Pages

Monday, October 19, 2009

BBQ di Holmes Lake

Petang semalam kami makan ayam barbecue lagi! Sejak datang ke sini entah berapa kali entah makan ayam BBQ cuma yang bezanya kali ni BBQ dibuat di tepi tasik peace. Sebelum ni hanya buat di tepi rumah Hafiz/Izza. Sekali-sekala ubah angin memang seronok menari.

Masa tengah nak bersiap-siap nak keluar semalam, tiba-tiba kami terdengar ada orang menjerit-jerit. Ingatkan ada orang bergaduh. Then, kami buat tak kisah je la lagipun tak jelas sangat apa yang dijerit tu. Couple of minutes later, terdengar bunyi siren lak. Tengok kat luar nampak kereta polis, bomba dan ambulans. Rupa-rupanya ada budak sesak nafas! Mak budak tu la yang menjerit tu. Diorang (chinese) duk di blok sebelah, atas daripada rumah Hafiz/Izza. Tak tahu macam mana budak tu boleh sesak nafas. Husband saya sempat la ke luar sekejap tengok...katanya budak tu nampak macam kaku je masa paramedic bawa dia ke van ambulans. Kesian sangat. Budak tu dalam lingkungan umur 2 tahun kot. La ni tak tahu la macam mana keadaan budak tu sekarang. Hopefully takde apa-apa la yang berlaku, dah la itu satu-satunya anak diorang...



Masa kami keluar, hanya polis dan bomba je ada lagi. Macam tengah soal-siasat la. Tapi yang bagusnya kat sini, bantuan cepat sampai. Kalau call talian kecemasan, 3-3 tu (polis, bomba, paramedik) akan datang. Lepas polis dan bomba pergi, baru kami bertolak ke Holmes Lake...masa tu dalam 2.30 petang. Masa baru keluar rumah, cuaca panas tapi sampai-sampai je kat tasik, angin kuat sangat! Sejuk sungguh masa tu. Di The Weather Channel memang ditulis hari tu windy (angin kuat) tapi tak expect la windy waktu tu sebab masa nak keluar tu takde angin pun. Mujur pakai juga wind breaker...kalau tak menggigil dah agaknya.


Macam tepi pantai, kan? senyum


Angin kuat sangat sampai terbentuk ombak. Betul-betul macam tepi pantai!
Credit to Syafiq for this picture



Kain alas tempat duduk terpaksa ditindih dengan barang-barang berat...kalau tak, terbang le jawabnya! Tapi end up tak duduk bawah pun, duduk atas kerusi tu je...selesa sikit nak makan kenyit


Mereka sedang berpura-pura macam ada taklimat penting sengihnampakgigi


Makan time!
Menu: ayam BBQ, spaghetti orang bujang, bihun goreng Izza, puding roti orang bujang, makanan Pakistan (kacang kuda-tak tahu-masak-apa), and carrot cake with cream cheese topping baked by me!



Safiyyah disorok papanya di sebalik selimut sebab sejuk sangat & angin pun kuat sampai tudung periuk yang belah kanan sekali tu pun terbang jugak! Aduh, sakit tau! Mujur la kena bahu saya je penat...kalau kena muka...tak tau le camne...


Cantik view kat sekitar Holmes Lake tu tambah-tambah masa musim autumn ni


Jejaka-jejaka perasan termasuk 2 orang yang dah kahwin mengaku bujang adus


Kami yang dah berkeluarga love


All of us kenyit
Belakang dari kanan: Syafiq, Suhaizi, Irfan, Muzammil dan Waseem
Depan dari kanan: Izza dan Iman, Hafiz, suami saya dan Safiyyah, dan saya!

12 comments:

yatie chomeyl said...

time autumn ni mmg view kat area lake lawa kan?

NORHAYATI BERAHIM said...

masa autumn memang cantik sangat2..daun dia yang kemerahan-merahan, kalau dok dalam cabin pun bestkan..

ukmstudio said...

Bagus kan talian kecemasan kat sana, tak pasti pulak kat malaysia macam tu ke agaknye...
Memang selera kalau makan sambil di tiup angin, nampaknya tak lama lagi berkilo-kilo lah agaknya berat badan masing-masing...

LOVE said...

Wow, such a refreshing scenery! Sukanyaaaa Love! ;)
Nadiah, tks for ya Diwali wishes yer! n tks for trying out my chicken recipes! ;)

Nadiah Sidek said...

yatie: yup! :)

NB: tu la kak...suka tgk daun warna-warni :)

ukmstudio: kat m'sia jln jammed..especially kat KL tu..

love: saya pun suka! hehe..

Mummy Faridah said...

waah... besnya barbeque...

Zuhaini said...

cantiknya... tapi sian kat budak tu kan..? mintak2 la x dak apa2...

cute safiyya.. safiyya makan apa..? :)

husna said...

wah wah wah... bestnya bbq... kak nadiah.. nak tgk muka safiyyah terbaru dekat2...

Nadiah Sidek said...

mummy faridah: hehe..nnt buat la kat sana ;)

zuhaini: tu la..hrpnya takde apa la berlaku kat budak tu..

husna: ada dlm FB akk ;)

mirah said...

mm..bestnya tgk kalian kat sana. Nak pergi jugak ni..(heheh berangan lah dulu kan.. :)

Nadiah Sidek said...

mirah: hehe..moga angan2 jd kenyataan ;)

hijau said...

lawanya....nampak cam big happy family...........suka....