Si moody berbaju merah terus diam bila disuap coklat :p. Mana tak moody, tak puas tidur. Dapat tidur 15 minit je dalam kereta. Kat rumah disuruh tidur tak mahu dia tidurnya
Setiap orang yang bawa makanan, diberi kad-kad kecil (tengok gambar belah atas) untuk tulis nama makanan berserta ingredients yang dah diasingkan kepada 5 warna mengikut kategori (non-spicy, mildly spicy, spicy, sweet, tart). Kreatif! Selalunya diberi kertas kosong je untuk tulis nama makanan. Kali ni saya buat bihun goreng dan kuih bakar pandan je. Sungguh tak rajin nak masak yang renyah-renyah. Bihun goreng tu pada saya tak pedas langsung. Saya dah kurangkan cili dan sos cili. Tapi letak juga la bawah mildly spicy, lidah mat salleh..mana nak sama dengan lidah Melayu. Kuih bakar (yang saya pandai-pandai letak namanya sebagai pandan cake tu :p) semestinya la bawah kategori sweet
Acara cabutan bertuah. Tahun ni suami saya antara yang bertuah ^_^. Dah la nombor suami saya yang pertama sekali dicabut. Itu pun, Zixiao yang perasan nombor yang disebut tu nombor suami saya. Tak perasan langsung sebabnya hanya 3 digit terakhir je yang disebut
Ini yang suami saya dapat ^_^. Sehelai t-shirt, pen dan magnet. Semuanya ada kaitan dengan serangga...dah nama pun dari Department of Entomology (entomology = kaji serangga)
Pemberian award. Award suka-suka je ni. Yang dapat award kali ni yang ada 'ter' atau 'paling' di depannya. Yang buat shipping yang terbanyak la, last name yang paling susah nak sebut la, paling rajin buat cookies dan bagi kat department...macam-macam lagi la!
Persembahan staf. Diorang nyanyi lagu Auld Lang Syne...err...tapi lirik lain...lirik yang dah diubah suai
Safiyyah kalau dapat pen dengan kertas, diam la dia. Kertas takde, kasi dia lukis atas pinggan kertas..hehe. Memang dia suka sangat melukis. Tengok mukanya tu...khusyuk dan serius sungguh. Dia buat tak peduli je dengan apa yang berlaku kat sekeliling dia
Dah penuh pinggan kertas tu dengan hasil seninya, dilukis pulak atas tangan. Dapat lukis sikit je atas tangan sebab dakwat pen tersumbat. Selamat!
Takde kerja ambil gambar coklat :p. Coklat-coklat ni memang diletak atas meja. 'Penyelamat' si moody berbaju merah la ni! Saya ingat sebelum balik baru nak simpan coklat-coklat tu dalam beg...sekali tak sempat pulak sebab diorang dah kutip coklat-coklat tu semua. Nak mintak segan la pulak. Silap tak simpan awal-awal :p
Si kenit, si kenit, si kenit dan si kenit :p. Berbaju kuning tu anak John/Lucy, berbaju biru anak Dr.Tiffany, berbaju merah anak Irfan Pakistan dan yang berbaju ungu anak Hafiz/Izza merangkap anak angkat Raihan...hihi..
Pasangan suami isteri (Jesus dan Paulina) berbaju hijau tu berasal dari Columbia. Paulina minat sungguh kuih bakar. Siap mintak resipi lagi. Dia nak cuba buat sendiri nanti katanya. Seronok pulak bila ada bangsa asing suka kuih tradisional Melayu :)
Apa la Safiyyah ni...orang dah nak balik baru dia galak. Baru la nak berlari-lari dan melompat-lompat
Nampak tak si kenit berbaju merah tu? Ala-ala supervisor tengok anak buah buat kerja pulak :p. Memang dia suka sangat tengok orang menyapu dan mengemop lantai
Yang pegang plastik sampah tu Tim namanya. Dia nak keluar buang sampah..dah menuju ke pintu dah pun (pintu sebelah kanan), boleh dia patah balik semata-mata nak posing..ehehe..layan je la :D
Dalam pukul 10.30 malam baru kami bertolak balik. Keseluruhannya, ok la cuma saya rasa Holiday Party tahun lepas lebih meriah dan lebih menarik berbanding tahun ni. Cabutan bertuah tahun lepas pun lebih banyak daripada tahun ni. Tapi saya suka tempat/dewan yang dipilih tahun ni sebab lebih luas dan lebih selesa!
14 comments:
nazhan ada sweater GAP merah yg baru beli minggu lepas..sedondon pulak dgn baju safiyyah tu..sehati sejiwa gitu eheh
geram btol tgk safiyyah..
comeyl sgt...hehehe :p
alahai safiyyah.
melukis, mengarah...
mcm2 bakat dia ada..hehe
gambar yg last tu, safiyyah nak tolong ngemop skali ker tu?
hehehe
meriahnya majlis.. makan2.. sampai clear pun sama2...
Besnya lps mkn terus clear... Ni dh holiday la ni ek?
best betul bila ada acara makan2 ni heehe..
p/s: memang dah nampak dah pipi nadiah chubby..takpe chubby + comei = chumei heehe..
seronoknyer dapat join macam ni yer..tak de lah sunyi dok tempat org kan.
comelnyer Safiyyah nih..mcm anak jepun!
Sweetnya Safiyyah! Mummy pun makin comeyyyy ;)
muka safiyyah yg moody jerrr...he...
Takpelah tak dapat makan KFC amik bau pun dah kira ok..:)
yatie: hehe..mmg sehati sejiwa
azrini: tq :)
liyana: ehehe..
drh4ni3: dia nak berendam dlm air sabun tu :p
kakyong: dah alang2 tak balik lagi, tolong kemas sekali la. nadiah tukang tgk je..ekeke..
ashanas: nama je holiday party..bukan ada holiday pun..hee~
lady lavender: chumei pun chumei la..hehe..
ibu arifa: yup ;)
sis love: hee...tq! ^_^
k.nza: hehe..dah tak puas tidur..gitu la dia
k.nida: takde bau pun kak :p. dah sejuk agaknya..hilang bau
Alahai Safiyyah.. geram tengok gelagat dia dalam gambar2 ni..
Post a Comment