Pages

Thursday, July 16, 2009

BBQ - pergi ke tak?

Suami saya ajak saya ke BBQ. Lupa lak kat mana. Kalau tak silap, kat rumah sorang Prof. Bila tu tak tanya pula saya tapi awal-awal lagi saya kata:

"Isy, tak mau la. Kalau abang nak, abang pergi sorang je la."

Sebab-musabab saya tak nak pergi:

  1. Kat situ mesti ada pelbagai hidangan termasuklah pork dan arak! Heh...rasanya menu tu 'wajib' ada kat mana-mana event kat sini. Saya masih tak boleh lupa masa dalam flight dulu...suami saya duk sebelah orang yang minum arak...bau arak tu sangat la meloyakan! Itu saya duduk selang 2 kerusi daripada orang tu...tak dapat nak bayangkan macam mana agaknya kalau saya berada di kerusi suami saya...dah muntah agaknya!
  2. Saya tak kenal sape-sape pun. Saya ni dah la berat mulut...nak mula berkenalan tu ambil masa la sikit. Kang tak pasal-pasal orang kata saya ni sombong pulak! Huhu...

Itu 2 sebab utama kenapa saya tak nak pergi tapi bila suami duk pujuk-pujuk rasa kesian pun ada. Katanya dia nak pergi sebab nak kenal dengan staf-staf dan students yang sama department dengan dia - entomology. Ye la, suami saya kan baru lagi kat sini...ramai lagi la yang dia belum kenal. Tambah suami saya lagi, supervisor dan kawan barunya ajak juga ke BBQ tu sebab nak kenal saya dan Safiyyah. Aduhai...rasa serba salah pulak!

Bab makanan tu pulak, suami saya cadangkan kami bawa makanan sendiri dari rumah. Cadangan tu memang la ok tapi...dibuatnya diorang hulur ayam/daging lembu/udang panggang pada kami pastu cakap:

"Oh..you can eat this...it's 'halal'."

Hah...macam mana lak tu? Memang la ayam semua tu halal tapi cara penyembelihannya macam mana? Pastu alatan yang digunakan tu pasti la sama dengan yang digunakan untuk panggang pork tu! Kalau salah explain kang takut diorang kecil hati lak. Macam mana nak terangkan secara jelas dan nyata tentang istilah halal haram pada non-Muslim ye? Kalau asyik duk kata kat diorang itu tak boleh, ini tak boleh...nanti diorang rasa takut pula dengan Islam. Tak pasal-pasal diorang set mind diorang kata 'Islam ni menyusahkan' :(

Bab saya tak kenal sesiapa tu pulak suami saya jawab:

"Ha...nanti kenal la dengan Silvana. Dia yang ajak kita gi sekali dengan dia."

Wah..wah..pandai sungguh suamiku ini memberi jawapan. Ok la, sebab yang kedua tu tak berapa nak kukuh tapi yang pertama tu la masalahnya. Nak pergi ke tak nak ek? Kalau kalian kat tempat saya, kalian pergi tak? Serba salah saya dibuatnya! Ke...saya je duk terlebih-lebih fikir yang bukan-bukan ni..?

9 comments:

pali said...

salam,
kes ni wajib berlaku. mudah je kak, tanya dulu samada mereka tahu tak pasal kosher food macam jews? dalam islam pun ada, kita panggil "halal".

nothing personal. banyakkan senyum. depa mudah paham. bole gi BBQ, cuma jangan kerap sangat la. hubungan dengan bukan muslim pun kena ambik berat.

makan je mana yang ada. vegetarian ke. ikan ke.

apa2pun selamat beramal. :)

Ummu Mishkah said...

Inilah pengalaman mahal bila kat negara bukan Islam kan... personally saya rasa blh pergi tapi cuba menolak dgn cara yang baik pabila dipelawa untuk makan... berkenalan2 cukup baik!

INSPIRASIHANA said...

Saya juga berpendapat yang sama....pergilah...berkenal-kenalan..cuma tolak pelawaan makan dengan baik..insya Allah non muslim faham malah lebih respect kita..explain dengan baik sekiranya perlu...erm..terima kasih komen di blog saya..ye la usia kita jarak setahun je..baby pun jarak sebulan je...tapi baby kita satu batch ke..nampak safiyyah bersemangat badannya..dah berpa kg tu??jemput juga ke hannakids.blogspot.com untuk berkongsi pengalaman menjadi ibu dan mendidik anak ye...semoga terus tabah dan cekal menjadi muslimah sejati di samping keluarga di negara orang (",)

Um Suhaib said...

Slm Nadiah,
Bagi saya pegila.. sian kat suami tersekat social opportunity dia. Klu dia pegi sorang lagi xsedap kan.. Ada beberapa suggestion yg saya pernah baca.
-Kalau event tu siang; cakap saje kita berpuasa.. jst dtg utk raikan dia..
-kalau mlm, jst say kita vegetarian.. tipu sunat xpe kan?? ;D.

ibu_Arifa said...

saya pun rasa baik akak pergi. kesian lak kat suami g sendiri, lagi pun dapat kenal kawan2 suami jgk.

saya sokong cadangan mummy faridah tu..setuju!!
salam perkenalan dari saya/IBU ARIFA

Noraslina binti Jusin said...

Salam Nadiah.

Kak Ina bersetuju dengan semua kata-kata di atas, elok Nadiah pergi menemani suami. Pasti suami Nadiah akan lebih bersemangat untuk memulakan pengajiannya selepas ini. Ini baru permulaan untuk Nadiah membiasakan diri dengan orang-orang penting yang akan berurusan dengan suami nanti.

Kak Ina dan rakan-rakan lain di sini juga begitu, cuma bezanya penyelia suami Kak Ina seorang Muslim. Jadi bab makanan ketika ke rumahnya, tidak menjadi satu masalah besar.

Cadangan Kak Ina agak sama dengan suami Nadiah. Bawa bekal sendiri dan lebih baik dalam kuantiti yang lebih sikit supaya mereka juga dapat merasa keenakan makanan Malaysia. Kalau mereka mempelawa maknan mereka, boleh tolak dengan baik. Mereka faham dan boleh bertolak ansur, juga adakalanya sangat menghormati keputusan kita.

Selamat ye dik :)

Nadiah Sidek said...

pali: tq! sgt membantu, insyaAllah

ummumishkah: ye, berkenal2an cukup baik dan perlu. terima kasih! :)

inspirasihana: insyaAllah..ameen..

mummy F: tu la, duk kesian gak kat suami..huhu

ibu arifa: hehe...bersetuju jgk ye..

ummu husna: terima kasih ye kak ina atas pandangan dan cdgn tu. huhu...masih belum biasa dgn suasana di sini...

daud.montak.zakaria said...

Hmmm...itu baru sedikit je, tapi bila kita dah lama hidup, macam2 yang kita akan alami. Untuk pertama kali cuba je pegi, lihat dulu..alami dulu...kemudian baru buat kesimpulan. Jangan terlalu banyak andaian...

Nadiah Sidek said...

ukmstudio: hehe...entah la..dlm kebanyakan hal mmg selalu je fikir yg bkn2