang lewat, terlupa saya nak ambil gambar mereka. Masa tu dah sibuk nak bersiap ke Omaha.


Anak-anak bermanja dengan keluarga Irfan. Yang bersongkok tu ayah Irfan dan yang seorang lagi tu Aliff; satu-satunya adik Irfan.


9 comments:

Anonymous said...

wp jauh beribu batu...kwn2 lah pengubat rindu kan...

selamat hari raya...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Nadiah rasa meriah sebab tetamu ramai yang datang.. menceriakan suasana aidulfitri tu :D

Bagi yang pertama kali mestilah rasa lain kan :)

Nur-nba said...

Bila berhari raya di perantauan, rakan2lah yg jadi pengubat kerinduan di tanah air. Seronok melihat semua pelajar Malaysia berkumpul bersama2... Meriah juga sambutan di sana.

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

alhamdulliah even jauh di perantauan tapi raya tetap meriah...plus juadah yang super duper oishii tue

Teratak Hami said...

Memang tak rasa macam raya kalau di perantauan. Lebih2 lagi bila kena hari biasa. Tapi tulah kenangan.

Hanis MY said...

meriah... makin akrab bila berkumpul ramai2, seronok...

Anonymous said...

mmang beza tp keakrapan antara kwn yg sama diperantauan lg meriah... nape x ajak kite org d sini meriahkan lg raya di sana.... lg le sakan... he he he...

Unknown said...

bila dah ramai2 mcm tuh terubat la sikit rindu di kampung kan...:)

selamat hari raya yer...:)

Unknown said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kak Nadiah & family =))