Pages

Sunday, May 13, 2012

Hari Ibu 2012

Sempena Hari Ibu 2012, saya dedikasikan lagu ni buat semua yang bergelar ibu/mak/mama/ummi. Ini lagu kegemaran saya buat masa ni. Harap kalian pun suka :)




Video ni buat saya insaf dan memuhasabah diri kembali. Jadi ibu memang kena banyak bersabar dengan ragam dan karenah anak-anak, kan? Adakalanya rasa geram sangat dengan anak-anak. Rasa nak gigit-gigit je :p. Waktu sweet memang la tersangat sweet. Tapi....waktu buat perangai....boleh mendidih darah dibuatnya :p.

Lepas tengok video ni, saya terfikir macam mana la ragam saya masa kecil dulu. Mesti banyak menguji kesabaran mak. Mungkin juga banyak buat mak menangis. Huhu. Sekarang ni saya dah jadi seorang ummi, tahulah saya betapa perlunya saya mendidik diri menjadi seorang yang betul-betul penyabar. Bukan senang. Dah la bersama dengan anak-anak 24 jam. Lagi la kena banyak bersabar :p.

Tak apa. Bersabarlah sedikit masa lagi sementara mereka masih kecil lagi ni. Nanti la mereka dah ada anak sendiri....haaa baru tahu macam mana kita rasa dalam menghadapi karenah mereka ketika kecil sebagaimana yang kita rasa sekarang. ^_^.

Selamat Hari Ibu semua! :)



Nota 1: Setiap kali tengok video ni, tak sah kalau air mata tak mengalir :p

Nota 2: Hari Ibu ada, Hari Bapa pun ada. Hari Atuk dan Hari Nenek tak ada ke? :p


6 comments:

Hanis MY said...

Selamat hari ibu buat nadiah...

lina said...

Salam nadiah mmg benar jd ibu mmg bukan pekara yg mudah kadang kala mmg nak gigit je mereka ini..ada je idea mereka nak menguji kesabaran kita

Unknown said...

Salam,

Selamat Hari Ibu untuk Kak Nadiah =))
Semoga senantiasa menjadi ummi yang cemerlang dalam mendidik anak2.

fata said...

k.nadiah... nak komen pasal notes 2 tu.. hari tu si thaqif p ucap kt tokbah dia 'selamat hari tokbah'..aduhhh hahahahaha. suka hati dia mereka hari tokbah

ummi_ziz said...

Happy mother's day nadiah! ;)

Nur-nba said...

Selamat Hari Ibu buat Nadiah.. (maaf ye sebab terlewat wish)