Pages

Friday, July 17, 2009

Uri

Selamat Tiba Ahmad Muizzuddin. Itu tajuk terbaru dalam blog saifulislam - antara blog kegemaran saya - yang saya baca semalam. Secara automatik fikiran saya mengimbau peristiwa awal Januari lalu di saat Safiyyah dilahirkan. Namun, bukan itu yang mahu saya ceritakan di sini.

Dalam post terbaru saifulislam tu, saya tertarik pada bahagian 'Menguruskan Uri'. Saya quote sikit ayat Abu Saif:
"Cuma, membasuh uri ini memang mencabar. Saya yakin, sesiapa yang tidak tahan dengan bau darah akan dengan mudah pitam disebabkan oleh darah yang banyak, tali pusat yang berpintal-pintal dan bau darah yang kuat. Di sinilah mungkin satu peluang yang wajar dimanfaatkan oleh para suami untuk berbakti sebagai sebahagian daripada cara menghargai isteri dan anak."

Saya setuju sangat dengan saranan Abu Saif tu. Masa saya bersalin di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah dulu, midwife dah siap cuci dan dibungkus elok uri tu sebelum diberi pada suami saya. Terlepas dah peluang suami saya nak basuh uri anak kami sendiri! Tapi saya tetap rasa bersyukur sebab suami saya berada di sisi saya di saat saya berada dalam kesakitan yang amat sangat masa nak bersalin tu. Bak kata Abu Saif dalam post sebelumnya:
"Suami-suami yang sudah tidak lagi turun ke medan perang dan jihad, isteri-isteri masih menempuh pertarungan nyawa yang fitrah ini. Berada di sisi isteri adalah sekecil-kecil timbang tara yang mampu diusahakan oleh seorang suami bernama lelaki.

Doa terbaik seorang suami untuk isteri yang sedang bertarung nyawa, ialah doa bersulam usaha di sisinya."

Pada pandangan saya, setiap hospital/klinik perlu mewajibkan suami menemani isteri dalam dewan bersalin. Tapi apa yang saya lihat, ada hospital/klinik tertentu tak membenarkan sama sekali suami masuk ke dewan bersalin bagi menemani isteri! Pelik la saya dengan 'undang-undang' seumpama tu. Waktu genting tu la isteri sangat-sangat memerlukan kehadiran suami di sisi walaupun di saat tu suami tak mampu berbuat apa-apa bagi mengurangkan kesakitan isteri.


Teringat saya akan kata-kata seorang sahabat saya:
"Tak best la bersalin kat situ. Diorang tak benarkan suami masuk dewan bersalin. Duk sorang-sorang je la menahan sakit. Tak tahu pun yang hospital tu buat undang-undang macam tu. Kalau bersalin lagi nanti tak nak la bersalin kat hospital tu dah."

Pada ibu-ibu, bapa-bapa, bakal ibu dan bakal bapa sekalian...carilah hospital/klinik yang membenarkan suami masuk ke dewan bersalin. Tanya dulu awal-awal hospital/klinik berkenaan sama ada suami boleh masuk sekali ke dalam dewan bersalin atau tak. Dan kepada semua yang bergelar suami, temanilah isteri anda di saat isteri anda bertarung nyawa demi melahirkan bayi anda berdua...



note: di Lincoln ni, uri tak dibenarkan dibawa pulang...sebab dikhuatiri uri tu disalahgunakan. Rayu la macam mana sekalipun...tetap tak diberi...

14 comments:

pali said...

salam, hurm, abah saya membasuh uri 8 anaknya hinggalah kepada pengurusan 'pengebumian'.

la ni ada dengar cerita pasal uri yang orang tak mau bawa balik, dibiarkan diurus oleh pihak hospital. Maka uri2 itu jadilah bahan kosmetik yang dikejar2? entah.

ps:aqiqah dah buat ke kak?

Zuhaini said...

oh.. saya ingat nak tgk macam mana rupa uri tu.. tapi tak berhasil la pulak.. ayah alia basuh2... dan tanam... saya pulak berkampung seminggu di hospital.. :( so mmg x dapat la nak menengoknya..

**hang dok US ya..? jauhnya... study sana ke, kerja sana..? ke ikut suami..? :)

NaDiaH SiDeK said...

pali: nnt pali pun kena la contohi abah pali tu. ada jgk ye org tak nk bwk blk uri? hmm..mcm2 la. aqiqah buat dh ms safiyyah nk dekat sebilan dulu..

zuhaini: kite pun teringin nk tgk. knp smpai seminggu duk di hospital? kite kat US ni ikut suami smbg belajar ;)

ibu_arifa said...

cam na lah rupa uri tu yer.. dgr ckp agak berbau hanyir darah.. risau gak nk tgk.. tp kena belajar gak membasuh uri nih.. qrg kata nk tanam kena letak jarum..paku betul ker..

NaDiaH SiDeK said...

ibu arifa: ha? nak tanam uri letak jarum/paku??? nak buat apa? tak pernah dgr pun sy

ukmstudio said...

Saya hanya sempat bersihkan uri sekali je, yang lain akak ipar tolong bersihkan. Hmmm...bagus gak dapat akak ipar yang sayang kat adik ipar ni..

Selain dari itu semua anak-anak saya uruskan sendiri masa isteri dalam pantang. Dari urusan tukar lampin,masak memasak, basuh membasuh, semua buat sendiri. Hmm..puashati rasanya, dapat membuat hal2 tersebut. Dengan cara itu barulah saya faham macam mana rasanya bila kita uruskan sendiri semua perkara berkaitan ketika isteri dalam pantang. Untuk suami2 tu, cubalah urus sendiri semuanya, cuba jangan libatkan ibu bapa sendiri dan mertua, barulah ada kepuasan....hmmmm...itu cuma pandangan...

NaDiaH SiDeK said...

ukmstudio: setuju..setuju! biar la suami buat semua tu..bknnya slalu pun. plg tinggi pun setahun sekali

Ummu Umar said...

akk sebenarnya tak pernah tengok rupa uri real! biasa suami yang uruskan. menarik juga perihal uri ni..

NaDiaH SiDeK said...

ummu umar: itu la kak...sy pun tak prnh tgk lg

Dayah said...

walaupun entri ni dah lepas..tapi still nak komen..pasal uri..few times tengok arwah mama basuh utk anak2 sedara, cucu sedara...almaklumla nurse cum mak bidan..tapi tengok dari jauh, tak berani dekat..ciitt

masa SI, pakngah + suami yg buat..suami 1st time, so pakngah guide le..

psl bersalin...mmg kalau ikutkan hati nak cari hosp yg benarkan suami masuk, tapi hosp dayah bersalin ritu mmg takleh masuk..dah tau awal..cuma faktor lain yg menyebabkan dayah nak bersalin kat situ...faktor terbesar ialah sentimental value :)

so , bila suami takleh masuk..paham2 la..jgn la dok merengek ..mmg saaaakit yg amat...masatu dayah teringat, salu sakit jerit nama mama..tapi sempat lagi fikir, aku dah takde mak...kalau arwah mama ada, pasti dia akan bersama dayah dlm LR tu. so takjadi...bila dlm keadaan org yg rapat takada..pergantungan kita dgn Allah lebih tinggi..suami di luar yg taktau keadaan kita juga pergantungan dgn Allah juga tinggi.. masa tu tak fikir nak panggil abg ke..dibibir Allah je... mujur 2 doc bertugas adalah kwn dayah..so sedikit sebyk update,suami dpt la..

tapi kalau suami buleh masuk lebih baik..dayah tak kisah kalau kali ke-dua pun suami tak dpt masuk..dah biasa kot..heheh..

eh....panjang pulak..mcm aku yg tulih blog ni....sori ek nadiah

NaDiaH SiDeK said...

dayah: hehe..takpe pjg2 pun sbb dayah jarang tinggalkan komen. kira sekali harung la tu. kuatnya semangat dayah. kalau kite..nk jgk suami ada skali dlm LR...tlg lap2 peluh ke..tlg usap2 kepala ke..ehe..

Anonymous said...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]discount software review, [url=http://firgonbares.net/]optical shop software[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] buy downloadable software buy software programs
hacking software for sale [url=http://firgonbares.net/]descarga de quarkxpress[/url] on software purchase
[url=http://firgonbares.net/]Pro Mac[/url] cheapest software prices
[url=http://firgonbares.net/]video shop software[/url] acdsee v3.1 free
cheapest vista software [url=http://firgonbares.net/]adobe creative suite 4 production premium student discount[/b]

Anonymous said...

[url=http://sunkomutors.net/][img]http://sunkomutors.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]discounts software, [url=http://sunkomutors.net/]free software for purchase[/url]
[url=http://sunkomutors.net/][/url] buy used software kaon softwares price comparison
buy adobe photoshop in [url=http://sunkomutors.net/]oem software in[/url] buy macromedia dreamweaver 8
[url=http://sunkomutors.net/]kaspersky mobile security 7 free activation code[/url] educational software stores
[url=http://sunkomutors.net/]medicine shop software[/url] software market discount
make windows 98 look like vista [url=http://sunkomutors.net/]shop software to[/b]

Anonymous said...

[url=http://vonmertoes.net/][img]http://hopresovees.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]dental office software, [url=http://vonmertoes.net/]bitdefender vs kaspersky[/url]
[url=http://vonmertoes.net/][/url] macromedia software buy cheap coreldraw graphics suite x4 at low price
2d barcode reader filemaker pro [url=http://hopresovees.net/]windows vista reviews[/url] downloadable softwares
[url=http://bariossetos.net/]clothing store software[/url] for selling a software
[url=http://vonmertoes.net/]adobe photoshop album starter edition software[/url] winzip 12 registration key
adobe creative suite 3 student edition [url=http://hopresovees.net/]windows vista reviews[/b]