Pages

Saturday, July 11, 2009

July 11, 2009

Pagi tadi keluar rumah lebih kurang 10 pagi...balik ke rumah lebih kurang jam 3 petang. Walmart, kedai Vietnam, kedai Thailand, kedai Arab dan Alps ~ itu destinasi kami sepanjang 5 jam tu. Macam biasa la...menumpang Hafiz dan Izza memandangkan kami belum punya kenderaan sendiri. Membeli stok makanan untuk 2 minggu dan barang-barang lain. Penuh boot kereta dengan barang-barang kami. Mujur la boot kereta tu besar.

Alhamdulillah kat sini mudah nak cari makanan halal. Daun pandan, serai, halia, lengkuas, pegaga, ada belaka sini. Cencalok, jering, durian pun ada! Tapi durian harganya 60 dollar sebijik! Huhu...mahal sungguh. Itu pun kulitnya pun dah buruk dah. Kalau kulitnya elok entah berapa dollar la sebijik. Kalau orang duk mengidam sangat agaknya baru dibeli durian tu. Makanan Malaysia pun ada gak kat sini macam rempah kari dan ketupat Nona tu.

Kat sini 100 dollar tu boleh beli macam-macam. Kan ke bagus kalau RM 100 pun macam tu jugak. Teringat dulu mak selalu cerita kat saya masa zaman dia budak-budak dulu...kalau dapat 10 sen bersorak gembira sebabnya 10 sen tu boleh beli macam-macam. Zaman sekarang ni...budak-budak pun tak pandang dah 10 sen. Kalau time raya tu diberi seringgit...

"Ala..seringgit je..?"

Aduhai...nilai duit dah la rendah...barang-barang mahal lak tu harganya. Tambah-tambah kalau harga minyak naik...lagi la! Kesian kat orang yang berpendapatan rendah.

Oh ye...sekarang ni waktu siang lebih panjang daripada waktu malam. Kalau tengok waktu azan di Lincoln yang saya letakkan di sidebar tu...Subuh kul 4 lebih dah masuk dah. Dalam kul 5 tu dah cerah dah sini. Maghrib lak lebih kurang jam 9 malam. Kul 8 malam masih terang-benderang lagi. Tapi masa musim summer ni je la. Musim sejuk nanti terbalik pulak ~ malam lebih panjang daripada siang. Kalau bulan Ramadhan jatuh masa musim sejuk seronok la :p

6 comments:

Abu Muhammad Haikal said...

salam ziarah semoga dalam kandungan sehat sejahtera sentiasa.

wassalam

daud.montak.zakaria said...

Ooooo...maknanya kawasan ini merupakan kawasan yang ramai komuniti Asia lah kan?. Mereka ini memang dah menetap kat US ke???

Hmmm...tapi kalau 100USD ditukar kepada RM mungkin jadi RM380 kut...RM380 tu kalau berbelanja kat M'sia ni tak taulah apa barang2 yang boleh dapat....

Saya hairan dari mana dia orang dapat daun pandan, serai, halia, lengkuas, pegaga....tanam sendiri ke???

Unknown said...

hmmm, kalo dah senang dpt daun pandan, serai bagai.. xde lah rasa rindu sgt dgn masakan m'sia... ;)

NaDiaH SiDeK said...

abu MH: terima kasih

ukmstudio: sy dimaklumkn lincoln ni merupakn tmpt pelarian mcm org Iraq & Palestin. takyah transfer la ke RM..takde gunanya. nk katanya nilai 100 dollar tu tinggi jika nk dibandingkn dgn RM..tu je. heh...takde kerja la pulak nk siasat mana diorg dpt tumbuh2an tu

kakyong: bab mknn alhamdulillah mudah kakyong tp bhgn kuih2 & kek2 kena rajin la kat sini kalau nk mkn. kalau kat m'sia tu main tunjuk2 je..huhu

NURUL IZZA said...

daunpandan, serai etc etc tu mane nk dpt kalau xtanam? sini tanaman insyaAlah hidup if letakkan dalam rumah yg tersendiri.iza pernah ke rumah kawan abgfiz dan di rumahnya da bilik khas utk pokok2.time winter depa pasang heaterlah utk panaskan pokok2 (heater yang khas buat tumbuhan) tu. bila masuk spring hujan turun sokmo..rumput yg kering pon akan jd hijau.summer mcm kat msialah..time autumn plak kena jaga la skit pokok2 tu..(mcm ade pengalaman je tanam pokok..) tapi tanam daun kesum hr tu waktu spring mmg naik hijau je..sbb asyik hujan je kan. bila masuk summer kena letak tmpt teduh utk elak matahari..wpon dh kuning daunnya, tapi alhamdulillah kembali hijau.. :)

sebenarnya ok je kalau nk makan masakan msia cuma kena rrajin..wakaka..kalau mcm iza ni haaa..malas sgt.dua tiga menjak je nk makan ade belacanla, kdg terliur budu..huhu.tapikan best lg duk msia..sebab ade pasar mlm..nak apa...tunjuk je..hukhukhuk..

NURUL IZZA said...

eeh slah bg komen..daun pandan tu yang frozen pya..serai, halia, lengkuas etc tu rsnya tanam kt sini kot..kihkih..gomen ne kak nadiah..