Pages

Thursday, May 3, 2012

Akhbar yang memualkan

Seminggu blog ni sepi. Bukan sibuk. Bukan juga tiada idea. Saya juga tak ke mana-mana pun selama seminggu ni. Cumanya, dada saya terasa sesak. Sesak bukan dalam erti kata yang sebenar. Mengikuti isu semasa tanahair menjadikan saya 'kelemasan' sehinggalah yang terkini, perihal akhbar yang menjelikkan. Rasanya ramai yang dah sedia maklum akhbar mana yang dimaksudkan dan pasti juga ramai terkejut melihat muka hadapan akhbar berkenaan.

Saya juga turut terkedu. Macam tak percaya hal yang sebegitu dan gambar yang tak senonoh begitu menjadi pilihan untuk dimuatkan di dada akhbar. Lebih memualkan, ianya terpampang di muka hadapan akhbar berkenaan! Dah jadi macam bahan lucah pula. Sedih.

Tak terfikir ke mereka akan akibatnya terhadap generasi pewaris negara akan datang? Sudah la akhlak muda-mudi sekarang ni merosot, ditambah pula dengan perkara sebegini. Apa pula nak dijawab kalau anak-anak kecil yang baru nak mengenal dunia bertanya perihal gambar-gambar tersebut???

Sedihnya negara sendiri jadi begini :(.


"Saya SANGAT MEMBANTAH siaran gambar-gambar lucah (tidak kiralah samada ia bermotif politik atau tidak, melibatkan wajah mirip pemimpin parti BN atau PR) yang disiarkan oleh mana-mana akhbar awam tempatan seperti yang dilakukan oleh Utusan Malaysia & Kosmo 2 Mei 2012. Ia adalah satu petanda KOTORNYA minda (dan hati) si pembuat keputusan. Juga terlampau berpolitik sehingga siaran itu boleh memudaratkan pembaca & rakyat Malaysia khususnya generasi muda. INGATLAH siaran media awam ibarat iklan, sekali ia memberi idea & gambaran, sekiranya ada yang menurutinya, keseluruhan individu yang meluluskan keputusan siaran itu BAKAL mendapat saham DOSA sehingga hari kiamat. Dosa jariah berdasarkan hadis Nabi Muhammad."
(Ustaz Zaharuddin Abd Rahman)

"Slm, sebagai seorang Muslim, saya mengingatkan setiap umat Islam agar menentang usaha mnyebarkan prkr fahisyah (lucah), kerana Allah swt Berfirman Dlm surah al Nur ayat 19, maksudnya, sesungguhnya orang2 yang suka menyebarkan perkara keji (fahisyah) dalam kalangan orang2 yg Beriman,bagi mereka azab yang pedih di dunia & akhirat, Dan Allah swt mengetahui apa yg tidak kamu ketahui."
(Ustaz Zahazan Mohamed)


Nota: Jangan sesekali mengundang bala Allah kerana bala Allah tak mengenal sesiapa. Semua akan kena :(


14 comments:

RULZA said...

sedih juga..kami dah lama tak beli akhbar...meluat nak baca..rasa tak berbaloi..lagipun bila ada benda pelik, tak tutup aurat dll risau anak tanya apa kebenda nanti susah nak jawab..Umar selalu tanya "apa menatang ni" (kompomla ikut saya org kedah suka guna phrase tu) huhu..Jenuh la palak nak jawab menatang apa..:)

mimmie said...

sedih kan kak..sy dh lama tak beli..taki kisah benda tu betul atau pun tidak...haram nk dedahkan pada umur..tanggunglah dosa kepada yang menyebarkannye...

Puan Lavender said...

Assalamualaikum
Letih minda bila tengok dan baca akhbar tersebut.
Dekat Malaysia je rasanya yg macam tu, kalau kat US ada ke gambar-gambar mcm tu ditayangkan untuk tayangan umum?
Dunia hampir kiamat.

Teratak Hami said...

Memang pun akhbar sekarang ni. Penuh gambar mengaibkan dan ni pun tak habis2 ngan BERSIH.

All about a journal said...

Salam kak...

Ayat yang tepat nak menggambarkan perasaan..

Sesak Dada...sesak otak..sesak semua rasa..

Malu kak...

Rasa macam akak yang dok luar tu lagi selamat...dok sini kak...risauu..

Hanya mampu berdoa dan buat apa yang mampu semoga keadaan akan berubah...Ameenn...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Dah tak tau nak cakap apa Nadiah, akak memang sedih bila baca cerita di FB, itupun bila ustaz zaharudin komen di blognya.. betul kata ustaz, biar mereka tanggung apa yang mereka lakukan.

transformed housewife said...

dah lama boikot akhbar2 perdana & berita2 di media perdana Msia ni. Tak boleh dipercayai dan makin hari makin teruk.

dhr said...

setuju. saya pun rasa tak selesa nak baca. mual, loya. muak. takde modal lain ke?

athirahariffin said...

family trah dah lama boikot utusan.. hmmm.... sedihnya dgn fenomena negara kita ni.. sbb nak kuasa politik, sanggup fitnah sana sini...

Hanis MY said...

Huhu naper la hanis ketinggalan zaman jrg sgt bc surat khabar

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

agreed budak2 kecik tgk sgt x sesuwei...awat skrng terlalu OPEN ekkk

bersama kak Es said...

nak muntah baca suratkhabar malaysia

Izan Ishak said...

k.izan mmg dah lama tak beli suratkhabar. bila ada gmbr2 macam tu, jadi bahan pula bila anak2 tanya itu ini...

Izan Ishak said...

k.izan mmg dah lama tak beli suratkhabar. bila ada gmbr2 macam tu, jadi bahan pula bila anak2 tanya itu ini...