"Macam mana H1N1 kat sana?"
Paling tidak pun mereka mengingatkan kami:
"Hati-hati la duk sana. H1N1 tengah duk merebak ni."
Sebelum datang ke sini pun saya agak bimbang dengan penularan wabak H1N1 tu lebih-lebih lagi kami akan transit di New York (Newark airport). Yang paling saya bimbangkan Safiyyah. Selalu doa agar kami sekeluarga dijauhi daripada serangan apa-apa jua jenis virus terutama virus H1N1 tu.
Kalau masih ingat, kes pertama di Malaysia melibatkan seorang pelajar yang baru balik dari US...yang menaiki pesawat di airport Newark! Cemas juga saya bila dapat tahu berita tu. Terus saya minta suami belikan face masks untuk kami bertiga. Tak tahu la macam mana keadaannya bila Safiyyah dipakaikan face mask tu. Dalam hati berdoa supaya Safiyyah tak meragam bila perlunya dipakaikan face mask padanya.
Kami tak terus pakai pun face mask tu. Disimpan dalam beg galas supaya senang nak ambil kalau nak digunakan. Masa pesawat dah landing di Newark Airport, suami saya kata bila dah turun dari pesawat baru pakai face mask tu tapi alangkah terkejutnya kami bila tengok takde sorang pun yang pakai face mask even customs and immigration's staff! Semuanya relaks je macam takde apa yang berlaku. Saya dan suami rasa pelik sangat dengan situasi tu sedangkan di Malaysia, rakyat diingatkan berhati-hati jika mahu ke US atau Kanada, malah kalau baru tiba dari US dan Kanada pun diminta buat pemeriksaan kesihatan ~ maksudnya ancaman H1N1 tu semakin merebak di kedua-dua buah negara tu la, kan?
Sudahnya kami tak usik pun face mask kami dalam beg galas tu. Dalam hati berdebar juga tapi dah orang lain tak pakai face mask...kami pun ikut juga tak pakai. Mujur takde apa-apa berlaku pada kami. Alhamdulillah, syukur ke hadratNya. Tapi sampai sekarang ni masih duk rasa pelik dan tertanya-tanya juga..macam mana sebenarnya situasi sebenar wabak H1N1 tu..? Kat sini memang sangat relaks keadaannya. Takkan la warga US tak aware dengan benda-benda gini..?
16 comments:
kat mesia hari2 ade dalam berita. macam kecoh jek. sampai kat opis saya pun kene cek suhu badan before masuk opis..
langkah berjaga-jaga..
Us memang macam tu...sebab tu mereka yang bawak virus tu...tapi saya ingat kawan saya kata " H1N1...kita takut, Allah tak takut pulak"...tahniah kerana memanjatkan doa tanda kita bergantung kepada Allah"
Menziarahi isteri yang soleha
kat usm ni pon kecoh..dengaq kemarin dah lbh kurang 25 kes dah kat usm..kat skol kimia dah ada sorang..
kenapalah suka sgt berfikiran negatif pada US. sselama duk sini ok je.lagi ok dr duk malaysia.sbb org2 dia sume ok2.
kepada pencari kebenaran: pembetulan ye.. bukan US yang membawa virus tu. america selatan - mexico yang bawa ok.mexico bukan bawah jajahan US-united state of america.
Whaa...marah betul anonymous tu, maklumlah US ada nuklear, US ada Jeans Levi's, US ada macam-macam kan...kan...yang menjadi ikutan oleh negara orang Islam dan bukan Islam. US segala-galanya, hingga pemikiran setengah dari kita selari dengan mereka...kan..kan...kan...ops!!!
saudara ukmstudio pernah dtg US ke..dah pernah duduk sini 2-3 thn?? Lihat sendiri dgn mata kepala dulu brother..don't judge people by its cover..dasar luar US mereka yg salah semasa Bush,,jangan salahkan org2 nyer.Biar kita amik nilai yg baik dr negara org, yg buruk kita tinggalkan dan jgn dibawa pulang ke tanah air..sekadar pandangan;;
salam..
NADIAH SIDEK! wah.. rakan lamaku! ingat lagi tak kat aku..? siti zuhaini..? :) hihihii...
hang pekabo..? sehat..?
anyway, this is my blog:
www.my-alia.com
azzamoro: takpe la, langkah berhati2 tu perlu :)
pencari kebenaran: mcm mana tahu US yg bwk virus tu?
pakkaramu: huhu..siapakah anda?
husna: tu la, akk pun ada dgr2 jgk. schl kimia sape yg kena?
anonymous: oo..amerika selatan ke? tak tahu pun sy. dr mana ye dpt sumber tu?
ukmstudio: septtnya negara2 Islam perlu jd begitu..jd ikutan negara2 lain khususnya negara2 bkn Islam. tak gitu?
anonymous lagi: ye..yg baik jdkan ikutan, yg buruk jdkn sempadan
zuhaini: waa...siti zuhaini abu samah!!!! lamanya tak dgr khbr. mcm mana blh menjejaki blog kite ni? alhamdulillah kite anak-beranak sht. ok2..nnt kite berkunjung ke blog awk lak *wink*
Wah! riyak anonymous kite ni...memanglah den tak pernah keluar negara. Hatta keluar dari Selangor pun jarang. Pandangan saya parti mana yang membentuk kerajaan, parti itulah yang mendapat sokongan majoriti rakyat negara tersebut. Dan.....pandangan kerajaan yang memerintah adalah juga pandangan majoriti rakyat negara berkenaan...hmmm....adakah USA kerajaan yang memerintah mendapat mandat minoriti rakyatnye??? Hmmm...ini juga pandangan.....ops! maaf tuan punya blog...
ukmstudio: hoho..tak hbs lg ek. takpe2..teruskn la berbincang dan berhujah..
wah! blog kak nadiah tibe2 jadi gelanggang debat!
sila2..jgn smpi bermusuh sesama islam sudah;p
hehe...skali skala diorg nk berdebat biarkn aje la :p
huhuhu.. berhubung isu warga US relax ja kat airport, situasi ni sama mcm kat airport Heathrow, London. Tahun lepas, 21 mei 2009 saya berlepas ke London. Masa tu tengah kecoh dgn H1N1 jugak la. Sama mcm Nadiah, saya pun spare mask dalam beg galas. Sampai kat Heathrow, sama situasi mcm nadiah citakan dlm blog. Dan satu lagi, pada waktu tu, hanya penumpang2 yang baru sampai dari malaysia saja yg pakai mask (depa ni dari dalam flight lagi dah pakai mask). Nampak sgt Malaysia sgt2 kecoh dan kepoh kalu satu2 kes wabak baru menular. n_n
Berhubung perdebatan antara Anonymous dgn ukmstudio pulak, ni saya punya pandangan sebagai seorang pelajar sarjana dalam bidang dasar luar Britain dan jugak Amerika.
Memang rakyat AS memerintah berdasarkan demokrasi yang mementingkan suara majoriti, namun para policymaker AS (yakni penggubal polisi luar AS khususnya) menggubal dasar luar AS adalah berdasarkan budi bicara para pegawai yang bertugas di State Department. Walaupun para pegawai State Department ini ada membuat kutipan suara rakyat (reforandum) berhubung polisi luar itu, namun secara praktikalnya keputusan daripada kutipan suara tersebut tidak dilaksanakan oleh para pegawai tersebut. Hal ini disebabkan kutipan suara tersebut jelas menentang dasar luar AS terhadap negara luar terutamanya Iraq, Pakistan dll. Namun disebabkan AS mempnyai kepentingan politik di sana, maka mereka tetap melaksanakan dasar yang tidak dipersetujui oleh rakyat Amerika itu. Maka sebab itulah bantahan atau demonstrasi sering diadakan bagi mencemuh dasar luar Bush sebelum ini.
Dan AS kini di bawah Obama, salah satu faktor kemenangan beliau sebagai presiden As adalah apabila beliau berjanji kepada rakyat AS ketika kempen pilihanraya yang lalu bahawa sekiranya rakyat memilihnya (iaitu Obama dari parti democrat) dan bukan McCain (dari parti republican yang sama dengan Bush) maka Obama berjanji akan mengubah dasar luar AS yang digubal oleh Bush dan para policymaker dari State Department terhadap Iraq, Pakistan dll. Maka atas sebab itulah rakyat AS yang sudah lama x bersetuju dengan polisi luar Bush tersebut telah mengundi Obama. Hal ini jelas menunjukkan bahawa majoriti rakyat AS sendiri tidak menyokong dasar luar AS yang dibawa oleh Bush sebelum ini.
Pendek kata (selepas pjg berceloteh) betul la kata anonymous, ukmstudio x boleh salahkan semua rakyat AS disebabkan polisi luar yang diamalkan oleh Bush sebelum ini. Jgn sebab sekor nyamuk, satu kelambu dibakar. huhuhu.. betoi ka perumpamaan ni? kalu salah maaf okey... n_n
ha lupa pulak.. betoi la H1N1 mmg bermula dari negara Amerika Selatan. Fakta ni ada disiarkan dalam berita tv3 dan tv9 tahun lepas. Masa tu H1N1 masih dinamakan sebagai swine flu. Kalu x pcy boleh la masuk wesite tv3 atau tv9, cari catch up tv dan klik kat bahagian berita. Ada arkib berita kat situ. Boleh la pilih berita pada tarikh2 awal laporan swine flu tu. Ada disebut bahawa swine flu tu bermula di Mexico dan kemudiannya menular ke seluruh dunia.
Post a Comment