"Pulangnya bidadari kecilku kepada Pencipta Yang Maha Kuasa...Ya Allah terima kasih kerana meminjamkan kepadaku Nurul Damia Izazi binti Mohamed Azwan (9 Syawal - 17 Syawal 1430H) walau hanya 9 hari cuma...Al-Fatihah..."
Semalam pula saya terima satu lagi berita pemergian seorang anak kecil. Anak kepada Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Elias. Saya tidaklah kenal secara dekat dengan Ustaz Ramadhan Fitri. Ayahnya, Ustaz Elias merupakan bekas pengarah Pusat Islam USM dan salah seorang adiknya, Nurun Najah Elias sekampus dengan saya, juga satu school dengan suami saya di USM. Secara tak langsung, saya dan suami kenal dengan Ustaz Ramadhan Fitri.
Saya dapat perkhabaran tersebut di status Facebook Ustaz Hasrizal. Memang terkejut baca status Ustaz Hasrizal waktu tu. Mulanya saya sangkakan Ustaz Ramadhan Fitri yang disebutkan tu bukan anak Ustaz Elias, cuma punya nama yang sama. Rupanya bila saya baca di blog Ustaz Hasrizal, memang betul anak Ustaz Elias yang dimaksudkan! Bergenang air mata baca entry Ustaz Hasrizal tu. Pemergian anak Ustaz Ramadhan tak dapat diketahui apa puncanya tapi berkemungkinan berpunca daripada Shaken Baby Syndrome...
Mudah-mudahan Emi sekeluarga serta Ustaz Ramadhan Fitri sekeluarga redha dengan pemergian buah hati sulung mereka dan tabah serta sabar menghadapi ujian. Al-Fatihah...
15 comments:
salam nadiah,
salam takziah buat keluarga Nur fatimah jgk, bahaya jugakan kalo selalu timang2, buai baby kuat2 nih..Shaken Baby Syndrome tu boleh mambawa maut tuh..al Fatihah.
p/s: tak sangka yg dimaksudkan ni cucu ustaz Elias USM tuh..
Salam nadiah..
Bila baca pasal pemergian anak kesayangan ni..walaupun tak kenal parentsnya tapi naluri keibuan sangat tersentuh dan sedih..
Bayangkan jika ujian itu menimpa kita..wali'yazubillah..didoakan semoga emi dan ust ramadhan fitri serta keluarga mereka tabah dan sabar menempuh ujian ini..
sedihnyer..tak tahu camne nak tempuh semua dugaan ni kalau saya di tempat ibu anak2 ini
anak2 kecil itu akan menanti ibu bapanya di pintu syurga kelak...
alangkah bertuah dan beruntungnya mereka...
tabah dan banyakkan bertawakal...
memang sukar dan berat menanggung dugaan ini, tapi percayalah pada kalam Allah : 'laa yukallifullahu nafsan illa wus'aha....'
Inna Lillahi Wainna Ilaihi Roji'un....
innalillahiwainnailaihirojiunn..
nadiah, nak tanye, nadiah kenal farahiyah ek?
ibu arifa: tu la..tak sangka juga rupanya cucu ust ellias..
ummu ammar: mmg sedih, kn? tak dpt nk bygkn kalau kita diuji sedemikian rupa. apa pun, mdh2an kita semua tabah hadapi ujian2Nya...
yatie: kite pun tak dpt nk bygkn cmne...
mama nabihah: mmg Allah ganjarkn ganjaran yg tinggi kalau kita bersabar hadapi ujian sebegitu...mdh2an sesiapa je yg diuji mcm tu redha dgn ujianNya agar beroleh ganjaran yg dijanjikanNya..ameen..
putri: kenal..knp?
I feel so sorry for the lost ya! Only both the family knows how much they've lost. But God love those kids more, that's y he has taken them with Him. :(
I have no words to say, but feel very sad. :(
slm..kak nadiah..sedih bila bace entry ni.takziah.smg mereka tbh.tak tahu kalau diri sendiri menghadapi dugaan begini..:(
love: sedih, kn kak love?
US: itu la..berat mata yg memandang berat lg bahu yg memikulnya..
Salam Nadiah...
Sedih bila baca entry pasal pemergian nih.. Tak dapat bayangkan kalau happen kat diri sendiri.. :(
takziah buat Ramadhan sekeluarga.Ramadhan rakan seperjuangan/sebatch Kamal masa Mashoor.Najah pulak junior dayah kat KI/matrik..anak2 Ust Elias semua hebat belaka.
UK: tu la..mmg sedih..
dayah: betul..diorg semua hebat..
kalau kenal, putri nak mintak email farahiyah kalau nadiah ader..
nadiah postkan kat blog putri pun xpe. kat shout box..
Post a Comment