Pages

Tuesday, May 4, 2010

Ugut bunuh

Terkejut saya bila terbaca ayat-ayat kat bawah ni (yang dibulatkan tu)...



Nyawa manusia sekarang ni takde nilai dah agaknya ye? Suka-suka hati je nak bunuh orang macam nak bunuh nyamuk lagaknya. Mana la hilangnya akhlak budak-budak muda zaman sekarang ni...?

Sekalipun nak berpolitik, jangan ketepikan agama seolah-olah Allah tu tak wujud. Jangan lupa ada malaikat yang sentiasa catit apa yang kita buat. Jangan lupa juga di hari pembalasan kelak, setiap anggota kita ni akan jadi saksi di atas segala perbuatan kita kat dunia ni. Kalau yakin sangat boleh terlepas daripada penghisaban dan confirm masuk syurga, buatlah sesuka hati...




p/s: dengar kata, si empunya diri yang duk mengungut bunuh tu dah tutup akaun FBnya. Saya tak tahu, tak kuasa pulak saya nak check. Bukan kawan saya pun

p/p/s: kalau nak tinggalkan komen, jangan campur aduk bab politik ye. Blog saya bukan blog politik dan politik bukan isunya di sini. Yang menjadi isu adalah SIKAP dan AKHLAK tu sendiri

22 comments:

Izan Ishak said...

nadiah...
rasanya anak2 muda skrg ni macam dah xde rasa takut pada apa yg mereka cakap, apa mereka buat... kalaupun xtakut pada undang2 tolonglah takut pada azab Allah kan!

MR said...

Buta mata takpa lagi... bila buta akal... mcm nilah jadinya...

nad said...

haisy...
apa2 la diorg ni..
mak bpk berabis duit antar gi skolah, ni yg diorg buat bile dh besar..

ni sama kes dgn rafiqin darwisy yg kutuk2 arwah din beramboi tu la..

dh ramai tegur, pandai pulak tutup akaun FB

penakut jugak rupanye..hemmm...

CatlinaFly said...

saje nak buat kontroversi lah tu...pastu takut sendiri , terus tutup, takut dato nik aziz wat report polis..ingat leh main2 ke ugutan bunuh ni...jenayah besar tau tak?padan muke dia..:P

Chik Na said...

masa ke syria hari tu... dengar cerita ulamak-ulamak syria sangat menghormati Dato' Nik Aziz..

mamaarifakeemaisy said...

Masyaallah..dah tak terbendung dah akhlak anak2 muda skrg ni kan..senangnya keluarkan kata2 macam tu...

*moga2 keluarga kita sentiasa terpelihara akhlak! Amin..

ibu_Arifa said...

dah jd kes polis kan.. tgk lah balasab Allah mcm mana nnt..

Sari said...

erkkk..smpai hati dia ckp camtu yer..tuan guru plak tu..moga dia insaf...

Ummi Shira (AshAnas) said...

masya'Allah... dah byk sgt ke pahala die tu kan?

Unknown said...

uish.. kalo dah buta hati cm ni lah..

Mummy said...

ni macam kes kutuk arwah din gak lar nih...budak2 muda zaman skang ada segelintir yg langsung takder adab dan budi bahasa...mintak2 dijauhkan diri, anak keturunan kiter dari sikap sebegini...cakap tak fikir panjang...

Nida n' Hanafi said...

Risau pada generasi akan datang.. akhlak dan adab letak ditepi.

daud.montak.zakaria said...

Itulah gambaran secara kasar akhlak sebilangan orang yang mengaku Muslim hari ini...eh! yer ker dia tu muslim...?

ummiluqman@azma said...

astagfirullah, apa nak jadi dgn manusia zaman skrg. keluarkan statement tanpa berfikir panjang

Nadiah Sidek said...

izan: tu la, cakap ikut sedap je..akibatnya tak fikir

makcikrehan: yup, mcm ni la jdnya kalau buta akal

nad: pernah jgk terbaca psl kutuk2 arwah din beramboi tu. mmg sgt tak ptt, dah la meninggal dah pun

catlina: entahnya..nak glamer kot tp takut pulak

chik na: tq for sharing chik na

mamalieyna: ameen..mdh2an dijauhkn perkara2 mcm ni kat keluarga kita..

ibu arifa: a'ah, dah jd kes polis

Nadiah Sidek said...

sari: tu la kak..bkn sembarangan org yg diugut bunuh tu

ashanas: tak tahu la shira..

kakyong: tu la masalhnya kakyong..

mummy: mintak2 la dijauhkan..ameen..

nida: yup..risau dgn akhlak bdk2 zmn skrg ni. generasi akan dtg lg la tak tau cmne gayanya. isk..

studioukm: kalau ikut nama, muslim la, kan? wallahua'lam

ummiluqman: sy pun terkejut ms duk baca tu

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

dah ditangkap pun budak tu nadiah, bukan apa untuk glamour sahaja tu, sedih ulama dipersendakan orang macam tu taraf dia sama dengan orang2 yahudilah yang tidak pernah percaya dengan nabi musa..

Linglung said...

ape sengal ler itu braderr!!!

abangfaizul said...

salam... budak tu dah pun ditangkap...

Love2cook Malaysia said...

What a brainless fella! Don't simply say word in public...then U'll gotto face the consequences! haha ;)

Wasatiah Gurlzz said...

OMG!...truknya...menyamakan Nik Aziz si DAJJAL, SETAN, BARUA & FUCK?...x kisah la apa fahaman politik sekalipun, tapi nilai serta sifat2 keislaman perlu dijaga..

jikalau MANUSIA ini sndiri yg snggup sebut semua perkataan 'MULIA' ini, apakah dier juga layak utk dinilai sbg seorg yg baik juga?...wallahualam...

maap yer kpd pemilik blog ni, sya geram dgn org yg letak akal fikirannya di lutut..huhu

Nadiah Sidek said...

NB: dah jadi trend agaknya kak..nak glamer je tulis yg bukan2 kat FB

linglung: entahnya

abangfaizul: terbaca jgk penangkapannya tu

love: padan muka dia kan kak love :p

wasatiah gurlzz: tu la..ada akal tp tak digunakan