........sambungan.........
25 Disember 2010
Kami bertolak ke Snow Range Ski and Recreation Area dalam pukul 11 pagi. Konon-konon sebelum tu nak keluar rumah seawal jam 9 pagi tapi pagi tu masing-masing liat nak bangun. Tidur lewat semuanya! Keluar dari rumah abang Man/kak Lah pun dah pukul berapa...masuk rumah Isa/Ku Ila bukannya terus tidur...sambung bersembang pulak! Ye la, bukannya boleh jumpa selalu. Jumpa sekali-sekala macam ni...macam dah takde hari esok je la nak sembang. Hampir pukul 2 pagi jugak la kami berbual sebelum tidur. Suami saya, Alif dan Irfan lagi la...pukul 5 pagi baru tidur...duk bercerita pasal jalan yang menakutkan tu. Takde kerja betul :p
Dari awal lagi suami saya memang merancang nak main ski masa kat Laramie. Kata orang, main ski kat Laramie lebih murah berbanding kat tempat lain. Saya pun berangan jugak nak main ski tapi suami tak bagi. "Perut dah boyot pun ada hati nak main ski". Tu antara kata-kata suami saya la tu :p. Ala..perut saya bukannya besar sangat pun...ramai yang kata perut saya 'tak nampak'. Maksudnya kecik la, kan? Cuma saya je yang rasa perut besar..hehe..
Gambar ni Irfan yang ambil masa diorang (Isa, suami saya, Alif dan Irfan) nak ke kedai pagi tu. Subhanallah..cantik sangat! Sekali tengok macam pokok tipu je...padahal pokok betul cuma pokok tu jadi frost. Ku Ila kata kami bernasib baik sangat boleh tengok view ni sebab benda ni berlaku hanya 2-3 kali je masa Winter. Kat Lincoln belum pernah lagi nampak view macam ni. Pokok yang dipenuhi salji tu biasa la...frost tree yang tak terjumpa lagi kat sini
Dah sampai! Antara benda yang saya suka tengok masa musim salji..bumbung rumah/bangunan. Cantik sangat! Jadi putih je bumbung. Ada masa, boleh nampak macam juraian kristal macam gambar belah atas tu
Besar sungguh ski boots! Dan sememangnya berat. Saya tengok orang yang pakai ski boots ni semuanya jalan macam robot..hihi..
Pemain-pemain ski sedia untuk beraksi! Err..tapi Safiyyah tak bagi papa dia main ski. Tak nak lepas daripada dukungan papanya tu. Letak je menangis. Tu la...papa tak bagi sangat ummi main ski..kan Safiyyah dah tak bagi papa main ski :p
Pastu kami bawak la Safiyyah main sledding (saya pun main sledding jugak! ^_^)...konon-konon nak pujuk dia la..tapi tak jalan jugak. Safiyyah memang moody masa tu. Dia mengantuk sebenarnya. Sempat main sledding sekali je pastu masuk balik kat tempat sewa peralatan tu...saya menyusukan Safiyyah, cuba tidurkan dia. Suami saya apa lagi..cabut lari la gi main ski :p
Sempat posing sebelum main ski. Gambar masa main ski takde pulak. Yang main ski semuanya lebih excited main ski daripada bergambar. Saya dengan Fizah yang tak main ski pulak kena stay kat dalam jadi baby-toddler-sitter..ehe. Gambar main sledding pun takde..takde sape yang boleh tolong ambilkan gambar masa tu..Safiyyah pulak moody..uhuhu..
Cik adik ni la yang tak bagi peluang ummi dia main sledding sepuas hati. Lepas menyusu bukan nak tidur, jadi segar pulak dia pastu main lari-lari dalam tu. Takpe la, janji dia dah tak meragam
Bergambar sebelum balik. Gelap dah masa ni padahal baru pukul 4 lebih. Dalam pukul 5 masuk waktu Maghrib dah
Pukul 4.30 petang lepas solat jamak Zohor-Asar dan makan, kami bertolak balik ke rumah Isa/Ku Ila. Malam tu takde aktiviti apa-apa...semua keletihan. Masing-masing tidur awal.
..........bersambung........
11 comments:
comel je kak nadiah nak main ski..ehee :))
safiyyah meragam sbb dia nak main ski jugak kot hehe
Wah! Bestnya dapat main ski..
Cantik tgk lautan salji di kiri kanan jalan tu...:)
Bila tengok gambar snow ni teringat kisah kami bermain salji di Mount ruapehu.. anak2 menangis kesejukan... ketika ini terbayang nikmatnya cuaca panas di Malaysia..hehe
cantik sangat view gambar2 yg 1st tu... masyaAllah, sUbhanallah... dapat lihat gambar pun terpesona... awan sangat cantik membiru...
Safiyyah tu sebenornya nak main ski sekali... ;)
nadiah kena tunggu winter tahun depan baru boleh main :-)
tebalnya saljiiiii
deena: hehe..mak buyung tak sedar diri
yatie: ye la agaknya tu..tu yg tak nak lepas dpd dukungan papa dia tu :D
yus: mmg cantik ;)
k.nida: tu la kan..panas2 jgn duk complain..nikmat sebenarnya tu :)
kakyong: hihi..ummi dan papa yg tak faham2 safiyyah nak main ski jgk :p
lady lavender: kalau ada rezeki ke sana lagi boleh la cuba main ski ;)
h4ni3: a'ah, kat wyoming boleh tahan juga tebalnya
Safiyyah comel mcm jepun! Suka jgk tgk bumbung Rumah yg Ada jurai2 tu..
Seronoknya Kak nad.....
cantiknya pemandangan...
tag GA utk nadiah
http://creativmum.blogspot.com/2011/01/sudikah-anda-jadi-follower-kami.html
Post a Comment