Pages

Monday, May 10, 2010

Spring 2010 BBQ

Tarikh: 8 Mei 2010
Tempat: Holmes Lake, Lincoln
Masa: 2.45 petang
Aktiviti: BBQ dan main bola tampar


Tu la aktiviti kami Sabtu lepas. BBQ kami yang pertama tahun ni. Sebagai tanda 1 lagi semester yang penuh stress berakhir (sekarang ni cuti 3 bulan..yay! menari). Juga melepaskan dendam rindu setelah beberapa bulan tak dapat nak buat BBQ. Sepanjang Winter mana boleh nak buat BBQ. Awal Spring pun tak dapat nak buat sebab masing-masing sibuk dengan assignment dan exam. Tu yang habis-habis je exam, terus buat BBQ.


Oh, ni bukan group kami. Diorang ni baru juga sampai masa kami tiba di Holmes Lake tu. Perasan tak apa yang peliknya? Diorang bersantai di tengah panas! Walaupun ada matahari, takde la panas sangat masa tu tapi takde la kami nak duduk tengah-tengah panas macam tu. Tetap jugak cari tempat teduh. Tapi ye la, bila difikir-fikir balik dan dah lalui sendiri musim sejuk, memang nikmat sangat 'jumpa' matahari. Sebab tu la diorang ni suka berjemur


On the way nak ke Holmes Lake tu, Safiyyah tertidur dalam kereta. Memang nap time dia pun. Bila tak puas tidur, mengamuk la dia. Jenuh juga la saya nak pujuk dia. Bawak la dia jalan-jalan dulu tepi tasik. Lepas tu baru mood dia ok...


Bawak dia kat tempat ada bunga-bunga ni baru dia diam penat


Cantik langit masa ni


Dah kembali happy


Holmes LakePemandangan sekitar tasik. Beza, kan warna langit di kedua-dua gambar tu. Cuaca masa tu memang tak menentu sangat. Kejap mendung, kejap cerah. Kejap sejuk, kejap panas tapi angin masa ni tak sekuat berbanding masa kami buat BBQ autumn lepas


Sleeping beauty. Orang lain seronok berBBQ, Iman seronok tidur sengihnampakgigi


Izza, Sek Yee dan Stanley


Ali sekeluarga (Pakistani). Comel betul anaknya!


2 orang bapak budak bersama 2 orang bujang
Dari kanan: Syafiq, Hafiz, suami saya dan Muzammil


satay dan ayam BBQMenu utama: ayam BBQ dan satay ayam. Ayam BBQ tu Izza yang buat. Saya buat satay dan kuah kacang


Menu sampingan: Bihun goreng (Izza), lasagna (Muzammil), kek batik Maria (saya) dan salad buah (Sek Yee)


kek batik MariaSempat pulak kek batik Maria ni posing sebelum masuk dalam tupperware! sengihnampakgigi
Nama kek ni memang kek batik Maria, bukan kek batik Marie...bukan tersalah eja tau..


Kan saya dah kata saya tak tersalah eja! Biskut ni la saya guna buat kek batik tu. Sebijik macam biskut Marie, rasanya pun lebih kurang je kenyit


Iman dah bangun. Berkenan betul Iman dengan kasut Safiyyah


Sekali-sekala dapat makan lauk je, seronok la si kecik ni


Bapak-bapak budak dengan anak dara masing-masing. Iman macam biasa tersalah ayah sengihnampakgigi


Perut dah penuh, main bola tampar pulak. Yang lelaki je la mainnya pun. Saya sahih-sahih la tak reti main bola tampar. Masa matrik dulu ada juga la main (terpaksa) tapi tak pernah lepas net pun jelir


Ni team suami saya. Sekali dengan Syafiq dan Ali


Ni pulak team lawan: Hafiz, Stanley dan Muzammil


Yay..team suami saya menang! Menang bersorak je...ihikhik. Yang menang game, team 1 lagi


Khusyuk betul Safiyyah tengok papa dia dan pakcik-pakcik main bola tampar. Kadang-kadang dia gelak. Entah apa la yang melucukan hatinya tu senyumkenyit


Minit-minit terakhir sebelum balik

17 comments:

aLyNnZ said...

owhh mamam2 time lg..beshnyer sonok tgk nadiah n team sgt close bnyk wat aktiviti bersama..cantik lar biler saffiyah pose ngan bunga..pandainyer izza masak memasak, buat satay tuu..buat kek maria tu..

alynn blk keje dh penat sampai pun dh lewat ptg..kdg2 masak kdg beli jew kt luar..weekend biasanyer lek kg umah mak n mertua..sometimes terpikit best gak kalu jd fulltime housewife..terpikir plak dok kt kl nie semua guna duit..

oppss bocor rahsia..rasanyer alynn xpernah tgk iman isap puting tuu..hoho pasnie haruslah alynn terjah bloh izza..

ummikhayra said...

wah... bestnya nadiah... boleh berpiknik2 gini.... terer ek buat nadiah buat satay... nini memang penggila satay.. nampak macam teringin je... hehehhehehehhe

maszmadi said...

so sweet safiyyah wif flower...

husna said...

ah. geram tul tgk safiyyah ni. comel tul. dengan sepit rambut reben color biru. baju safiyyah pon sgt cantik.
paling suka gambaq safiyyah masa dia tunduk mengutip something y nmpak langit biru y luas. cantik.
rs cam lawak la nama biskut tu. kat sini nama org puteh, marie. kat sana nm maria.

Chik Na said...

seronoknyaaa... makan-makan, main-main, borak-borak.. dapat mengeratkan silaturrahim ;-)

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

bestnya..BBQ ramai2 ni.Safiyyah maintain cute.

yatie chomeyl said...

safiyyah ni makin gebu pipi dia..mmg masa spring, aktiviti BBQ ialah sgt heaven kan ;)

Nadiah Sidek said...

alynnz: mmg tau org yg bekerja ni ada yg tak sempat masak. takpe la, free2 & ms cuti blh la alin masak ;)

ummikhayra: suka satay ye? kite tak minat sgt..mkn 2-3 cucuk ok la. tu suami yg minta buatkan..dia nak mkn :)

maszmadi: tq! :)

husna: hihi..tu la, pelik kan? sana marie sini maria :D

chik na: yup ;)

ummiaisyah: sekali-sekala buat BBQ ramai2 mmg best

yatie: betul..betul! BBQ time spring mmg heaven berbanding musim lain

tini said...

salam.. suka sgt tgk safiyyah yg comei. tgk n3 ni buat sy terkilan sgt2 sbb janji nak bwk fatimah piknik blm sempat ditunaikan. anw, hp for u :)

deena farhana said...

emm, sory kak Nad..dah lama xdtg sini..seperti biasa, entri kak Nad sgt meriangkan hati sy...trm ksh...

Izan Ishak said...

sedapnya nadiah...buat perut keroncong je kalau sebut2 bbq nih!
safiyyah makin tembam!!

Unknown said...

sonoknya berBBQ..
kalo kat mesia ni org suka BBQ malam hari... hehehee...

salad buah tu mcm sedap jer...

Nadiah Sidek said...

tini: takpe la, insyaAllah nnt fatimah dah sihat blh bwk dia berkelah

deena: sibuk ye skrg ni?

izan: skrg ni safiyyah berselera sikit mkn berbanding sblm2 ni..tu yg nmpk tembam skit kot :)

kakyong: sini tak dpt nk buat BBQ mlm sbb mlm pendek. time winter mlm pjg la

Anonymous said...

bestnya satay!! nak order 50 cucuk boleh dak dengan kuah kacang sekali tau!! isk isk..

ummuabdullahsyaakir said...

seronknya dapt sma2 rmai2 mcmni..siap bbqa gituu..

Kak,cantikkn time spring klu kat sna..kat mesir ni tak nmpk sgt.

ummuabdullahsyaakir said...

Pic akk ambik nih cantik2 lah,pkai kamera apa?

Nadiah Sidek said...

fireflies: blh..blh..secucuk harganya sedollar :p

ummuAS: akk pakai kamera digital biasa je :)