Pages

Thursday, May 6, 2010

Safiyyah: Peminat kain batik

Masih ingat lagi entry Hobi terbaru Safiyyah? Salah 1 hobi Safiyyah: usung kain batik. Sampai sekarang dia suka main kain batik. Tahu pulak dia tu yang mana satu kain batik. Pantang nampak, mesti diambil dan diusungnya ke sana ke mari. Kain pelekat papa dia, tak nak pulak dia ambil (nampak sangat Safiyyah lagi sayang ummi dia jelir). Kadang-kadang tu bila tak nampak yang lain, kain batik yang saya tengah pakai nak diambilnya ihikhik. Lawak betul la Safiyyah ni!


Saya suka gambar ni walaupun agak blur. Masa ni Safiyyah 13 bulan. Baru bangun tidur ni. Senyap-senyap je dia bangun dan buat 'kerja' kat bilik (selongkar kain sebakul yang tak berlipat cari kain batik..hihi..). Keluar je dari bilik, saya tengok macam ni dah dia. Macam gadis kampung pulak senyumkenyit. Entah macam mana la dia letak kain batik kat kepala macam tu. Tak sempat nak ambil gambar yang lebih clear sebab kain tu dah melurut ke bawah. Takkan saya nak letak balik...tak real la pulak


Masa ni baru dapat ambil gambar clear tapi tak sama le dah macam gambar atas tu. Dah duduk dah pun masa ni. Gambar atas tu dia tengah berdiri. Ralit tengok iklan kot masa ni


Ni gaya lain pulak. Macam-macam gaya dia boleh buat dengan kain batik. Gambar ni diambil pertengahan bulan lepas, dah 15 bulan dah pun Safiyyah masa ni


Yang ni satu lagi saya suka! Safiyyah baru bangun tidur ni. Saya dengar la suara dia (bunyi merengek-rengek manja)...pastu senyap. Duk tunggu-tunggu, dia tak keluar jugak dari bilik. Saya pun intai la dia. Tengok-tengok dia terbaring macam tu dengan kain batik. Punya la dia tak perasan saya masuk bilik. Saya snap gambar ni pun dia tak perasan! Duk berangan agaknya anak dara ni sengihnampakgigi


Haa...video ni yang terbaru sekali...





Ada pulak dia tutup kepalanya dengan kain batik sambil berjalan! Ada je la akalnya tu!


32 comments:

Norhayati Ahmad said...

mmmm...pandai safiyyah bergaya dpn camera..

Nad a.k.a MamaZakwan said...

safiyyah bleh jadik model utk tom abg saufi la, hikhikhik :)

makcikrehan said...

anak2 makcik tak kenai kain batik kot sebab mak depa tak geti pakai kain batik! pakai time pantang jer. tu pon senget benget kakakaka

ummiaisyah said...

memng anak dara melayu terakhir ni..hehhe..tomey2..kasi cubit cket bley?

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

melayu klasik gitu..

maszmadi said...

comey comey.. so sweet..

mamalieyna said...

alahai comelnye..leh jd model..babygirl melayu terakhir ni..ihiks..!

Dayah said...

nama pun cucu ore Qlate...

nza said...

gadis melayu trakhir la nie...hi.

Chik Na said...

cutenya...safiyyah dan kain batik!!!

yatie chomeyl said...

bagus safiyyah,wpon duk oversea ttp ingat budaya melayu hehe

fireflies said...

hahah.. comelnya safiyyah.. mmg gaya wanita melayu terakhir nii..

husna said...

hahhaa..
ingatkan safiyyah dah buang dah hobi tu.
teringat masa kecik2 dulu mak ajar lipat kain batik buat anak patung.
dan buat telekong guna kain batik ikat kat dahi.

Izan Ishak said...

safiyyah mmg cute bergaya gitu...jgn main2 ye, dok oversea pun kain batik tidak dilupa!!

Nadiah Sidek said...

kak yati: mana safiyyah reti lg bergaya depan kamera. camera trick je tu ;)

nad: haha..model?? safiyyah tak pandai la posing2 :D

makcikrehan. pakai hari2 lama2 nnt mesti jd pandai ;)

ummiaisyah: cubit la kalau dpt..hihi..

mama miya: hehe..

maszmadi: tq!

mamalieyna: hihi..comel lak dgr 'babygirl melayu terakhir' tu ^^

Nadiah Sidek said...

dayah: ehe..iye, cucu ore kelate ;)

nza: hehe..

chik na: safiyyah mmg minat kain batik :)

yatie: aunty yatie duk jepun tu ingat tak budaya melayu? :D

fireflies: haha..layan aje la ye

husna: tak buang lg hobinya tu..skrg ni mcm2 pesen lak dia main kain batik tu

izan: selesa berkain batik :)

unlisted_one said...

ala,..comelnya dia dan kain batik. anak dara kena dekat dgn kain batik tau.

temp. housewife said...

Nadiah pun suka pakai batik walaupun duduk US. Knur teringat masa bersalin WINTER 2007, pakai kain batik bersalin kat Waikato Hospital. Doktor2 diaorg tak pernah tengok org bersalin pakai kain batik. hihihihi

Wasatiah Gurlzz said...

sya time kecik2 dulu, suka gigit sikat...yg herannya sya cuma gigit sikat yg sma jerk, tiap2 hr...smpai skrg sikat tuh ada lg dlm simpanan sya..cuma, sya tak gigit dh lah sikat tuh...hahaha

fa10 said...

zaman kecik2 dulu sokmo main kain batik buat hantu, kadang2 tu buat katak... kik kik.

Safiyyah ngan Iman berjiran ke?... anty baru baca entry yg lepas2, anty sibuk... sibuk tgk citer korea... kik kik

Nadiah Sidek said...

unlisted one: baik aunty ;)

temp.hw: nadiah mmg suka pakai kain batik. selesa pun selesa

wasatiah gurlzz: hihi..nasib baik dah besar tak gigit dah sikat tu

fa10: ye aunty..berjiran dgn iman ;)

fazlinil irma said...

waahh.. waahh..

ni mahsuri jr la kan ;)

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

amboi..kan main lagi anak dara ni..nak jadi pompuan melayu terakhir ye? ehehhe

so sweet!

MAMASYAZA said...

amboi sronok tgk sikecik ngan kain batik, kalo akak suka ngan kain batik yg lama2, best dipakai, sejuk. apapun salam ziarah dari akak

nadnye said...

wa.. nie saffiyah dah macam perempuan melayu terakhir..:P

♥LOVE2COOK♥ said...

Happy Mother's Day To U dear Nadiah! ;)

Comelynye Safiyyah with batik..sure she'll grow up to beautiful n sweet like her Mum...^___^

Nadiah, pls accept a Mother's Day from Love ya! ;)

kakyong said...

chomel anak dara main kain batik...

Nida said...

Agaknya ler SAFIYYAH NAK JADI TAUKE KILANG KAIN BATIK KOT BILA DAH BESAR NANTI..:)

aLyNnZ said...

ish2 saffiyah cam gadis melayu trakhr. Sejuk mata auntie memandang apatah lg pewut ummi nyer sure dh brsalji hik2..agaknye saffiyah dok tgk nadiah pkai kain batik so saffiyh pun nk try gak..alin pun suka gambr yg first nampk ayu gituu

CatlinaFly said...

safiyyah gadis melayu comel ..meh shayang sikit muuaaahhh!

Nadiah Sidek said...

irma: eheh..mahsuri jr pun mahsuri jr la.. :D

ibu rafiq: hihi..

mamasyaza: sama la kak..mmg suka pakai kain batik yg lama2..lembut & sejuk je kainnya ;). terima kasih kak singgah ke sini :)

nadnye: gitu le kak nad :p

love: happy mother's day to you too sis! ;)

kakyong: ;)

nida: hihi..kelakar la komen kak nida ni :D

alynnz: perut bersalji?? nnt kite teropong tgk betul ke ada salji dlm perut ni. ekeke..

catlina: muaahhhh jugak kat aunty :D

Batik Madura Murah said...

Mari mencintai Indonesia!
Mari menginspirasi dunia!
mulailah tanamkan seni batik pada pemuda dan pemudi mulai dari sekarang, agar perkembangan batik tidak terhambat karena pengrajin batiknya sudah tua dan tidak mampu lagi membatik.