Pages

Wednesday, July 22, 2009

Terkenang arwah atuk

Entah kenapa saya teringatkan arwah atuk saya, - abah kepada mak saya. Arwah atuk meninggal masa umur saya 15 tahun. Sebelum tu arwah ditahan di hospital. Sakit perut masa tu. Doktor check kata gastrik tapi kebetulannya Cu saya (adik mak saya yang bongsu) buat housemanship di hospital tu. Dia rasa tak puas hati dan minta kawan dia, doktor pakar buat pemeriksaan sekali lagi ke atas atuk saya. Lepas pemeriksaan tu, atuk saya disahkan mengidap kanser. Kanser perut atau usus, macam tu la. Saya pun tak berapa nak ingat. Tapi perkara tu dirahsiakan daripada pengetahuan atuk saya.

Bila ditanya, "Abah sakit apa sebenarnya?"

Adik-beradik mak saya semua pakat jawab, "Sakit perut biasa je bah."

Tapi atuk memang tahu anak-anaknya merahsiakan penyakit sebenarnya...dan atuk juga tahu sakit yang dihidapinya bukan biasa-biasa...

Lama juga la atuk ditahan di wad sampai la satu hari tu dia minta izin doktor balik ke rumah. Nak berehat di rumah katanya. Doktor izinkan. Sejak keluar hospital, atuk saya duduk di rumah saya di Serdang tu. Sebelum tu dia duduk di Cheras, dengan anak bujang (Ayah Chik) dan anak daranya (Mak Yang). Memandangkan masing-masing kerja, mak saya ajak atuk duduk di rumah kami, sekurang-kurangnya ada saya yang boleh tengok-tengokkan atuk sebelum ke sekolah.

Beberapa hari lepas tu...saya ingat lagi, masa tu hari Ahad dalam pukul 3 petang. Kebetulannya semua adik-beradik mak berkumpul di rumah kecuali Mak Long sebab masa tu Mak Long sekeluarga duduk di Besut, Terengganu. Saya tengah tengok TV masa tu. Mak datang pada saya suruh saya tutup TV. Rasa tak puas hati juga la saya sebab tiba-tiba disuruh tutup TV. Lepas tu mak panggil semua ke bilik belakang tapi saya tak ikut serta...saya dapat rasakan sesuatu bakal berlaku...

"Atuk dah tak ada..." masih terngiang-ngiang lagi ayat tu di telinga saya.

Beberapa minit sebelum atuk menghembuskan nafasnya yang terakhir, mak jenguk atuk di bilik. Mak kata masa tu mak dah rasa sebak sebab bila mak tatap mata atuk...matanya dah tak ada sinar. Masa tu mak tahu atuk dah nak 'pergi' dan masa tu juga la mak minta saya tutup TV dan panggil semua mengadap arwah buat kali terakhir...

Mak cerita pada saya...atuk macam tahu je dia dah nak meninggalkan alam dunia. Dari pagi dia tak nak makan. Kenyang katanya. Mak kata sampai atuk dah nak 'pergi' pun dia tak menyusahkan orang. Ayah saya yang turut sama menguruskan jenazah kata senang sangat nak uruskan jenazah arwah. Sikit najis pun takde bila ditekan-tekan perutnya.

Dulu-dulu ingat lagi...seawal pagi lagi arwah atuk dah keluar dengan serban dan jubah putihnya ke surau...membentangkan tikar dan sejadah-sejadah di surau. Begitulah rutinnya setiap hari, setiap 5 waktu tanpa rasa jemu, tanpa rasa penat. Hampir semua jemaah surau mengenali arwah atuk.

Dan mak juga selalu cerita, arwah atuk sangat penyabar orangnya. Tak pernah berdendam dengan sesiapa. Tak pernah nak marah orang apatah lagi nak 'naik tangan'. Kalau arwah tahu je ada yang tak suka atau kurang senang dengannya, arwah atuk akan ziarah orang tu. Lagi orang tu tak suka, lagi arwah duk ziarah sampai la rasa benci orang tu hilang.

Ya Allah...saya benar-benar rindukan arwah atuk!

Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dan berbahagia di alam 'sana'....

3 comments:

cik oryza said...

tibe2 sy terus teringat arwah opah...

ukmstudio said...

ermmm...saya pun tiba-tiba teringat arwah moyang saya....al-fatihah untuk semua..

nur alia said...

sedihnya post ni. org pun, teringt ms atuk mninggal dulu, opah telefon malam tu, opah tny alia tido lambat ke? org pun jwb, lmbt kot, harini cuti. opah kata opah xsedap hati, klu opah telefon lewat malam, angkat tau. Pukul 1 pagi, telefon rumah berdering, org berlari angkat, masa tu, tgk jam, n trus rasa sebak. Opah cakap, "Alia, atuk dah tak ada".