Pages

Monday, October 26, 2009

Ke klinik lagi

Psstt...entry kali ni entry basi juga tau...layan aje la ye peace


October 9, 2009
Sejak duk sini ke klinik aje kerja kami jelir. Bezanya kali ni pergi klinik bukan untuk check up Safiyyah, tapi ummi Safiyyah senyum. Oh...saya tak sakit apa pun, tapi memang kena buat check up (awal-awal lagi dah diberi tarikh appointment untuk jumpa Dr) supaya nanti kalau perlu ke klinik, nama saya dah ada dalam list di klinik tu. Lagipun kan saya pernah cerita dulu, punya la lama nak daftar Safiyyah di klinik. Bila nama dah ada dalam list kat klinik tu, senang la sikit...tak perlu la terhegeh-hegeh nak daftar.

Fuh, mujur juga proses pendaftaran saya tak makan masa lama sangat sebab diorang banyak duk refer rekod pendaftaran Safiyyah sebelum ni penat. Check up pun yang biasa-biasa aje. Duk timbang berat badan, ukur ketinggian, check blood pressure, check pernafasan, pastu duk bersoal jawab dengan Dr. Brooke tentang previous pregnancy. Dalam duk bersoal jawab tu Dr. Brooke tanya saya pernah buat ujian pap smear tak, then saya jawab la tak. Dia kata kalau kat sini, wanita yang baru bersalin, kena buat pap smear, kira macam wajib la. Kalau kat Malaysia, setahu saya takde la diwajibkan, cuma digalakkan aje ujian pap smear dibuat.

Lepas bersalin dulu, memang Dr. Noraini (Dr. yang sambut Safiyyah) ada tanya saya nak buat ujian pap smear atau tidak. Masa tu saya angguk je la pastu Dr. Noraini suruh saya call balik ke klinik untuk buat appointment bagi ujian pap smear tapi sampai ke sudah saya tak contact balik klinik tu adus. Bukan apa, saya takut la gigitjari. Orang kata buat ujian pap smear tu menyakitkan. Tadi sempat la google jap pasal pap smear...jumpa site ni: pap smears...huhu...menakutkan je (saya ni memang penakut benda-benda camtu dan memang tak suka ke klinik dan makan ubat sejak dari kecik jelir). Ada sape-sape yang pernah buat tak ujian tu?


October 12, 2009
Kami ke Children's Hospital & Medical Center di Omaha. Appointment pukul 11 pagi, kami bertolak dari rumah pukul 9 lebih. Perjalanan dari sini ke Omaha makan masa lebih kurang sejam. Kami pergi berempat termasuk Suhaizi sebab tak tahu jalan nak ke Omaha lagipun suami saya kan pemandu amatur sengihnampakgigi, jadinya terpaksa la minta Suhaizi jadi drebar pagi tu tapi dari Omaha ke Lincoln suami saya yang drive kenyit.

Sementara tunggu nama dipanggil, kita main dulu! sengihnampakgigi


Sampai sana, kami terus ke Helmet Clinic. Ingat lagi tak entry yang saya cerita pasal cranial band dulu? Itu la tujuan kami ke Omaha senyum. Kat sana, lepas jumpa beberapa staf dan melepasi beberapa prosedur, baru kami jumpa Doktor. Orang pertama yang berurusan dengan kami ialah staf yang uruskan bahagian financial. Lepas habis bersoal jawab tentang kewangan, jumpa pula dengan physical therapist. Physical therapist tu buat beberapa ujian/aktiviti fizikal pada Safiyyah, nak tengok tahap perkembangan Safiyyah mencapai tahap pencapaian bayi yang berusia 9 bulan ++ atau tidak. Lepas tu kami berurusan dengan sorang lagi staf yang duk ukur ketinggian Safiyyah dan berat badannya. Oh, sini sistemnya memang berbeza. Yang duk timbang berat orang lain, yang duk suntik orang lain, yang duk uruskan financial orang lain...pendek kata, semuanya spesifik pada bidang masing-masing dan sebab tu juga la medical fees kat sini agak mahal...semua staf tu perlu dibayar duit.

Muka ceria sebelum jumpa staff nurse dan doktor. Staff nurse/doktor masuk je terus nangis macam kena cubit jelir

Only then baru kami jumpa Dr. penat! Alhamdulillah, Dr (lupa lak nama Dr tu) kata kepala Safiyyah takde apa-apa masalah, hanya kesan daripada banyak baring/tidur terlentang dulu. Saya dan suami decide tak nak proceed pemakaian helmet (cranial band) tu pada Safiyyah atas beberapa sebab:

  1. Bentuk kepala Safiyyah tak mempengaruhi tumbesaran otaknya, lagipun bentuk kepalanya dah tak seleper dulu
  2. Agak mahal, dalam lingkungan USD 3,200
  3. Permohonan medicaid kami tak diluluskan
  4. Kebanyakan syarikat insurans lak tak cover the cost of the cranial molding helmet sebab ia dianggap sebagai kosmetik (hanya untuk mencantikkan bentuk kepala), instead of medically necessary
  5. Dah agak lambat. Sepatutnya paling lewat pakai helmet tu masa umur 8 bulan. Safiyyah dah 9 bulan lebih, kalau dia mula pakai pun umurnya 10 bulan lebih, jadinya kurang praktikal sikit kalau pakai sebab masa tu tengkorak baby mula nak keras

Takpe la, janji Safiyyah sihat dan aktif macam biasa, itu dah cukup menggembirakan hati kami. Lagipun nanti bila rambut Safiyyah dah panjang, takde le nampak kepalanya yang flat tu kenyit

13 comments:

husna said...

ye.. layan ja semua cerita kak nadiah... semua seronok untuk dibaca...
comeynya safiyyah!!!
geram tul.

kakchik said...

assalamualaikum nadiah.
kakchik suka baca pengalaman nadiah berurusan di klinik kat sana.
memang berbeza dan nampaknya sangat efisyen sekali.
sebenarnya kepala safiyyah jadi flat tu asalnya kenapa? first time kakchik tahu pasal cranial band ni.
moga-moga takdelah masalah yang bahaya.

NURUL IZZA said...

kak nadiah: iza awal2 preggie mg dia buat pap smear (midwife suh jugak buat..ekeke)ump..xdela sakit pon..dia just amik sample from vagina. jd silala buat ye..jgn takut..bila sakit meraung je kt situ.ekeke..act pap smear nk cek STD (sexual transmitted desease), segala jenis cancer (i mean kaitan vagina). ohh ms tu buat juga PSP.midwife mrh sbb kt xbuat benda mcm ni.kt msia kan tak dipaksa sgt.ekeke.digalakkan tp tak dipaksa.;)


medical fees mmg mahal tp berbaloikn.thats why Obama fight nk free kan medical fees tp doc xsetuju, pihak insuran xsetuju..yela..bayaran sume tu ikut medical fee la..lgpon ekonomi US dijana oleh pihak insuran (ni abgfiz ckpla..-nmpk sgt bini dia tak tgk berita US ekek)

ms iza jumpa pakar oncology tu..sembang2 je..sungguh..dtg bil $400 ok? itu utk sembang2 biasa je..fuh..

*kalau gitu nk jd doc sini la..cepat kaye..ekekek

Dayah said...

jgn ditakut utk buat papsmear..sakit sikit je...dayah ritu tak plan pun, masa checkup Shukrina 5 bulan, nurse tu tnya, nak buat tak sbb tak ramai orang dan nurse agak free jugak time tu.trus dayah kata ok.nurse tu buat siap sembang2 lagi.kejap je..after a month dpt result.almaklum klinik gomen, lmbt skit tapi janji ada result

Nadiah Sidek said...

husna: nasib baik husna mau layan juga cerita2 basi akk :D

kakchik: waalaikumussalam wbt. mmg berbeza sgt kakchik. kepala safiyyah jd gitu sbb ms kecik2 dulu dia terlalu baring terlentang..nadiah lak tak mengiringkn dia..sbb tu jd gitu. nadiah duk sini pun baru tahu psl cranial band tu ;)

izza: oh...mesti izza duk meraung ye ms buat test tu..ehe. yup..berbaloi wpun mahal..

dayah: sakit sikit je ye...huhu...

ukmstudio said...

Ermmm....nampaknya cerita berkaitan wanita, tak leh campur.....

ummumishkah said...

takut gak dgr papsmear ni.. pun tak pernah buat! :)

Mama Safiyyah said...

kita ada buat pap smear....masa beranakkan safiyyah buat di HUKM....sakit sikit, pastu buat kat Naluri lepas beranakkan sufyan, ok je....sebab masa tu dok relaks and borak2 ngan doktor, tak sedar pun dah sudah.....sampai doktor kata ha, sudah dah......

jd pointnya, jgn takut2.,..kalau takut nanti sakit sebab stress :-)

all the best ye

Mama Safiyyah said...

kita ada buat pap smear....masa beranakkan safiyyah buat di HUKM....sakit sikit, pastu buat kat Naluri lepas beranakkan sufyan, ok je....sebab masa tu dok relaks and borak2 ngan doktor, tak sedar pun dah sudah.....sampai doktor kata ha, sudah dah......

jd pointnya, jgn takut2.,..kalau takut nanti sakit sebab stress :-)

all the best ye

LOVE said...

Nadiah, my gynae pun suruh Love buat pap smears after giving birth to my 2nd gal. Tapi till now Love tak gi! kekeke! Dengar pun dah seram! Ahaks! ;)
Cute betul BB Safiyyah! Hope she stays healthy n joyful! ;)

Nadiah Sidek said...

ukmstudio: gi main jauh2 :p

ummumishkah: hehe...takut gak ek..

mama safiyyah: thanx 4 the advice! ;)

love: blh jadi geng la mcm ni..ekeke. tq anyway! :)

mirah said...

k mirah pun belum buat. Kes ngeri lah ni, dulu nurse offer tp cakap tak nak dulu. Boleh gitu?
Tp rasa kena buat juga ni, tunggulah masa yg sesuai nnt..

Nadiah Sidek said...

mirah: hehe..ingtkn nadiah je yg duk rs takut :D