Pages

Sunday, May 2, 2010

Nujood: Berstatus janda di usia 10 tahun

Saya baru je selesai baca buku bertajuk "I Am Nujood, Age 10 and Divorced". Buku bukan sebarang buku. Buku yang menceritakan kisah benar tentang Nujood Ali (Yemeni). Ingat tak, saya pernah kata sejak akhir-akhir ni saya lebih minat tengok cerita berdasarkan kisah benar? Sekarang ni buku pun saya lebih cenderung nak cari dan baca kisah-kisah yang betul-betul berlaku kat dunia ni. Search dalam internet, terjumpa sinopsis buku tu, terus minta suami belikan.


Nujood Ali

Rasa macam tak percaya je semuda tu (umur baru 10 tahun) dah jadi janda. Memang rasa kesian sangat kat Nujood dan yang senasib dengannya. Dipaksa kahwin oleh bapa kandung satu hal, yang lebih teruk lagi...didera oleh suami lepas kahwin.

Di Yaman, takde had umur untuk berkahwin dan dari segi undang-undang, tak menjadi kesalahan jika keluarga kahwinkan anak-anak perempuan mereka di bawah usia 15 tahun (umur 8 tahun pun ada yang dah kahwin) dengan syarat si suami tak 'menyentuh' isterinya sehingga isterinya baligh dan bersedia untuk 'bersama'. Tapi lepas je kes Nujood ni dibawa ke mahkamah, barulah undang-undang menetapkan umur minima untuk berkahwin adalah 17 tahun bagi perempuan dan lelaki (sumber: marriageable age dan Yemen post).


synopsisSynopsis: Nujood Ali's childhood came to an abrupt end in 2008 when her father arranged for her to be married to a man three times her age. With harrowing directness, Nujood tells of abuse at her husband's hand and of her daring escape. With the help of local advocates and the press, Nujood obtained her freedom - an extra-ordinary achievement in Yemen, where almost half of the girls are married under the legal age. Nujood's courageous defiance of both Yemeni customs and her own family has inspired other young girls in the Middle East to challenge their marriages. Hers is an unforgettable story of tragedy, triumph, and courage.


Sangat kagum la dengan keberanian Nujood tampil ke mahkamah seorang diri akibat tak tahan didera dan diperkosa suaminya. Bukan setakat didera suami, mak mertua Nujood pun turut sama menderanya dan mengapi-apikan anak lelakinya tu supaya pukul Nujood. Tu pun mak tiri Nujood (isteri ke-2 ayah Nujood) yang suruh Nujood ke mahkamah lepas Nujood mengadu pada mak tirinya tu.

Mula-mula saya baca buku tu, saya faham la yang ayah Nujood kahwinkan Nujood sebab kesempitan hidup. Bila nak sampai penghujung cerita, rupa-rupanya ada lagi sebab lain kenapa ayah Nujood kahwinkan jugak Nujood...ayahnya tak nak Nujood diperkosa macam yang pernah berlaku pada kakak Nujood. Silapnya, ayah Nujood tak siasat pun latar belakang lelaki yang duk pinang Nujood tu. Dia fikir lelaki tu jenis yang baik-baik, boleh jaga Nujood sebaik mungkin dan akan tepati janji yang dia takkan sentuh Nujood bila dah kahwin sampai Nujood baligh.

Tapi tu la, walaupun ayah Nujood dah tahu yang Nujood didera suaminya...dia tetap tak bagi Nujood minta cerai sebab ayah dia takut adik-beradik dan sepupu-sepupunya yang lelaki bunuh dia (dianggap menjatuhkan maruah keluarga). Takde cara lain, Nujood ke mahkamah senyap-senyap dan dia bernasib baik ada peguam yang sanggup tolong dia (Shada Nasser).




Sekarang ni Nujood dah kembali ke sekolah. Sebelum kahwin, dia hanya sempat bersekolah selama setahun je. Tu pun masa umur berapa baru dia mula pergi sekolah. Mak ayah Nujood tak nampak kepentingan menyekolahkan anak-anak terutama anak perempuan, lagipun diorang orang susah. Bila nak kahwin, bakal suami Nujood suruh Nujood berhenti sekolah pulak. Duit hasil daripada jualan buku tu la yang digunakan untuk bayar yuran sekolah Nujood.

"Today I finally feel that I've become a little girl again. A normal little girl. Like before. I'm just me".

23 comments:

CatlinaFly said...

tulah..manusia ni kalau bab sunnah nabi..bab kawen jugak yang jadi perhatian utama...memanglah Rasul kita (SAW) mengahwini Saiyidatina Aisyah pada usia 9 tahun, tapi bersama bila 11 tahun dan fizikal org dulu mcmana pulak kan...tak samam dgn org sekarang...

bila bab sunnah nabi yang bgn solat sunat mlm2, tu tak mo ikut pulak...kalau bab poligami laju je bagi hujah.kesian budak ni dan juga kan ada baru2 ni kes budak perepmpuan 10 tahun dikawenkan oleh bapa dia kepada kawan bapak dia tu ?kes ajaran sesat rasanye..

NzA said...

kesian sgt....baru nk kenal dunia dh jd janda...budk2 kita umo 10thnmasih xtau apa2 lg....masih brkejaran dgn kekwn....

Chik Na said...

menarik kisah ni... berani sungguh adik ni fight for life.. tak semua org punya kekuatan begini..

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

"Today I finally feel that I've become a little girl again. A normal little girl. Like before. I'm just me".
Alhamdulillah..Lastly Nujood dapat haknya balik..so touching

Anonymous said...

Sangat kagum dengan semangat Nujood untuk menegakkan hak die....

kalau la min pon dapat baca buku mesti lagi best..sure ade yang nangis sorang2 depan buku...hehehe

Jiji said...

BESTNYA CERITA NI!!!!!!!!!!!!!!!!!

Jiji said...

nak mintak izin copy best entry ini buleh?

Ummi Shira (AshAnas) said...

kesian kan... muda2 lagi dh lalui cabaran hidup yang maha hebat... matangnya dia mengharungi liku2 hidup dia...

Anonymous said...

subhanallah.. so touching! thanks for sharing sis!

Syigim said...

thanks for sharing. best baca cara nadiah citer balik. my SIL is 10 yrs old. xterbayangkan benda camni berlaku pd dia. maybe 10-20 yrs frm now nujood can write anothr book about her latest updates.

hopefully masa tu dah bekerjaya, kawin properly n bahagia suma kan? :)

Nadiah Sidek said...

catlina: tu la mslhnya, ambil yg mana suka je..yg tak suka tu diletak tepi. pastu jadi fitnah pd Islam

nza: mmg kesian pun nak2 bila baca part yg dia cerita dia tak tahu erti kahwin yg sbnrnya

chik na: yup, nujood mmg sgt berani

ummiaisyah: blh bayang betapa gembiranya nujood lps bercerai :)

meen: nak lg best mmg kena baca sendiri buku tu ;)

Nadiah Sidek said...

jiji: boleh2..copy la

ashanas: betul tu. nujood agak matang (blh gmbrkn walaupun hanya baca buku tu je)

fireflies: u're welcome :)

syigim: ada 1 part..nujood kata dia tak nak kahwin sampai bila2. trauma agaknya :(

HuMayRah HaYatI said...

tragisnyer citer..kesian nujood..

yatie chomeyl said...

nak cari jugak lah buku ni..mesti best giler

Unknown said...

baca sinopsis jer dah berdebar2 jantung. kenapa? terja dengan keberanian dan kesungguhan nujood. syukur alhamdulillah, sy dan anak tidak dilahirkan di sana, tp kat sini pun dah ada yg nak mengikut trend di sana...
Allah Allah

Ummu Mishkah said...

menarik!! nak cek jap dah ada lum kat koleksi library kami, kalau belum ada nak request kat acquisition ah.. :)

husna said...

bunuh sebab malukan famili. 1 budaya org timur tengah yang ssh nak buang.
sampai org lain rasa islam itu agama yang sempit dan takde keadilan dan xde jalan keluar.
masih banyak negara yang amalkan. dan masih banyak kes2 terpencil dan tak dilaporkan.kasehan wanita dan kanak2 diluar sana.

husna pon nak pi cari buku ni gak la mmg sangat suka baca kisah benaq, autobiography, memoir.

Nadiah Sidek said...

kak yati: kesian sgt

yatie: cari la..tak rugi beli

diari-alya: bersyukur tak dilahirkn kat tmpt2 mcm tu, kan?

ummumishkah: check..jgn tak check ;)

husna: akk terjangkit dgn husna la baca buku2 autobiography, memoir

Unknown said...

tak terkata..
at least ade juga pembaharuan dlm undang2 negara Yaman kan.. kesian nya nasib wanita Islam..

inisuha said...

nak cari jugak la buku ni..agak2 kat malaysia dah sampai ke belum?

Nadiah Sidek said...

kakyong: yup, sekurang2nya ada pembaharuan pd undang2 perkahwinan kat sana

inisuha: tak pasti pulak

inisuha said...

kak nadiah;

dekat malaysia belum sampai lg buku ni..kalau nak jugak kena buat special request kat MPH :(

Ummi Hanie said...

kesiann Nujood..

wht an interseting book n story !
tulah byk benda.kisah benar yg kita xtau lagi kan kak Nadiah..

akk order online ek?

Hanie ade bbrp buah buku nk dihadap ni , xabis2 lg..lemah btoi skrg..asik dok baca ebook je..hehe