Pages

Sunday, July 26, 2009

July 25, 2009

Semalam saya duk sembang dengan mak saya..sebenarnya 2 hari berturut-turut sembang dengan mak..selama sejam! Semestinya guna Skype. Banyak benda nak cerita..tu yang lama tu. Saya call dalam pukul 7.30 petang waktu tempatan (di Malaysia 8.30 pagi). Tengah-tengah duk sembang dengan mak, mak saya kata:

"Ayah baru balik dari surau ni. Nak cakap dengan ayah ke?" Begitu la rutin ayah setiap hujung minggu...lambat balik dari surau sebab duk dengar kuliah Subuh dan lepas tu bersarapan di surau. Setiap minggu ada je yang sedekah juadah di surau tu, kalau berlebihan mesti ayah bawa balik ke rumah.

"Erkk...tak nak la," jawab saya.

Macam biasa, mak saya mesti gelak-gelak sebab dia tahu memang tu la jawapan saya. Hehe. Dari dulu lagi saya memang tak reti nak bersembang dengan ayah. Kalau dengan mak macam-macam cerita boleh keluar tapi bila dengan ayah...automatically saya jadi mati kutu! Tak tahu apa yang nak dibualkan. Ada ke tidak ye orang yang serupa macam saya ni? Yang anehnya...ayah saya pun camtu gak. Dia pun tak tahu nak sembang apa dengan saya. Kadang-kadang kalau call rumah, ayah saya yang jawab phone. Kebiasaannya ini la dialognya:

"Apa khabar? Sihat ke?"

"Safiyyah macam mana?"

"Kat sana pukul berapa sekarang ni?"

"Nak cakap dengan mak ke? Mak ada ni."

See...? Kan saya dah kata dah. Takde pun mention nak cakap dengan mak tapi ayah awal-awal lagi dah nak pass ke mak. Hehe. Tapi kalau bab-bab politik memang saya suka sembang dengan ayah! Hee..

Mak saya bagitau...Along dengan Angah (sepupu saya...anak-anak Mak Long...kedua-duanya lelaki) dah nak bertunang. Along insyaAllah 1 Ogos ni dan Angah dalam bulan 11 nanti. Kenduri kahwin insyaAllah nak dibuat serentak dalam pertengahan tahun depan. Seronoknya dengar! Huhu...tapi sedih tak dapat nak menyibuk-nyibuk nanti.

"Keluarga perempuan minta hantaran RM 15,000 daripada Along, Angah lak RM 12,000," mak saya menyambung cerita.

"Amboi...sampai RM 15,000???"

"Keluarga perempuan tu orang susah...dia mengharapkan duit hantaran tu la nak urus segala hal kahwin nanti. Tapi akhirnya dikurangkan ke RM 10,000 lepas Along cakap dengan perempuan tu," terang mak saya.

Lebih kurang gini la ayat Along kat bakal tunangnya tu:

"Nak kahwin ke tak nak?"

"Nak," jawab bakal tunang Along.

"Ha...kalau nak, tak boleh sampai RM 15,000," macam mengugut pulak Along ni..hehe..

"Ok la...nanti bincang dengan mak." Yess!! Berjaya juga taktik Along.
Akhirnya dipersetujui la RM 10,000 sebagai hantaran. Yang Angah maintain RM 12,000. Kalau tak silap dengar semalam, mak saya kata keluarga bakal tunang Angah ni antara orang kaya juga la...tu yang hantaran sampai RM 12,ooo. Jenuh nak kumpul duit! Tapi kami tak kisah sangat dengan Angah sebab keluarga kami semua tahu Angah jenis berjimat orangnya, sangat kontra dengan Along!

"Mak duk gelak je kat Along. Tu la...dari dulu dah suruh simpan duit, tak disimpan-simpannya. Boros je dia. Sekarang ni dah nak kahwin baru kelam-kabut nak kumpul duit. Dapat pulak yang minta hantaran tinggi...ha..baru tahu! Angah mak tak risau sebab dia dari kecik memang pandai simpan duit. Tak reti dia nak boros-boros ni," mak menyambung bicara.


Nasib la Along..Angah! Nak buat macam mana dah orang minta hantaran tinggi. Nasib baik la keluarga saya tak minta hantaran tinggi-tinggi untuk anaknya ni. Kalau tak...jenuh la suami saya nak 'gali' duit..ehe..

10 comments:

mirah said...

Salam ziarah.
Saya takdelah kekok nak cakap phone dengan abah tapi automaticallynya, bila kebetulan abah angkat phone, lepas cakap sepatah dua, mesti dia cakap 'nak cakap dengan mak ke, ada ni' pastu terus pass ke mak saya. Kekadang kita tak habis cakap lagi huhu..

Kalau in real memang ok je takde masalah. Abah saya memang peramah. Haih payah nak berhenti bercerita, teringat pula time sekolah dulu, kalau minta dia ajarkan sesuatu perkara tak tahu dalam subjek BI, haa tadah je lah telinga dia explain panjang sampai naik boring tau.. hehe.. i miss those moments now.

puan oryza said...

harap2 hantaran sy tak payah la tinggi sgt...huhu.. ngeri pulak rasenye bile letak hantaran tgi2 ni tinggi2 ni

yatie chomeyl said...

owh I pun sama.. tak tahu nak cakap apa kalau sembang dengan abah dlm phone tp kalau kat depan mata, leh je sembang banyak2 lama2

Ummi Shira (AshAnas) said...

shira pun mmg xpandai sembang dgn ayah... x mcm adik no.2... ayah ni pendiam, org business plk tu... klu nk ckp, hal penting2 bg dia je... klu stkt borak kosong ni, ssh sket la...

hu, km mintak hntrn, depend on kemampuan bakal suami... alhamdulillah, suami pun tak suffer nk kumpul duit...

NURUL IZZA said...

hai cik safiyyah..meragam lg ke..rindu ahh dgn diee..

ni kak nadiah..sedapp ah nasi minyak semalam.terima kasih daun keladi..lain kali hantar lagi..kekeke ;p

pasal hantaran kan..
dulu ms dok bncg2 ayh abgfiz tya brapa hantaran dan maskawin.ayah iza ckp..terpulang kepada abgfiz nak bg berapa. tapi kami hantaran xde duit-hanya barang2 je. duit tu khas utk mas kawin je.dan maskawin banyak jugakla..tp xsmpila 10 000.mgkn kelantan mcm tu kot..hihi xtaulaaa

rsnye if nak minta hantaran pon xyahla byk2..sian je laki.satg yg nak kwin cepat jd lambat plak..nak buat pahala jd dosa plak.mcm tula kot..kdg sian jugakkan..terbeban pd pihak laki.

- nsb baik dulu iza xminta jambatan emas dr kelantan ke penang..gamaknya smpi skg xkwin abgfiz..wakakakakakakakakka

daud.montak.zakaria said...

Hmmm...pasal hantaran ni tak berani nak komen lebih2. Biasanya kaum ibu je yang lebih2 dalam hal hantaran ni, agaknyelah. Kaum bapa ni tak kisah sangat, mungkin sebab kaum bapa biasanya bukan 'mata duitan'. Eh! betul ke komen den ni? Itu cuma pandangan peribadi den je, tak pernah pulak den buat kajian....

Nadiah Sidek said...

mirah: hehe..ayah sy pun lbh krg gitu la. kdg2 tak hbs ckp lg dia dh letak phone. huhu..

cik oryza: rsnya kelantan hntrn tak tinggi. kebiasaannya gitu la. mas kahwin lbh tggi rsnya berbanding hntrn

yatie: hehe..ingtkn sy je gitu :p

ashanas: betul..kena tgk kemampuan bakal suami. kalau bakal suami jenis loaded..apa salahnya letak hntrn tggi. ahaks..

izza: betul tu. benda baik diberatkn, lmbt la jdnya kawin. hehe..itu la..nasib baik la izza tak jd mcm puteri gunung ledang mntk mcm2 sbg hntrn :D

ukmstudio: tak juga. ms sy kawin dulu, mak & ayah bncg sekali. kptsn bersama la tu. tp lain keluarga, lain caranya. keluarga org lain tak tau la sy

puan oryza said...

ha a..maharnye aje dh beribu-riban..mintak jauh..takut2..huhu

ummuabdullahsyaakir said...

Salam kak..samalh saya pun kdg2 tak de idea nk smbng apa dgn abh...mmg mcmtu,kn?ASnk prmpuan ada chmstry dgn ibu,tapi ank laki dgn ayah.

Klu dikirakn hntarn kat mSia msh murah lagi,klu di Mesir kena sediakn kurang2 RM30000-convert duit mesir siap dgn kereta,rumah...

Nadiah Sidek said...

ummuAS: oh..mesir gitu ye caranya? rs mcm pelik le pulak...hmm..