Pages

Monday, October 10, 2011

Safiyyah dijangkiti HFMD

HFMD = Hand, foot and mouth disease (Penyakit tangan, kaki dan mulut)

3 hari lepas dapat tahu Safiyyah dijangkiti HFMD lepas dibawa ke hospital. Rabu malam dia demam panas tiba-tiba tapi tak suspek apa-apa yang pelik. Bagi makan ubat, lap kepala dan badan dia dengan tuala lembap je malam tu. Pagi esoknya turun sikit dah suhu badannya tapi lewat petang mula panas balik. Nak ke klinik, klinik dah tutup.

Pagi berikutnya (Jumaat) demam Safiyyah kebah dah tapi dalam waktu tengahari saya perasan ada ulser dalam mulut dia dan ada bintik-bintik macam ruam di kakinya. Petang tu dia demam balik. Papa dia takde di rumah pula masa tu. Ke ladang. Dah malam baru dapat bawa Safiyyah ke hospital. Satu masalah kat sini...klinik hanya dibuka hari Isnin-Jumaat ikut waktu pejabat. Sabtu Ahad tutup. Takde pilihan, kena ke hospital dan masuk melalui Emergency Room.

Di hospital

Doktor sahkan Safiyyah dijangkiti HFMD. Baru saya tahu penyakit ni takde ubat khusus dan akan sembuh dengan sendirinya. Alhamdulillah Safiyyah tak demam dah sekarang ni cuma ulser dalam mulutnya tu je yang tak hilang lagi. Kesian kat dia nak makan pun susah. Sikit je dia makan. Yang saya perasan, ada 3 biji ulser dalam mulutnya. Tu pun nampak bila dia menangis. Susah nak tengok betul-betul sebab dia tak nak buka mulut. Harapnya cepat la hilang ulser tu...

41 comments:

Anamarza said...

ooo tak de ubat khusus ya? baru tahu!

Chocofiz(Nor Yusoff) said...

get well soon safiyyah!

Chik Na said...

semoga safiyyah cepat sembuh!!!

lina said...

salam - Ya ALLAH...semoga safiyyah cepat baik dan seterusnya dipemudahkan ALLAH dlm apajua urusan. Insya ALLAH.

εïз mummyHaza εïз said...

alahai.. kesian safiyyah... cepat2 sihat yek...

ummufatihah said...

Assalamualaikum,

Saya terpandang tajuk entri ni kat blog MysDear Theraphy.

Dua orang anak saya dapat jangkitan ni serentak bulan lepas. Memang benda ni akan hilang sendiri dalam masa 3 - 7 hari. Tapi yang kesian kalau anak kecil (anak saya 2 thn 1/2), memang kena jaga betul2 takut dehidrate. Saya sampai ke tahap terpaksa paksa anak makan sebab dia tak nak buka mulut langsung.
Semoga Safiyyah cepat sembuh ya...

Huda said...

moga safiyyah lekas sembuh ye kak..husna penah kena masa umurnye sethn lebih last yearla time tu baru2 pindah ke manjung..

Hamizah said...

kesiannya dia..tetap comel wpon sakit ye..

untuk ulcer tu cuba sapu bonjelamouth ulcer gel. Danial selalu kena ulcer.sekali sapu je.Insya Allah berkesan.

Zefa NorAsmara said...

Mudah-mudahan safiyyah kuat dan cepat sembuh.. InsyaAllah, amin.

Zefa NorAsmara said...

Mudah-mudahan safiyyah kuat dan cepat sembuh.. InsyaAllah, amin.

Lady Lavender said...

kesian safiyyah..get well soon si comey safiyyah.

cikmimmie said...

semoga safiyyah cepat sembuh...akak bersabar banyak2 ye..ujian di perantaun..

CatlinaFly said...

get well soon safiyyah..memang takdek ubat khusus sebab ni penyakit berpunca dari virus...

eh, ade beberapa blogger kat mesia ni yang anak diorg kena gak tau...pastu jiran kat kg pun ade kena..wallahualam sebab musim ke ape...tp mmg kesian kalau tgk anak tak nak/tak boleh makan..

Syigim said...

ololooo ciannn monyok cayang ni. alhamdulillah getting better. take care dear tambah2 duk jauh2 ni.. :)

The Medical Duo said...

semoga cepat sembuh akak ucapkan pd adik safiyah...buat mama safiyah, doa banyak2 kak. InsyaAllah kullu khair :)

Acik Erna said...

assalam nadiah..sianya safiyyah..moga cepat sembuh..

hasnisyakila said...

syafakillah ukti kecil..

nonie said...

salam...semoga cepat sembuh yer safiyyah sayang:)..
ermm..xbahaya ke penyakit nie??ke dia cam biasa2 cam demam2 jer gitu..:)

kemsalam shakir comellllll:D

sweet life said...

get well soon big girl (kak long)
...^^...

cepat sehat boleh buli adek shakir plak :P

Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil said...

sian safiyah ...

hari tu ank hanie yg munirah tu pun mcm kena ulser mulut gak .. plus demam , bibir pecah2 dan ruam .. penyakit HFMD ke tu ? gi klinik cek , doc xsebut plak penyakit tu.. ruam2 biase je sbb demam ...

moga safiyah cepat pulih yer..Hanie baru je lega lepas anak2 sume demam serentak .. pheww ~

Nieza said...

Alahai ciannya safiyyah comel...kena hati-hati HFMD ni boleh berjangkit ni nadiah...terutamanya kanak-kanak.btw, harap safiyyah cepat sembuh ye..:)

amaLina said...

semoga safiyyah cepat sembuh... Doa and pray for safiyyah ~

Affieza said...

Hug and kiss utk Safiyyah comel, moga cpt sembuh...AMIN

Irfan said...

salam kak nadiah, kenapa kak nadiah x bgth awal2? kalo x irfan leh lawat.. kesian safiyyah..

yatie chomeyl said...

SN pun kena HDMD hari tu, mmg baik sendiri. harap2 safiyyah cpt sembuh ye :)

Asmara said...

anak2 saya pun kene bulan lepas, mmg cepat berjangkit, tapi kalau ok dlm 2/3 hari dah baik. kene asingkan dengan adik dia. nak cepat hilangkan ulser bagi dia mkn soft aiskrim, dlm 2 hari ok nnti. InsyaAllah.. mudah2an tak melarat dengan teruk. mmg takde ubat pun. dia akan baik dgn sendiri. tp hati2 kalau demam tu. :)

http://asmaradayana.blogspot.com/2011/09/penyakit-tangan-kaki-dan-mulut.html

Teratak Hami said...

Safiyyah tetap comel walaupun sakit... semoga Safiyyah cepat sembuh & tidak meragam.

fa10 said...

kesiannya kakak safiyyah, auntie mengerti kesakitan bila ada ulser tu...
moga safiyyah cepat sembuh...

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

ala comelnya saffiyah..syafakillah saffiyah..:)

h4ni3 said...

ala ciannyaaa
make sure hydration ok ye nadiah
get well soon sayang!

deena farhana said...

cepat sembuh ye safiyyah:)

husna said...

kesiannya kat safiyyah.
moga cepat sembuh!


p/s: dalam gambaq, safiyyah nampak cool.teehee

transformed housewife said...

semoga Safiyyah cepat sembuh.

hamba yang hina said...

semoga safiyyah cepat sembuh....

So Shy Lady said...

cian nye....sbab apa tu ye? bjangkit dgn sape? syukurlah safiyyah dh bansur sihat. huhu geramnye bdk pipi tmbam nih

Nadiah Sidek said...

anamarza: saya pun baru tahu :)

fizah: thank you!

chik na: terima kasih..

k.lina: ameen. terima kasih kak lina..

mummyhaza: terima kasih

ummufatihah: waalaikumussalam wbt. alhamdulillah safiyyah mahu juga minum. kalau tak, bimbang juga dehydrate

huda: oo..husna dah pernah kena ye..

Nadiah Sidek said...

k.hamizah: nadiah bagi makan aiskrim je kak

k.zefa: ameen. terima kasih kak zefa

lady lavender: thank you :)

cikmimmie: terima kasih mimmie..

catlinafly: tu la, baru tahu HFMD ni berpunca dari virus

syigim: thank you dear :)

Nadiah Sidek said...

the medical duo: syukran :)

k.erna: terima kasih kak..

hasnisyakila: syukran

nonie: insyaAllah tak bahaya. common juga penyekit ni dan senang berjangkit

sweet life: hehe..safiyyah tak pandai buli adik dia :D

ummi hanie: lagi mencabar kalau 2-2 demam

Nadiah Sidek said...

k.nieza: a'ah, memang mudah berjangkit kak. terima kasih ye

amalina: terima kasih :)

affieza: ameen. terima kasih :)

irfan: takpe..tak nak susahkan sape2

yatie: mesti nazhan kena jangkit kat nursery

asmara: dah bagi aiskrim dah :)

teratak hami: meragam juga sikit kak..huhu..

Nadiah Sidek said...

k.fa10: terima kasih kak faten..

nazrul: syukran

h4ni3: ok, thank you doc!

deena: terima kasih deena..

husna: masa tu cool la..bila doktor check...melalak! hihi..

k.nur: terima kasih kak..

hamba yang hina: terima kasih..

so shy lady: jangkitan virus. tak tahu la berjangkit daripada siapa

kakyong said...

kesiannya safiyyah..

Anis & Aliya bbrp minggu lalu pun kena ulcer di mulut.. mujr tak serius.. kesian kan, asyik nagis jer sbb susah nak makan...