Pages

Wednesday, July 8, 2009

Dikunjungi..

Kejadian pertama (6 Julai, tengahari, waktu tempatan):

tok..tok..tok..

Kedengaran pintu rumah diketuk tapi saya seperti biasa hanya memandang pintu dari jauh mengharapkan suami yang baru nak terlelap sebelah Safiyyah membukanya. Tapi...belum sempat suami saya bangun ke pintu terdengar pula pintu yang berkunci tu mahu dibuka. Kelam-kabut saya lari ke bilik!

Rupa-rupanya pekerja pest control! Huhu...memang jadual untuk kerja-kerja menyembur racun ditampal di tingkat bawah tapi tak sangka lak pekerja tu akan masuk terus bila tak dengar sahutan dari dalam rumah. Ye la, kalau kat Malaysia, kata la nak fogging dalam rumah, kalau tuan rumah tak menyahut atau tak buka pintu, diorang takkan masuk walaupun tuan rumah dah dimaklumkan kedatangan mereka. Kat sini lain budayanya. Kat sini kalau sekali ketuk kalau tak dibukakan pintu, diorang akan terus masuk guna kunci pendua.

Moral of the story:
  1. kena alert dengan jadual pest control tu
  2. kena get ready bila-bila masa sepanjang hari pekerja tu nak datang ke rumah (khas untuk saya la ni..kena pakai long sleeve dan letak tudung kat tempat yang senang dicapai!)
  3. kena cepat-cepat menyahut dari dalam rumah supaya pekerja tu tahu ada orang kat dalam



Kejadian kedua (8 Julai, pagi, waktu tempatan ~ pagi tadi la tu):

tok..tok..tok..

Aduhai...sape pulak la yang datang pagi-pagi ni..udah le suami takde kat rumah. Ikutkan hati nak berdiam diri aje sebabnya dari dulu saya memang takut nak buka pintu kalau orang yang tak dikenali datang ke rumah. Ye la, kang kena rompak ke..kena pukau ke..tak ke naya! Err..tapi...takut la pulak jadi macam kejadian pertama tu. Akhirnya...

"Yes?" saya menyahut sambil menyarungkan tudung.

Buka-buka je pintu tercegat 2 orang wanita.

"Hello!" wanita pertama memulakan bicara.

"Oh..hi..helo!" saya pun membalas 'helo' wanita tu.

Pastu dia mula la tanya...

"Have you read bible?"

"Oho...ini rupanya tujuan mereka datang," desis hati saya.

"No," jawab saya ringkas.

Pastu dia bercerita la pasal war (perang) yang dikaitkan dengan kisah-kisah dalam bible..pasal Moses dan entah apa-apa lagi la! Saya bukannya dengar sangat pun lagipun tak biasa lagi dengan slang warga US ni. Reaksi saya kejap-kejap "ha?"..kejap-kejap "pardon?"..kejap-kejap "what?"..huhu..

Selesai bercerita sedikit sebanyak tentang bible, diberinya saya sekeping kertas yang mengandungi beberapa isi kandungan bible tu sendiri. Sedih rasanya sebab saya tak mampu nak bercerita pada mereka isi kandungan al-Quran! Saya bukannya mahir berbahasa Inggeris..dah lama tak praktik bercakap dalam bahasa Inggeris!

Tapi sempat juga saya berangan:

"Oh..before you go..I would love to give you something," kata saya sambil menghulurkan senaskhah terjemahan al-Quran.

Entah macam mana, saya terfikir nak bagi diorang terjemahan al-Quran dalam bahasa Inggeris tapi sayangnya...saya takde. Tak pernah beli pun terjemahan dalam bahasa Inggeris. Alangkah bagusnya jika saya ada walaupun senaskhah! Sekurang-kurangnya dapat juga saya memperkenalkan isi kandungan al-Quran dengan cara tu. Kat US ni ada dijual ke agak-agaknya ye? Kalau ada, saya ingat nak beli la. Boleh la bagi pada diorang kalau diorang datang lagi...

Moral of the story:
  1. kena pertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris
  2. kena banyak menggali ilmu-ilmu Islam
  3. kena beli sekurang-kurangnya senaskhah terjemahan al-Quran

14 comments:

NURUL IZZA said...

hehe lucu ahh bila baca.nk wat cane kan..org sini mmg cmtu dhla masuk umah pakai kasut.dh pulh2 kali pesan buang kasut2 buang kasut..xreti2 jugak. xpernah pulak rumah kami ni org promote kristian masuk.tp penahla depa duk jaja holy kat suhaizi tuh.smpi tahap mcm tu sekali nk dakwah.

semalam pon gi kelas parenting tuh..last2 depa duk baca doa.xpesarasan pulak..doa utk sejahtera semua.tp kami berdua ni wat xtau jela..hihi

akak..org sini kalau depa ckp pape kite xpaham jgn cakap 'what'..nnt depa salah erti ckp kita mrh depa..haha.dulu selalu iza ckp mcm tu.dh mmg xreti2 nak paham sleng depa. pastu abgfiz yg ckp.if xpaham..ke ape ke..beg ur pardon, i'm sorry..etc etc..haha.dulu sokmo dok..'what>what.what..wakaka lucu ah.xpe lama2 nnt akak biasala nnt..satg balik ..wahhh nadiah ckp sleng amerika..hahahahhahaahah (gelak guling2)

daud.montak.zakaria said...

Eloklah cakap 'what' kalau gitu, supaya dia orang cepat2 keluar, kan???

Unknown said...

salam perkenalan...wah mcm tu lak cara depa ye...kalau kat sini dah kena belangkung tu..

Oh ya, iela ada jual ikan pekasam dari perlis. So kalau minat nak beli, leh order...so far iela dapat order dr finland...saja cari pasaran luar negara lak...kalau makanla...

za said...

cube kak nadiah google nak cari tafsir in English dalam tenet..mesti ada laa...
kalau takde kat sane pun, kak nadiah still leh beli online..cuma lambat sket la sampai..

time2 gini, teringat balik kuliah brother kamaruddin..huhu..

ummuabdullahsyaakir said...

salam kak...eem mncabar yea duduk kat tmpt org,lg di ngara yg mjioriti bukn Islam..lgi2 kt nk trus amlkn budaya kt kat tmpat mereka..harp akk sklurga tabah n sabar yea...mgkn lps ni akk blh nk tmpl note ke,bgtau yg ni rumh org msia n ada adb2 tetntu ^_^

Ttg tjmahn bible,eem saya stuju apa yg Za kta.Mgkn akk blh cri kat intrnt+print @akk bli online.Tapi xsilp saya ada rumh pljr msia kn kat sna.Mgkn akk blh tnya diorg klu ada kdai brg2 msia kat sna.

Ummi Salsabila said...

salam kenal..
saya pun dah nadiah di blog sy :)nadiah now berada kat mana ye?

sy pun xpenah hadapi lg situasi no2 tu.no 1 mmg pnah gak.hehe.tp no 2 tu, sy pun boleh kelu nak explain kat dorang bout islam...emm, teruknye diri ni..

Diver Mom said...

aduhai.. takotnya! :(

Cool said...

tu la kita kan... rasa diri ni rendah sgt bila tak mampu menyebarkan agama kita.. (aku la tuh).

Nadiah Sidek said...

izza: a'ah la. ari tu org tu masuk dgn kasut skali. huhu..tu la, diorg dh biasa sgt berkasut dlm rmh jd malas dh bkk kasut. mgkn sbb izza duk dlm kampus kot..tu yg diorg tak kacau.akk tak slalu sgt guna "what" tu, kdg2 je terkeluar. hehe

ukmstudio: rsnya tak elok buat gitu..tak psl2 nnt diorg ingt "mcm ni ke org Islam??". buat2 dgr je la apa yg diorg kata wpun mls nk dgr. huhu

miela77: salam perkenalan kembali. tu la..cara kita berbeza dgn cara diorg..

za: tq bg cdgn

ummuAS: tq :)

ummi salsabila: sy skrg di nebraska, US. huhu..tu la..

zuhaini: huhu..nk wat cmne..terpaksa la hadapi

jiji: sama la kite :(

husna said...

ternampak waktu azan kat tmpt kak nadiah kat sebelah..kat sana siang panjang ek??

Nadiah Sidek said...

a'ah..siang pjg :)

Unknown said...

nadiah,
kejadian ke2 tu sungguh2 mencabar...
tak perlah, pengalaman pertama terkedu..
pengalaman ke2.. Insya Allah, bersedia dgn segala 'senjata' yg ada.. asal boleh explain dgn bhs yg mudah...
besar cabaran nya dok negara org...
tp dok negara sendiri pun sama...

NaDiaH SiDeK said...

insyaAllah...mdh2an gitu la kak yong. doa2kn ye

Ummimusa said...

salam kenal, terima kasih krn sudi singgah blog saya, cik nadiah. blh bagi email? nak berkenalan (^_^)

ni email saye" mahabtullah@hotmail.com