Pages

Wednesday, May 5, 2010

Koc wanita

Rasanya semua tahu dah kot pasal koc komuter khas untuk wanita ni. Saya je lambat nak buat entry pasal ni (takde la lambat sangat pun...koc ni pun baru dilancarkan 28 April lepas). Masa mula-mula dapat tahu berita ni...saya terus setuju! Walaupun masa tu tak baca pun berita penuh lagi..eheh..


Sticker koc wanita bagi membezakan koc wanita dan koc biasa


Baru je hari tu bagitau kat Syigim...alangkah bagusnya kalau kat Malaysia pun disediakan gerabak khas untuk wanita dan kanak-kanak macam di Dubai. Tengok-tengok, Malaysia pun dah implement dah gerabak khas tu! tepuktangan

Siapa yang pernah naik komuter, tahu la betapa azabnya kena berasak-asak dengan lelaki. Ada segelintir tu, main tolak-tolak je perempuan. Takde belas kasihan langsung! sedih

Di waktu puncak (peak hour) dan hujung minggu lagi la...tak sanggup je naik. Dah jadi macam sardin dah. Masa ni la ada yang ambil kesempatan meraba penumpang wanita dan menyeluk saku (mencuri). Alhamdulillah la saya tak pernah ada pengalaman ngeri macam tu masa naik komuter.

Oh, tapi ada juga yang tak setuju dengan koc wanita ni...

Badan Bukan Kerajaan, SOL atau Sisters of Liberalism secara rasmi membuat bantahan kepada Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter ekoran wujudnya koc ‘Wanita Saja Sepanjang Masa’. Koc dengan warna merah jambu bagi memberi jaminan keselamatan dan keselesaan kepada orang perempuan itu diperkenalkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang semalam. Ia juga akan mulai diluaskan ke laluan lain mulai Mei ini (lihat di sini).

Jurucakap SOL, Wan Gayah Ibrahim mengkritik perlaksanaan tersebut sebagai 'menghina, merendahkan kemampuan, dan menyebabkan wanita tersisih dalam satu gerabak pendek serta kecil berwarna suram iaitu merah jambu.'


"Kami menuntut kesamarataan. Wanita mesti berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lelaki. Lagipun, koc yang disediakan oleh KTMB membuatkan sesetengah wanita yang ingin bergaul bebas dengan lelaki seperti teman lelaki mereka berasa tidak selesa. Wanita mesti diberi peluang untuk berkawan-kawan. Koc ini juga menyebabkan lelaki yang cenderung keperempuanan atau perempuan yang cenderung kelakian berasa dianaktirikan, diketepikan dan didiskriminasikan. Ini tidak sihat untuk Malaysia. Dalam negara yang mengamalkan 1Malaysia kita patutnya mengamalkan '1Koc Untuk Semua." Kata Wan Gayah Ibrahim yang pernah menjadi imam sembahyang Jumaat di beberapa surau di Bangsar dan Bukit Bintang satu masa dahulu.


Apabila ditanya mengenai sambutan positif penumpang wanita terhadap koc tersebut, Wan Gayah Ibrahim cuma menjawab dengan nada skeptikal, "Mereka yang menggunakan koc tersebut kolot. Apa salahnya duduk dan berdiri bersesak-sesak dengan lelaki? Ini adalah alaf baharu. Perlaksanaan koc wanita ini kerana terikut-ikut dengan negara Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Iran
. Jangan gunakan alasan gender untuk mengenepikan wanita."

Kolumnis terkenal sebuah akhbar tabloid, Datuk Paduka Ir. Kholidah Samad yang turut dihubungi bagaimanapun sedikit berbeza pandangan dengan Wan Gayah Ibrahim, "Kalau koc itu dilaksanakan supaya wanita tidak kena raba dek lelaki maka saya sokong. Punggung saya sendiri pernah kena pegang sekali dulu di Shah Alam. Saya tak suka orang pegang punggung saya. Tapi kalau koc itu dilaksanakan kerana alasan hukum iaitu lelaki dan perempuan tidak harus bercampur maka saya tidak setuju dan membantah dengan tegasnya. Setiap amalan mestilah dengan niat kata hadis nabi. Jadi saya nak tanyalah niat KTMB di sini? Hukum tidak boleh bercampur baur tu semua ciptaan ulama dan tidak sesuai lagi dengan iklim politik negara kita pasca PRU ke 12." Demikian ujar penyokong kuat SOL tersebut.
[sumber: Faisal Tehrani]


Saya rasa, yang duk kritik tu mesti tak pernah naik komuter. Kalau pernah naik pun, mungkin bukan di waktu puncak. Dan saya tak rasa pun koc wanita tu bagi menghina dan merendahkan perempuan. Malah saya rasa ia bagus untuk keselamatan kaum wanita. Kolot??? Lagi la tak dimasuk di akal. Eii..sungguh tak faham saya dengan statement yang saya sengaja bold tu. Malas nak kata apa. Dah nama pun liberal...

Daripada feedback yang saya baca, rata-rata bersetuju dengan koc wanita ni. Dia sorang je kot yang tak setuju. Kesian ihikhik. Yang tak suka tu takpe la, naik la koc biasa...bukannya diwajibkan pun wanita naik koc khas tu. Apa pun, saya tetap suka!


p/s: Abang, jom balik Malaysia...nak naik koc wanita (tak munasabah langsung alasan..hihi..)

p/p/s: sejak bila ada perkataan koc dalam bahasa Melayu ye? Ke...saya je yang tak tahu selama ni?

22 comments:

Anonymous said...

alhamdulilah kalau ada koc wanita kat mesia.. mmg pelik la kalau ada komen2 yg tak suka tu.. kekadang diorg ni suka kritik cakap macam takder akal.. mungkin diorg ni suka kontroversi.. nak tunjuk kuasa tp sebenarnya takdak otak...

Tirana said...

Kalau ikut logik pun memang bagus mengadakan koc khas untuk wanita - untuk menjaga kehormatan wanita itu sendiri..berterimakasih kepada KTM kerana masih memikirkan tentang kebajikan para wanita..

Kalau ikut hukum pulak, orang yang mengatakan tiada nas dalam hadith dan Qur'an menunjukkan dia tidak mentelaah hadith dan Quran itu secara terperinci. Sekadar baca bla..bla..bla..memanglah dia takkan jumpa dalil tersebut dan ulama tabi'in bukan senang2 dan ikut sedap hati mereka untuk buat sesuatu hukum tanpa berpandukan Quran dan hadith. Mungkin ulama' yang tak sepatutnya digelar ulama' saja yang pandai2 buat hukum tanpa merujuk kepada Quran dan Hadith.

yatie chomeyl said...

ntah pape kan, macam ni pun nak sam arata..pelik btul huhuhu..kan bagus dh ada yg special utk omen je, x der lah susah pyh nak berhimpit2 nanti

hayatizain said...

entahla..kak yati rasa siapa yang tak setuju tu maybe jarang jarang jarang jarang sangat naik komuter atau tak pernah naik lansung. They all x mengerti situasi yang org lain hadapi terutama peak hours. Kalau nak betul2 memahami cuba suruh they all naik komuter sebulan time peak hours (lupakan segala kereta yang berhawa dingin tu). Sure tak terus jadi setuju.

hayatizain said...

i mean terus jadi setuju..hehehe emo sekejap sampai salah taip

husna said...

org mcm ni toksah gaduh nak paham. nak sangat tunjuk yang depa ni terbuka, liberal dan hebat. org lain kolot. suka hati la nak naik yang mana. ada pilihan skit. nak beri keselesaan. rasa nak duduk ngan lelaki duduk la. tak paksa semua sumbat dalm koc wanita.
jap. emo lak. hahhaha

Ummi Shira (AshAnas) said...

pandangan SOL tu mmg xmunasabah... menampakkan ke'liberalism'an diorg tu scr xlgsung menampakkan kebodohan dan kedunguan mereka wlupun nmpk nk sokong taraf wanita. nk wanita berdiri sm tinggi, duduk sama rendah dgn lelaki kunun.... ade jgk pemikiran kolot cmtu kan... kt org kolot, diorg lagi lagi KOLOT...

huhu, sori kak, ter'emo la plk... hihi...

Syigim said...

mengarut je alasan2 org yg membantah ni. kalo nk duk kat koc pompuan tu, dok la. kalo xnak, xyah kan. bukan kena paksa pompuan duk dlm koc tu.

mcm kat dubai pun, ade koc pompuan, tp ari tu masa kita naik, naik yg biase punya je psl naik with husband n bro in law. xde masalah pun! so kalo nk bersosial or nk kena ngorat ke, naik je la koc biase. bukannya kena saman kalo pompuan xnaik gerabak pink tu kan!

"menghina, merendahkan kemampuan n tersisih"??? merepek! patutnya kita bangga ade gerabak sendiri utk pompuan. hihi....

pastu COLOR pun jadi isu??? ape masalahnye kaler pink tu suram? ish ish. saje je nk cari sbb nk komplen.

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

Alhamdulillah..akhirnya doaku dimakbulkan..dah lame teringin sistem koc camni coz dah banyak kali teraniaya mase time study dulu2 huhu..
kalu ade sape yang membantah memang nak kena sekeh lah tu hehe

Jiji said...

mangsa raba aaaaaaaaarr penah kena!! makcik gayah ni kena bawak pulang ke pangkal jalan!

Jiji said...

KOC hahahahahah tulis je lan gerabak!

daud.montak.zakaria said...

Pulak dah...dah dibuat macam tu, wanita gak yang bantah(lelaki memang tak bantah...apatah lagi lelaki miang, tapi bukan semua lelaki miang...) Agaknya kalau diberi arahan kepada pengiklan supaya ditiadakan model wanita dalam iklan tentu lagi besar bantahan mereka....tentu bantahan tersebut datang dari pompuan, kan...susah pompuan zaman sekarang ni...semua nak berdiri sama tinggi dengan lelaki..tapi...kalau pemanjat kelapa terdiri drpd orang lelaki nape pompuan tak bantah kerja tersebut dimonopoli orang lelaki...
Ops! maaf kalau bab sama rata tak betul tempat ni rasa emo lak heh...heh...

Nida n' Hanafi said...

Sangat menarik!!! Barulah takde yg ambil kesempatan terhadap kaum wanita

Nadiah Sidek said...

fireflies: tu la, yg kritik tu perempuan pulak tu

tirana: a'ah, statement 1 lg yg sebut psl hukum tu pun entah apa2. tp tu la, dah nama pun liberal..pakai ikut logik akal je la

yatie: mmg entah apa2. tak fhm lgsg dgn org mcm tu

hayatizain: nadiah pun rasa mcm tu jgk. kena suruh dia naik komuter time peak hour dulu nih :p

husna: akk pun ter'emo' gak smlm..hihi..

ashanas: duk kata org kolot, dia lg berganda2 kolotnya :p

Nadiah Sidek said...

syigim: mmg mengarut pun

ummiaisyah: apa lg..gi sekeh kepala org yg duk bantah tu. kuikuikui..

jiji: jiji gi la bg tazkirah kat makcik gayah tu :D. haha..biasa la, bahasa melayu suka cedok bahasa lain..pastu tukar ejaan je LOL

studioukm: yg pasti sy tak membantah..ehe..

nida: betul..betul..aman skit dpd gangguan lelaki2 miang..huhu..

Najwa.H said...

baru ni gi KL (sebelum koc wanita ada). Aduyai...teruk betul, taknak dah naik komuter, macam sardin..

laureates said...

salam kenal.
saja nak buh komen jugak kat sini.
sy ni masih budak belajar kat Egypt.
tertarik pula nak komen pasal benda nih.

kat sini mmg asing gerabak laki prmpn. ade bbrpa gerabak tuk pmpn saje. dan ade gerabak pmpn yang laki boleh masuk wktu malam saje. mmg best. rase secure. even kena himpit2, same gender, so, takdelah kisah sangat pun. :)

gerabak laki pmpn masuk, mcm xkisah je. tapi, gerabak pmpn, kalau laki tersilap masuk, mmg sume dlm tuh akan tenung mcm nak makan.

Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi drpnya. :)

Menderas said...

Perkataan koc telah ada sejak tulisan jawi digantikan dengan rumi. :)

azliani ismail said...

laureates pun ada..hehe
saya pun sm batch ngan laureates cuma lain U..
nk tambah cket, klau kat mesir ni, lelaki msuk dlm gerabak pompuan, bukan setakat kena tenung, bahkan kena tegur dan bila tiba kat perhentian seterusnya, lelaki tu akan trun dan msuk gerabak lelaki..rasa sgt selamat apabila hukum Islam dilaksanakan^_^

Nadiah Sidek said...

najwa: komuter mmg selalu penuh. time peak hour lg la

laureates: salam kenal. terima kasih ye sudi tinggalkan komen :). mmg rasa secure kan bila asing2kan mcm tu

amirulfaiz: oo..tq for the info!

azliani: hari tu ada gak terbaca..ada lelaki masuk koc wanita tp tak tahu la ada org tegur ke tak. btw, terima kasih ye tinggalkan komen kat sini :)

KhairulAqmal said...

aha. tadi saya tersilap masuk koc.bkn ape. takut terlepas train. lari2 then terus masuk koc wanita. oh. ~~~
-.- then next station sempat tukar koc lain.


btw, yang membantah ni jelas jarang naik train waktu peak. even saya lelaki pun sy fhm knpe perlu ade koc khas untuk wanita. bukan utk rendahkan kaum wanita, tapi untuk tnjuk rasa hormat buat mereka. kalau nak dating tu, pergila koc yang campur aduk. bukannya wajib wanita duduk satu koc. ape la alasan dorang guna ni untuk bantah ni. -.-

EdAlia said...

Salam semua,
Artikel yang ditulis oleh Faisal Tehrani itu ialah sebuah satira. Janganlah salah faham, cuba hadam semula cerpen itu. Apa itu satira?

"Satira menggunakan humor dan keberanian untuk memaparkan kebodohan, kejahatan dan penyakit politik. Kebiasaanya satira banyak ditemui dalam ekspresi seni tertentu seperti lukisan, karikatur, sastera dan lirik lagu. Satira biasanya tidak diambil dari cerita lain. Banyak karikatur tempatan berbentuk satira dapat dilihat seperti di dalam majalah Gila Gila yang banyak menyentuh isu2 politik secara sinis."

(http://www.pintuseni.com/satira/maksud-satira.html)

Wallahu'alam.