Pages

Thursday, January 27, 2011

Safiyyah si puteri salju kembali lagi! *wink*

Hari tu ada yang bertanya...mana perginya si puteri salju. Takde entry pasal puteri salju macam tahun lepas (read: Safiyyah si puteri salju). Tahun ni lambat si puteri salju nak menonjolkan diri sebabnya winter kali ni tak macam tahun lepas, suhu tak menentu dan salji tak selebat tahun lepas. Tahun ni cepat sangat salji cair. Hari ni salji turun lebat, lusanya dah cair sebab suhu atas daripada paras beku (0'C ke atas). Tu yang tak dapat nak main salji puas-puas. Masa salji turun awal bulan Januari tak dapat nak main salji...si puteri salju dan umminya tak sihat.

Alhamdulillah Sabtu lepas salji turun agak lebat, dapat la si puteri salju main salji keesokan harinya ^_^. Papa dan ummi si puteri salju nak bawak si puteri salju main sledding tapi sampai-sampai je kat sana...melalak pulak si puteri salju bila dia diletakkan atas sled. Sudahnya, sled ditarik tanpa penumpangnya. Apa yang si puteri salju buat bila tak main sled? Haa...meh kita tengok sama-sama aksi si puteri salju Ahad lepas...


Kiri: Safiyyah si puteri salju di usia 11 bulan
Kanan: Safiyyah kini di usia 24 bulan dengan winter jacket yang sama
Winter jacket dah sempit pun nak pakaikan jugak kat Safiyyah :p. Winter kali ni memang tak beli jacket untuk Safiyyah. Yang 1 lagi (warna pink lembut) yang ada dalam entry sebelum-sebelum ni, orang yang bagi. Elok lagi jacket ni, pakai sekejap je pun. Dulu seluar tu Safiyyah tak boleh nak pakai, besar sangat pada dia. La ni sedang molek je cuma jacket je la dah sendat..hee~


Sebelum keluar rumah


Dalam kereta. Suka betul kenyit mata sebelah sekarang ni


Si puteri salju yang menangis bila diletakkan atas sled. Tak mahu dia main sledding. Takut agaknya. Ke..dia rasa tak enjoy main sledding..hmm..entah la. Dia besar nanti kita tanya dia ye :p


Letak dia atas salji baru dia diam. Perasan tak Safiyyah tengah buat apa? Trail! Dari mana entah datangnya idea dia buat macam tu. Mula-mula saya tak perasan juga, bila tengok betul-betul...la..dia buat 'laluan' rupanya! Entah apa la agaknya imaginasi dia masa tu


Mula-mula letak Safiyyah kat tempat salji yang tak tebal sebab risau dia tak boleh nak berjalan dan seimbangkan badan. Lama-lama dia sendiri berjalan ke tempat yang lebih dalam


2-3 kali juga la dia terjatuh masa berjalan kat bahagian salji yang tebal. Dah jatuh tak boleh nak bangun..hihi. Ni kira ok la, dia jatuh hanya disebabkan tak dapat seimbangkan badan berjalan atas salji yang tebal. Setahun lepas lagi kesian tengok dia...langsung tak boleh nak berdiri bila pakai winter jacket tu. Lepaskan tangan, terus dia tumbang padahal masa tu (umurnya 11 bulan), dia dah boleh berjalan dah. Berat sangat jacket tu agaknya pada dia..hee~


Dah boleh berjalan elok atas salji, main kaut salji pulak


Pastu ditaburnya salji tu ^_^


Oh, ni bukan puteri salju...ni si jakun salji :p


Konon-kononnya nak main salji kat belakang rumah keesokan harinya (Isnin)...tapi hajat tak kesampaian sebab salji dah cair..uhuk! Jalan raya pun berair macam baru lepas hujan. Suhu panas masa tu...3'C (panas la untuk Winter)

34 comments:

-aZa- said...

uhuk.....beshnyerla~~~~

Suhana Shahril said...

Bestnya..
Kiut sgt tgk si safiyyah pakai jaket tu...mmg putri salju sungguh..mcm rupa ank jepun pun ada jgk...hehehe..

Liyana Mujahid said...

amboi safiyyah pandai kenyit mata dah..
hehe

dbalkis said...

alala..cantik cute sangat si comel safiyyah dengan baju sejuknya..

ibunaznoy said...

saffiyyah comel sgt pakai winter jacket kaler merah tu,dah bijak berimaginasi...

kakyong said...

safiyyah yg sudah semakin expert & mesra dgn salji..

yatie chomeyl said...

gmbr dia kenyit mata tu nmpk sebijik muka nadiah dah

Affieza said...

Seronoknya Safiyyah main salji tu...hehe

Izan Ishak said...

sangat comel okay si puteri salju berbaju sendat! cubit sikit!!!

mirah said...

comelnya syafiah main salji...:)

h4ni3 said...

wah wahhh

putri salju gitu!!! cute! :)

Lin said...

haha cobby (comel + chubby) je tengok dia dlm winter jacket tu. geram je tengok. :)

Hamizah said...

seronok nengok safiyyah....

♥LOVE2COOK♥ said...

Owh my little snow princess is here!!! Yeayyyy thanks for posting on her!!! :D

She's so so so so so so cute!!! ;)

Mukminah Wahab said...

nampak ummi safiyyah lg excited main salji..hehe.

radziah AR said...

betul tu...mcm anak jepun....comei...nmpk ummi xcited....

Ummi Salsabila said...

Puteri salju ke Puteri jepun? Comel in winter jacket tu

mamalieyna said...

best gilerr! ^_^

alahai happynye puteri salji tu..kiut sngat dia..! cam org jepun dh haa.. hehe..

Lady Lavender said...

ishh..bulat betol pipi safiyyah gambar yg first sekali tu. Geraammmm...heehee

Marsita said...

gelora jiwa nak guling2 atas salji...

NzA said...

eeeeeeeee.....sejukkk!!!!!!!
hujan pn dh rasa sejuk apatah lg main salji....

kak Erna said...

assalamualaikum..nadiah..tak sejuk ke dak comel ni..acik tengok tu..rasa tak tahan..
comel betul dia dengan baju merah nya..

Nida said...

olorrr.... tomelnya.... suka tengok budak2 pakai baju merah...

transformed housewife said...

bolehla jugak main dgn salji sekejap sblm salji cair kan.

♥MAMASYAZA♥ said...

cutenye, akak mmg suka warna merah, berseri seri

makcikrehan KJB said...

tak tahan la tgok gambaq ni lama-lama. jeles gilerrr tau! saffiya kecik2 dah merasa guling2 ats salji. makcik nih dah tua bangka tak merasa lagi buat orang salji. huwaaaaa

LiErOSe~QiEmi said...

comelnye si puteri salju..bestnye... kecik2 dah dpt main salji.. jeles.. hiihi

dora said...

bestnya saffiyyah main salji... bilalah akak dpt main salji ni...
nanti nadiah bersalin kat mana? kat sana ker?
akak br jer aktif blogging balik.... hehehehe.... :)

Nadiah Sidek said...

aza: best! ;)

kak ana: jepun celup..ehe..

liyana: dia kenyit mata kat kak liyana la tu ;)

dbalkis: baju sejuk dah sendat..hee~

ibunaznoy: tu la, boleh tahan jugak dia berimaginasi

kakyong: expert tang kaut2 salji ke? hehe..

yatie: ye ke? sebijik tang mana tu?

Nadiah Sidek said...

affieza: ummi dia yg lebih2 :p

k.izan: pakai baju sendat pun comel ek? hehe..

k.mirah: ;)

doch4ni3: hehe..

lin: cobby?? hehe..mcm2 istilah

k.hamizah: :)

sis love: u're most welcome :)

Nadiah Sidek said...

meen: mmg pun..hehe..

kzie: hihi..umminya jakun salji :p

ummi salsabila: puteri jepun pun puteri jepun la..ehe..

mamalieyna: hee~

lady lavender: pipi safiyyah masa kecik2 dulu mmg lagi bulat berbanding skrg :D

k.sita: guling2 la kak sita sblm balik malaysia

k.nza: mmg sejuk!

Nadiah Sidek said...

kak erna: waalaikumussalam wbt. safiyyah lagi tahan sejuk dpd ummi dgn papa dia

k.nida: merah warna ceria ;)

transformed hw: yup, dpt juga la main salji sekejap

mamasyaza: oo..akak suka warna merah ek?

MR: nadiah pun dah tua2 baru dpt main salji :p

lierose: nanti dia besar bukan dia ingat pun dia pernah main salji..hehe..

k.dora: insyaAllah bersalin kat sini. welcome back to blog :D

cikpuanhady said...

so cutelah safiyyah..my daughter pon suka main snow, siap guling2 lagi..

Tolong boleh :Jom Vote Zahra yang tengah syok tido

nba-Nur said...

Comelnya Safiyyah... Bestnya dapat merasa sendiri salji.. :) Kalau Kak Nur pun tentu jakun nak main salji.. hehehe