Pages

Thursday, July 23, 2009

Ke People's Health Center

Kami baru je balik dari People's Health Center (PHC)...bawa Safiyyah jumpa Doktor. Dihantar oleh Hafiz. Aduh...bila la boleh beli kereta ni...asyik menyusahkan orang je..huhu. Lambatnya elaun suamiku nak masuk. Kenapa la 3 bulan sekali baru dapat elaun..? Sampai di sana tadi lebih kurang jam 11 pagi...balik ke apartment hampir pukul 1 petang. Lama sungguh! Kesian suamiku tak sempat makan tengahari sebab kena berkejar ke City Campus...ada exam pukul 1! Mudah-mudahan dipermudahkan Allah menjawabnya. Menunggu di PHC sekejap je tapi duk berurusan tu yang lama. First appointment...gitu la. Mula-mula jumpa dengan staf yang uruskan bahagian financial...duk bincang-bincang la nak tahu status financial kita macam mana..ada insuran ke tidak..hal-hal gitu la.

Lepas tu berurusan pula dengan nurse yang duk timbang, check body temperature, ukur ketinggian dan ukur lilit kepala Safiyyah. Oh...berat Safiyyah 14 pounds (sini guna pounds...tak guna kg)..bersamaan dengan 6.35 kg (1 kg = 2.205 pounds - baru tanya Mr. Google :p). Aik...berat Safiyyah turun ke? Awal bulan lepas 6.45 kg! Normal ke berat baby menurun ye? Sudah la 2-3 hari ni Safiyyah tak nak makan sangat. Disuap beberapa sudu dah tak nak dah. Semalam pun gitu jugak. Pastu minta papanya tolong pegang Safiyyah sementara saya suapkan bubur ke mulutnya..baru dia nak makan! Haih...nak kena orang pegang pulak ke baru nak makan? Awal-awal hari tu elok je makan bila diletak di kerusinya tu..hmm..

Only then baru jumpa Doktor! Dr. Brook namanya..perempuan. Mula-mula Doktor duk sembang dengan kami. Ice-breaking session kot. Duk tanya berapa lama dah duk sini la, kat mana belajar bahasa Inggeris la, datang sini atas sebab apa la, macam-macam la yang dia duk tanya. Katanya dia suka nak tahu culture orang lain macam mana. Dia siap tanya lagi kalau kat Malaysia ni kaum wanita ni bekerja atau duduk di rumah je jaga anak? Hehe...dia ingat kaum wanita kat Malaysia tu dilarang bekerja kot.

Lepas tu baru la dia duk tanya hal-hal kelahiran Safiyyah dulu. Berapa beratnya masa lahir dulu, deliver cara apa...vaginal or c-section, ada apa-apa masalah kesihatan tak masa mengandung dulu, ada penyakit keturunan ke tidak (alamak...lupa nak bagitau saya ni pembawa Talasemia)...banyak lagi la yang ditanya. Lepas tu Dr. Brook check mata, mulut dan telinga, serta nadi dan jantung Safiyyah. Lepas tu apa entah yang Dr. Brook check, saya pun tak faham...duk tekan-tekan bahagian bawah perut (check bladder ke tu?) pastu duk 'kepak-kepakkan' (tak tahu term yang betul :p) peha Safiyyah beberapa kali (lupa nak tanya tadi tujuan dibuat camtu).

Lepas tu pulak Dr. Brook panggil Paediatrician...sebab dia duk risau tengok bahagian belakang kepala Safiyyah yang agak flat. Paediatrician tu suggest buat X-ray...just to make sure everything's normal. Huhu...kesian anak ummi. Kat Malaysia takde la pulak sampai camni sekali. Semua orang anggap normal je sebab baring tertentang terlalu lama. Dulu masa Safiyyah kecik-kecik, saya tak berani nak usik Safiyyah bila dia dah tidur sebab dia asyik meragam je bila terjaga. Jadi, saya biar je la dia duk tidur terlentang..takde pun nak mengiringkan dia sikit. Tu yang kepalanya jadi camtu. Tak pasal-pasal kena buat X-ray lak kat sini.

Tapi tadi suami saya ada tanya Dr. Brook tu bahaya ke tidak dibuat X-ray kat budak yang baru berusia 6 bulan ni. Dia kata takde effect apa-apa sebab X-ray yang akan dibuat nanti sekejap sangat...just a few seconds. Kiranya tak sempat la badan bertindak balas dengan sinaran yang bahaya tu.

Pastu Dr. Brook bagi nombor contact untuk apply medicaid. Selalu je dengar perkataan tu sejak datang ke sini tapi baru tadi rajin tanya Mr. Google apakah itu medicaid :p. Ini jawapan Mr. Wikipedia:

Medicaid is the United States health program for eligible individuals and families with low incomes and resources. [klik sini untuk baca lebih lanjut]


11 comments:

Zuhaini said...

oh.. siannya kena xray... :(

alahai cutenya safiyyah! :) geram!

Arin said...

perghh..panjang lebar prosedur dia ek..

NaDiaH SiDeK said...

testing

nur alia said...

comella baby ni...cayang2 safiyyah.rasa xsabar nk baby jugak!hehe!

Nadiah Sidek said...

alia: kahwin cepat2 nnt blh dpt baby sendiri. ehe..

Anonymous said...

Просто замечательно - очень интересные мысли

Anonymous said...

Огромное спасибо

Anonymous said...

Огромное человеческое спасибочки !

Anonymous said...

Надо делать клуб единомышленников!

Anonymous said...

спасибо за статью… добавил в ридер

Anonymous said...

не могу ручаться за всех, но…