Pages

Tuesday, May 15, 2012

Insiden tangan Shakir melecur

Masih ingat keadaan tangan Shakir yang melecur dalam entri WW: Melecur? Dalam entri tu saya tak cerita pun apa yang berlaku. Dah nama pun Wordless Wednesday ^_^. Tangan Shakir melecur terkena seterika panas. Insiden tu berlaku pada hari Sabtu (5 Mei 2012).

Saya dah selesai menggosok baju masa tu. Saya letak seterika tu di tempat biasa yang saya letak (Shakir jarang main di situ) dan terus ke bilik sebelah. Waktu tu Shakir tak ada di bilik tempat saya menggosok tu. Tak lama lepas tu tiba-tiba dengar Shakir menangis. Bunyi dia menangis tu macam sakit. Tengok-tengok tangan Shakir dah melecur :(.

Terketar-ketar saya masa tu. Dah la panik tak tahu nak buat apa. Sudahnya saya ikut je naluri saya. Saya dukung Shakir dan terus bawa Shakir ke bilik air. Saya alirkan air paip yang sejuk di tangan Shakir. Alhamdulillah, Shakir terus berhenti menangis. Dalam masa yang sama, saya risau kalau tindakan saya tu salah dan mengakibatkan tangan Shakir jadi lebih teruk. Huhu..

Lepas tu saya cari maklumat pasal kulit terbakar. Mujur cara saya tu betul. Alhamdulillah. Lega la sikit perasaan saya masa tu tapi mungkin saya alirkan air tu dalam tempoh yang sekejap, bahagian yang melecur tu jadi gelembung macam dalam gambar di entri WW: Melecur.

Suami saya bawa Shakir ke hospital melalui emergency room. Hari Sabtu hanya emergency room je yang dibuka. Saya tak ikut sekali. Balik dari hospital, tengok-tengok tangan Shakir berbalut. Doktor suruh buat appointment hari Isnin untuk jumpa pakar kulit.

Keesokan harinya gelembung di tangan Shakir tu pecah. Satu tu pecah dengan sendirinya. Satu lagi tu terpecah. Shakir terjatuh masa tengah main, terkena bahagian gelembung tu.


9 Mei 2012 (Rabu)


Kami ke hospital, jumpa pakar kulit. Doktor cuci bahagian melecur tu. Sebelum tu doktor bagitau mungkin akan berdarah dan sakit sikit bila dicuci dan Shakir mungkin menangis. Dengar macam tu terus bergenang air mata saya. Dah la tu doktor macam tahu-tahu je yang saya nak menangis. Dia cakap saya kena kuat. Tak boleh menangis dan tak boleh tunjuk rasa takut pada Shakir. Lagipun saya kena buat prosedur yang sama bila dah balik rumah nanti. Huhu. Masa tu punya la saya tahan air mata daripada mengalir. Tak nak bagi doktor perasan. Eh, ke sebenarnya dia memang perasan air mata saya dah bergenang? :p

Shakir duduk di pangkuan saya masa doktor cuci tu. Saya hanya pegang tangan Shakir tapi kalih kepala tempat lain. Saya memang tak sanggup nak tengok masa doktor cuci tangan Shakir. Ngeri. Menangis Shakir bila doktor cuci tangannya tu. Huhu...kesian Shakir. Berdarah tangan dia. Nasib baik la sekejap je dia menangis.

Setiap hari bahagian melecur tu perlu dicuci 2 kali sehari. Ya Allah...tak sanggup nak buat! Saya hanya gosok perlahan-lahan je. Tak tergamak nak gosok kuat sikit macam doktor ajar. Terasa macam daging sendiri disiat-siat tiap kali saya cuci tangan Shakir tu. Huhu. 2-3 hari lepas baru saya beranikan diri cuci tangan Shakir ikut cara doktor. Shakir tenang je...macam tak sakit pun. Saya yang terasa ngilu.

Keadaan tangan Shakir yang terkini


Esok insyaAllah akan ke hospital lagi, temujanji kali kedua dengan pakar. Tengok la apa doktor nak kata nanti. Sejak tangan Shakir melecur, hanya 2 kali je Shakir menangis kesakitan. Kali pertama; sebaik sahaja tangannya melecur dan kali kedua; sewaktu doktor pakar cuci tangannya tu. Tengok Shakir kuat, saya pun turut rasa kuat juga. Kalau tak, mahunya sama-sama menangis dengan dia...huhu..


Nota: Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik!


25 comments:

Nad @ MamaZakwan said...

shakir, shakir..
ciknad tgk je pun dah erasa pedihnye bile luka tu kene cuci, huhu!

KhaiRin : anies said...

kalu kite melecur pun da meraung apatah lg shakir kn...
kalu ada ointment zambuk mmg bgs..

Aisya said...

Allah...ngilunya Nadiah..smga Shakur cepat sembuh ye..budak2 tgh membesar,kan..mcm2 yg diaorg nak explore,yg org x kasi main tu la dia nak main sgt2. Apa pun tahniah jadi ibu yg tabah :)

yatie chomeyl said...

tumpang nangis jugak tgk gmbr shakir ni...shakir good boy, x nangis dah dia ye.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Syafakallah syakir... Nadiah kena sabar, memanglah naluri kita sebagai ibu memang cepat tersentuh...

Kuatkan hati dan semangat ..
Caiyok ... ^__^

Mukminah Wahab said...

Tengok tangan syakir melecur teringat masa kaki min terkena air panas ari tu. Rasanya kak nadiah ada komen gambar tu. Memang betol kalau dialirkan air lama kat tempat yang terkena, tak akan ada gelembung. kaki min ari tu ok je. Tapi penat la duk tercongok kat bilik air tunggu sakit tu hilang. Huhuhu.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

sadis betui la
benda nak jadik khen
cian syakir
get well soon ensem boy

All about a journal said...

Hehe..ye la kak..yang jauh di malaysia ni pun bergenang baca...

Hati seorang ummi kan, Allah ja yang tahu..

Kuat, tapi ada air mata...^__^

Syakir memang hero la..harap2 kita boleh jumpa yer satu hari nanti..rindu rasa..

sweet life said...

ciannyer shakir...
be strong ok! ..^^...

sweet life said...

ciannyer shakir...
be strong ok! ..^^...

Teratak Hami said...

Ngerinya akak tengok. Diri sendiri pun terasa nyilu, ni pulak budak kecil. Yoshhhh ....Shakir kuat semangat

ishamizu said...

Malan tak berbau..n accident happens tp Takpe Shakir strong boy..smg cepat sembuh..

Nadiah, thanks a lot tau bg link tu! hugs

Syigim said...

kita pun nangis....nak peluk2 syakir...muah muah...sabar nadiah, alhamdulillah kena sikit je. jaga diri ok!

~ yus ~ said...

baca ni teringat kaki ALia pun ada terkena seterika panas. Tapi bukan dia buat sendiri, Arif yang letak kat kaki dia, kes sama lah ni, Arif masa tu takde dalam bilik tu, akak letak kejap je, dia dah capai pi letak kat kaki kakak dia yg sedang baring atas katil...huhu

Entri itu ada kat sini...

http://maz-naz.blogspot.com/2012/03/kan-dah-jatuh-saham-alia.html

akak salah nampaknya sbb pi letak colgate masa tu, patut alirkan dengan air ya..huhu

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Owh dear...so pity him. But you acted fast Nadiah..welldone! I hope he recovers soon and you stay strong too ok! ;)

Papa Mifz said...

semoga luka kat tangan Shakir tuh copek sembuh yer...amin...ngeri jugak tgk nyer...

nanakimie said...

semoga cepat sembuh tangan shakir,huhu....cian shakir...pedihnya kalo kena air,huhu....

Nida said...

aduhhh.. tak sanggup melihatnya, terasa tangan sendiri yg sakit...

Izan Ishak said...

Allahuakbar...auntie pun tak sanggup nak tgk ni shakir...

Asmara said...

moga cepat sembuh ye syakir, tanda masa kecik dah besar tak nampak sangat. InsyaAllah.. :)

Hanis MY said...

tengok pun ngilu huhu...good and strong boy syakir ni... odaijini... mesti cepat sembuh luka dia tu...

Lady Lavender said...

kesian nya Shakir. Kita yg dewasa ni pun kalau kena seterika panas tak tahan ini pulak sikecik tu..get well soon shakir :-)

Myra Jay said...

Alahai kesiannya dengan Syakir, leh terbayang kesakitan yang dia tanggung tu..
Walau Myra kadang kena sikit pun dah pedih inikan pulak si kecik yg masih tak mengerti..

Nur-nba said...

Alahai siannya Shakir.. Nasib la ibunya cepat bertindak.. Moga Shakir cepat sembuh..

A Rahmani said...

salam, saya ada hasilkan krim sdh trbukti brkesan utk trkena air, minyak, atau besi panas, api. Disapu rasa sejuk n kurang sakit.Jika disapu segera insyaAllah tak jadi merah, melepuh atau bernanah.Dlm masa singkat kembali spt biasa. Yang lama sudah melepuh, berair juga akn cepat sembuh.Sgt elok simpan 1 kotak utk kecemasan. Dptkn terus dr Hj Man 0134389413. Krim Mutiara Bumi.Harga RM 12.00 satu..tk