Pages

Thursday, October 29, 2009

Tepuk tangan

Mari tepuk tangan dengan Safiyyah! tepuktangan


Video tu saya rakam minggu lepas. Masa tu Safiyyah baru pandai tepuk tangannya. Sebelum tu dia duk tepuk dengan sebelah tangan je sampai papanya kata:

"Safiyyah, tepuk sebelah tangan takkan berbunyi". sengihnampakgigi

2-3 hari lepas tu baru la dia reti tepuk tangan. Bila dah pandai tu asyik tepuk tangan je kerjanya. Lepas habis makan tepuk tangan, tengah duk main-main pun tepuk tangan, dan yang tak tahan nak gelaknya, ada sekali tu masa dia baru sedar dari tidur, terus tepuk tangan! ihikhik

Seronok la tu dapat buat benda baru. Kadang-kadang dia 'ajak' kita tepuk tangan sekali dengan dia. Mula-mula ingatkan apa la yang dia nak, duk 'marah-marah', rupanya nak suruh kita tepuk tangan dengan dia! Bila kita tepuk tangan sekali baru la dia tergelak-gelak balik sengihnampakgigi.


Bawah ni pula sesi Safiyyah menayang giginya yang tak berapa nak ada sengihnampakgigi. Setakat ni alhamdulillah la dia takde nak gigit ummi dan papanya ni lagi. Harap-harapnya tak berlaku la sampai giginya tumbuh semua tapi mak saya kata biasanya budak memang akan duk menggigit je bila dah ada gigi. Betul ye? Sekarang ni pulak sebatang lagi gigi bawahnya nak naik. Baru perasan tadi masa dia duk meragam. Entah apa la anginnya hari ni, meragam aje. Asyik nak berdukung je. Kita duduk sambil letak dia kat riba pun dia mengamuk, bila dukung berdiri baru dia diam penat

~Safiyyah dan sebatang giginya~
Kat rumah bukan main galak lagi. Kalau kat luar senyap je dia. Time ramai orang lagi la...menangis je dia...tak nak langsung dengan orang lain
senyumkenyit

19 comments:

yatie chomeyl said...

safiyyah mcm nazhan gak..depan orang senyap je..kat umah bukan main galak lagi eheh
tp baguslah camni, at least senang nak kawal dia kat luar..;)

puan oryza said...

wah2 safiyyah bukan main tepuk mcm budak2 lain... siap ade gaya lagi tuh! huhu...

Ummu Ammar said...

Ala comelnya Safiyyah..ni kalau diagah lagi dia seronok ni...

Ummu Mishkah said...

Safiyyah seronoklah tu berjaya tepuk tangan.. blh dia tunjuk kat papanya.. hihihihi

liyana said...

macam nak topuk nyamuk je safiyyah ni.. hihihi

arin said...

sama le ngn si kenit zara, kat umah terkekek gelak..bila kat luar, muka unfamiliar..start dia pasang gear nak nangis..tak rock langsung!

Love2cook Malaysia said...

Hehe, comeynya!! Love pun tepuk tgn along with Safiyyah erk ;)

Unknown said...

alahai.. cutenyer safiyyah sambil duk tepuk tgn..
nice video.. :)
tak sabar nak tggu safiyyah leh panggil ummi ngn papa die..
nanti jgn lupe record tau.. hik3.

ibu_Arifa said...

comeynyer dia dah pandai tepuk tangan... best kan!
anak saya sampai skrg pun saya buat as reward bila dia buat benda2 yg baik atau berjaya buat sesuatu...saya tepuk tangan sambil ckp..pandai...dia pun suka sambil tersenyum dan tepuk sama2 dgn kita.. sampai ke hari ni tau..

cth: bila dia pandai masukkan syiling dlm tabung..saya tepuk dan cakap pandai..terus nak buat lagi sampai dah tak de syiling dah dlm umah...terpaksa buka balik tabung tu nak ambik balik syiling sbb dia tak puas2 lagi nak 'menabung'.. bukan sehari..2-3 hari mcm tu..

Nadiah Sidek said...

yatie: hehe...sama rupanya ye

cik oryza: hidup mesti ada gaya :D

ummu ammar: oh..dia mmg suka kalau ada org agah/layan dia ;)

ummumishkah: mmg ketara sgt dia seronok bila dh pandai tepuk tangan :D

liyana: nasib baik sini takde nyamuk..kalau tak, ummi dia dh suruh dh tepuk nyamuk tu..ehe..

arin: le..ingtkn zara tu mesra rakyat...rupanya sama je ye dgn safiyyah...LOL

love: mari..mari..tepuk tgn ramai2 ;)

meen: ummi & papanya lg la tak sbr dia sebut ummi & papa..hehe..

ibu arifa: hehe...pandai dalila menabung ;)

anNA said...

comel....cute sangat..

pali said...

bagus safiyah!

tak sangka safiyah ingat apa yang uncle ajar haritu. bagus2!

(ni komen perasan. hahaha)

Nadiah Sidek said...

anna: :)

pali: haha...mmg perasan pun! :D

husna said...

wah wah.. seronok dia bila dah pandai bertepuk.. muah tuk safiyyah comel..

Nadiah Sidek said...

husna: mmg excited pun dia bila dh pandai tepuk :D

boundaries said...

bestnyer tengok dia duk main tepuk tangan tu..exited betul...dia ada tengah tengok apa2 ke kat depan dia tu?

Nadiah Sidek said...

boundaries: dpnnya ada tv..ehe..

Affordable apartments said...

It a wonderful post!! Thank you for sharing it with us and the baby is too adorable !

pali said...

pandai pulak orang buat iklan ni komen betul. ingatkan robot yang komen. haha.