Pages

Thursday, July 30, 2009

Cranial band

Tadi suami saya bagitau Doktor call dia dan bagitau result X-ray Safiyyah. Alhamdulillah kepalanya takde masalah, hanya kesan daripada banyak tidur terlentang, dan Doktor bagitau juga bentuk kepala Safiyyah boleh dibetulkan. Hmm...kami tak bincang lagi sama ada nak proceed atau pun tidak. Nak apply medicaid dulu, nak tanya Doktor dulu macam mana prosedurnya, makan masa berapa lama dan berapa anggaran kosnya. Lepas tu kot baru boleh buat keputusan.

Sempat la saya google pasal ni. Bentuk kepala Safiyyah ni dinamakan brachycephaly. Kalau dari atas, lebih kurang macam ni la bentuk kepala Safiyyah:



source






Kalau dari sisi pulak lebih kurang macam ni:

source





Dan alat yang digunakan untuk membetulkan bentuk kepala ni dinamakan cranial band macam gambar di bawah ni:


source





Tak tahu la pulak saya ada teknologi sebegini. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh klik sini.

4 comments:

yatie chomeyl said...

harap2 semua nya dipermudahkan utk saffiyah & nadia juga

Dayah said...

mungkin sbb tidor kot..apa org panggil.. alih bantal atau makan bantal ..iskk tak ingat pulak nama dia..

NaDiaH SiDeK said...

yatie: tq! :)

dayah: a'ah..mkn dek bantal. ehe. tp Doktor kat sini duk risau la kalau ada problem kat kepala Safiyyah tu..tu yg diminta buat X-ray tu..

ummuabdullahsyaakir said...

Insya Allah tak de ape2 tu kak...akk jgn risau yea..kpla baby mmg tgh lmbut.

eem masa Abdullah baru lahir kepalanya sikt bentuk tajam.Mak saya selalu buat bentuk bulat kat kepala Abdullah lepas dia mandi,saya tanya mak kenapa buat macamtu.Mak kata kpla budak tgh lmbut,nnt klu selalu buat jadi bulat balik.

Bila tidur pun mak tak letak bantal,biar macam tu je.