Pages

Thursday, May 10, 2012

Kes dera anak sendiri

2 hari lepas di Facebook heboh pasal kes dera oleh ibu kandung sendiri. Ramai juga yang tulis status berkaitan kes tu dan ramai juga yang share di wall masing-masing. Sebelum ni saya tak pernah tengok video anak-anak kecil didera. Tak tergerak tangan saya untuk klik butang Play. Entah kenapa video yang tersebar baru-baru ni 'menarik' hati saya untuk melihatnya.

Belum pun separuh jalan, air mata saya dah bergenang dan serta-merta saya klik butang Pause. Tak mampu nak tengok sampai habis. Tak sanggup melihat si kecil tu berterusan didera. Saya fikir saya dah cukup kuat untuk menonton video sebegitu. Rupanya tak. Lepas daripada tu air mata saya tak berhenti mengalir. Masih terbayang-bayang lagi perlakuan si ibu terhadap anaknya dan teringat-ingat lagi tangisan si kecil tu :'(.

Ramai orang marah dengan perlakuan si ibu. Ye, saya juga marah tapi selepas baca 2 status Facebook daripada dua orang individu berbeza berkenaan kes tersebut, saya jadi termangu. Difikir sejenak, ada betulnya apa yang mereka perkatakan tu. Saya tiada di tempat kejadian, tidaklah layak untuk saya 'menghukum' si ibu dan perakam video tersebut. Saya tak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku dengan hanya melihat video berkenaan. Semoga Allah ampuni kesilapan dan sikap terburu-buru saya.


Status pertama
"I wish everyone would calm down and stop to think about it for a second. Every story has two sides of it. Of course everyone is upset for the baby but the mother is also human, and what is her story? What is her problem? Would you care to help her improve herself? Could you set your judgements aside for awhile to help her instead? We know that only a person with a problem would do such a thing; and hey! Guess what? You and I, we've got problems too and behind closed doors when nobody's taking videos, God is watching us make mistakes too but keeping them secret. How would you like it if people judged you for your own mistakes (without trying to understand your problem)? I'm not saying I'm not upset and I'm not saying I condone what she did, but enough already with the cussing and the hate. Love, help, embrace. Seek to understand."
(Najwa; kawan yang saya kenal melalui blog)


Status kedua
"Merujuk kepada video penderaan seorang anak kecil oleh ibunya yang hangat disebarkan di FB/internet 2-3 hari ini...ramai yang mengatakan kata2 kesal, marah, geram kepada ibu bayi tersebut. Malah, ada yang persoalkan tempoh penjara ke atas ibunya sekiranya sabit kesalahan.
Kira rujuk semula kes pembunuhan 2 orang kanak2 di utara kedah tahun lalu oleh ibunya. Sorang berumur 2 tahun dan sorang lagi berumur 6 tahun dengan mencekik anaknya dengan tali (wire sterika, kalau tak salah saya).

Daripada sumber yang dipercayai, iaitu PM Datin Noraziah, pensyarah fakulti undang2 UKM hari ini semasa seminar di UKM berkata, wanita tersebut adalah seorang wanita bersaiz kecil dan bertudung. Beliau telah didera oleh suami dan mertuanya selama 7 tahun. Beliau tidak pernah keluar rumah dan sering didera. Antara kata2 beliau (wanita tersebut) kepada datin semasa di penjara ialah beliau "tidak rela anak2nya didera, biarlah dia sahaja yang didera". Beliau disahkan gila semasa perbicaraan dan sekarang ditempatkan di hospital sakit jiwa. Beliau sering mendengar suara (hearing hallucination) sebelum dan selepas kejadian dan she is on meds).

Kesimpulan daripada kisah ini kita dapati apa yang mereka lakukan itu hanyalah PRESENTING problem dan bukannya ACTUAL problem. Sampai sekarang suami beliau tidak didakwa kerana tiada siapa yang pernah buat aduan.

So, sama macam kes yang baru2 ni, kita tak tahu apakah kisah sebenar wanita tersebut. Ada rumours yang mengatakan anaknya itu adalah hasil daripada kejadian rogol. Wallahu a'lam.
So tempoh 18 bulan penjara atau apa jua tempoh bukanlah faktor/kepentingan utama. Yang penting, kita kena tahu apakah the actual problem. 2. Penjara bukanlah solusi, tetapi merawat dia secara holistik approach iaitu support, physical, emosional, psychological dan educate beliau.

Utk penggubal undang2, it took them 18 years to do the new pindaan ke atas Akta Keganasan Rumah Tangga (1994-2012). Akta Kanak2 pula pada tahun 2001. As we can see, it is not easy to rangka undang2. Bcoz there are other things we dont understand/see during handling of each case.
The factors/causes are usually multifactorial. Dan antara penyumbang utama kepada penderaan/keganasan rumah tangga ialah stres.

So, as public, first thing we must do is empathy.
2. ask why it happens in the first place
3. Penjara is not always the solution. But to educate the society, the victim and the criminal.

(p/s jgn lupa kos membiayai penjara ialah berjuta2).

Wallahu a'lam."

(Dr. Nazhatul Muna)



14 comments:

Chocofiz(Nor Yusoff) said...

setuju2..saya pun baru tgk tadi TT__TT sedih kot...uuuuuuu tu pun part of the clip ja sbb saya tgk video perakam tu cakap dia nak ambik bahan bukti sebab tu dia rakam.huhu

Fazlinil Irma said...

betul.. x patut salahkan ibu sj. mana ada ibu sanggup perlakukan anak sampai mcm tu. mesti ada sbb.

kita yg waras dan bijak pun ada kala tinggikan suara dan cubit anak sdiri bila marah.

wallahua'lam..

Unknown said...

kalo ade ruang dan peluang saya nak jumpa baby tu dan emaknya skalii...for whatever reason no body can do stupid things to child and women......back to ISLAM.....hmmm tak tau nak cakap paaa.......

Unknown said...

agreed, suka sangat dengan entri nadiah ni. Tulah manusia selalu buat judgment sendiri sebelum tahu duduk perkara sebenar. Semoga ianya menjadi iktibar kepada kita semua.

dear anies said...

kdg kala org kite ni over prihatinnya..xselidik apa2 da ckp mcm2...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sesungguhnya akak tak sanggup nak tengok walaupun ada di wall akak, kawan akak berani tengok.. akak tak sanggup tengok sebab teringat anak akak, masa anak akak kecil tak sanggup akak nak cubit apa tah lagi nak buat cam tu... tapi ye la kita tak tahu apa situasi yang sebenar...

skuterlady.blogspot.my said...

walaupun ape masalahnye.... takkan la si kecil tu jadi tempat lepaskan perasaan...?ape2 pun, Allah yg lebih mengetahui disebalik setiap kejadian yg berlaku.

Kamalia said...

so true nadiah..fyi,akk tak tengok pun video tu..mmg tak tergerak pun nk tengok dan tak tergerak pun nk komen status kengkawan yg duk share kat fb nun..akk pegang kata2 ni:
JANGAN SHARE dan JANGAN KOMEN kalau kita tak tahu cerita itu betul atau tidak..kita takde kat tempat kejadiankan..nanti disebakan kita share atau komen,mungkin boleh menimbulkan fitnah..wallahualam..:))

Hanis MY said...

tak berani tgk video tu huhu cm tak sanggup tq share pasal ni...

transformed housewife said...

knur tak nak tengok video tu. Knur cuma doakan ibu tersebut akan sedar akan kesilapan yg dilakukan. Semoga bayi tersebut akn dijaga dgn baik slps ini.

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ai sempat tgk smpi 4 second jer until that gurl call irah tue then ai stop sbb x sanggup nak tgk...baby tue kecil sgt...x phm apa2...uwaaa

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ila tak tengok video tue sbb tak sanggup tgok. skrg mmg ramai xblh kawal diri sbb pelbagai tekanan hidup..

Unknown said...

sakit hati bila tgk video tuh...

Unknown said...

saya pun tak sampai hati nk tgk video tu.tapi betul la masalah tekanan dan halusinasi tu kekadang yg mendorong ibu itu bertindak demikian sebab kalau org yg berfikiran normal tak boleh bertindak begitu kecuali tak normal saja.