Pages

Tuesday, October 11, 2011

Beraya di rumah teruna dan dara

Seperti yang saya katakan sebelum ni, raya kami di sini untuk tahun ni meriah sangat! Yang pertamanya...meriah dengan pertambahan adik-adik undergrad di Lincoln ni. Yang keduanya....ramai buat majlis rumah terbuka termasuk adik-adik undergrad teruna dan dara ;). Boleh dikatakan hampir setiap minggu sepanjang bulan Syawal tu saya 'gantung kuali' ^_^. Syok betul sekali-sekala tak payah masak dan dapat makan masakan orang lain. Nikmat!


12 Syawal 1432 H
Hampir jam 3 petang kami ke rumah Yen, Fyon, Ann dan Angie. Kiranya rumah mereka berempat perintis majlis rumah terbuka geng-geng anak dara ;)





Ayu bersimpuh anak dara ni :)


Lepas main iphone kak Ain, baca buku pula. Err...Yellow Pages lebih tepat lagi ^_^


Shakir dan papa geng biru


Safiyyah dan ummi geng ungu ^_^
Baju Safiyyah tu mak su dia bagi. Safiyyah la paling banyak dapat baju raya tahun ni. 3 pasang kesemuanya daripada 3 individu berbeza ;). Shakir 2 pasang...tu yang dah tak pakai baju Melayu dah



Malam tu pula beraya di rumah Ain dan Fatin (buat kali yang ke-2! ^_^). Giliran mereka pula buat majlis rumah terbuka. Azrina dan Yuen Mei jadi tuan rumah bersama dalam majlis rumah terbuka ni.





Adik-adik dari Sabah Sarawak :)
Dari kanan: Charlene, Elfha, Amanda, Fyon, Yen dan Ann





Shakir lena di riba Sumardi. Sebelum tu Shakir tertidur dalam dukungan Sumardi. Dah dipesan pada Sumardi supaya letakkan Shakir di bilik Ain atau Fatin. Tengok-tengok dia tak letak pun Shakir...dibiarkan Shakir tidur atas ribanya sebab takut Shakir terjaga kalau diletak. Huhuhu...terharu betul



13 Syawal 1432 H
Giliran Raihan dan Elfha pula buat rumah terbuka. Makan lagi! ^_^


Tuan rumah







Kami sekeluarga tetamu terakhir yang meninggalkan rumah Raihan dan Elfha. Sempat isi perut lagi sebelum balik (makan malam la kiranya..hihi..). Mujur tak kena halau :p


...bersambung insyaAllah..


Nota: Terima kasih pada semua yang mendoakan Safiyyah cepat sembuh daripada jangkitan HFMD. Jazakumullahu khairan kathira. Semoga Allah membalas kebaikan kalian semua. Alhamdulillah Safiyyah makin pulih dan dah ada selera sikit hari ni :)




11 comments:

cikmimmie said...

seronoknye tengok akak beraya kat sana...mcmm kat malaysia je meriahnya..

semoga safiyyah pulih sepenuhnya dan ceria seperti biasa... ;)

yatie chomeyl said...

dah makin ramai kan kat sana? teringat awal2 nadiahblog dulu, sikit je org2 msia kat sana..skrg ni nmpk meriah betul dgn adik2 undergrad

kakyong said...

amboi meriahnya beraya..


cantik baju safiyyah tu...

Huda said...

meriahnya raya kat sana kak..dh rmi students kite kan kak :) comel tgk safiyyah berbaju purple:)

deena farhana said...

ceria semuanya.. :)

husna said...

syoknyaaa.
kat sini pulak makin kurang. sbb dah ramai y habes/dah tak dok penang.

mmg ayu sungguh safiyyah dok bersimpuh. terutama gambaq dok baca buku. eh baca yellow pages.
cantik baju umi dan anak dara!

Affieza said...

Meriah sungguh wlpn beraya kt perantauan...hehe

Chik Na said...

cantiknya baju kurung purple safiyyah..suka sangat :-)

Nadiah Sidek said...

cikmimmie: tahun ni baru rasa meriah mimmie sebab makin ramai ;)

yatie: a'ah, makin ramai sekarang ni

kakyong: merasa juga la beraya macam kat malaysia :D

huda: yup, dah ramai ;)

Nadiah Sidek said...

deena: beraya mestilah ceria ^_^

husna: dah tak seronok sangat la ye ramai dah takde

affieza: baru tahun ni rasa meriah ;)

chik na: mak su safiyyah bagi tu ;)

So Shy Lady said...

syakir dh bsar mcm anak mat saleh plak ;P