Pages

Wednesday, January 12, 2011

2nd pregnancy: 2nd trimester

Alhamdulillah, usia kandungan dah masuk 28 minggu. Secara rasminya, berakhir sudah 2nd trimester dan kini hanya tinggal 1 trimester lagi yang perlu ditempuh...3rd trimester! Mudah-mudahan perjalanan sepanjang trimester terakhir ni juga dipermudahkan..ameen..

Sedikit catatan sepanjang 2nd trimester...


16 weeks
Pergerakan baby dalam perut masa ni dah sangat jelas. Ikutkan, dalam minggu ke-14 saya dah mula rasa baby bergerak tapi masa tu kena letak tangan kat perut baru rasa. Minggu ke-16 ni dah tak perlu letak tangan di perut, memang rasa jelas dah baby bergerak. Masa mengandungkan Safiyyah dulu, minggu ke-17 baru mula rasa dia bergerak. Belum ada pengalaman lagi masa tu kan...lambat la sedar baby bergerak..


17 weeks
Monthly check-up. Kali ni pun Karen yang in-charged. Berat saya 92.6 pounds = 42 kg. Hb = 8.2


18 weeks
Ultrasound kali pertama di Heart and Hands WomanCare. Nak scan, memang kena pergi Heart and Hands WomanCare tu sebab kat klinik (People's Health Center) takde kemudahan untuk buat ultrasound. Tiap kali check-up, midwife hanya akan guna Fetal Doppler je untuk monitor degupan jantung baby. Kat sini ultrasound tak dibuat selalu...charge yang dikenakan mahal! Untuk register dan buat ultrasound masa tu je...kami kena bayar 317 dollar! Uhuhu..mahal sungguh!

Berat baby masa tu lebih kurang 11 oz = 0.3 kg. Kecik je ^_^. Tapi puas hati sangat la buat ultrasound kat sini...dapat 8 keping gambar scan sekaligus! Yang tu yang paling best tu..hee. Berbaloi la dengan charge yang dikenakan tu. Masa mengandungkan Safiyyah dulu, saya hanya dapat sekeping je gambar scan walaupun buat ultrasound banyak kali.

8 keping gambar scan! ^_^


Adik Safiyyah :)


"Hai semua!" ^_^


20 weeks
Dapat bil pertama dari People's Health Center untuk 3 kali prenatal visit dan pengesahan mengandung (yang saya jumpa Dr.Brook awal-awal dulu untuk sahkan yang saya memang mengandung)

1st page


2nd page


Jumlah yang perlu dibayar = 351 dollar!! Ni baru 3 kali prenatal visit punya bil ye..uhuk!


22 weeks
Routine monthly check-up. Midwife yang in-charged: Jearlyn dan Julie (midwife baru). 1st time la saya jumpa Jearlyn. Selama ni check-up dengan Karen je. Baik sangat orangnya. Karen pun sama. Julie tu midwife baru, dia duk tolong-tolong Jearlyn la masa tu. Berat saya untuk minggu ke-22 ni: 97.2 pounds = 44.1 kg, naik 2 kg dalam masa sebulan.

Hb jatuh pulak! 7.6 je. Bacaan Hb saya yang terendah la buat masa ni. Masa mengandungkan Safiyyah dulu tak pernah kurang daripada 8.0. Jearlyn masa tu risau dah tengok bacaan Hb saya. Cepat-cepat dia call Dr.Kenney (pakar), tanya tentang kes saya ni. Lepas diorang bersoal jawab, Dr.Kenney kata takde apa yang perlu dirisaukan. Alhamdulillah. Katanya memang normal kalau Hb pembawa thalassemia macam tu cuma seboleh-bolehnya jangan sampai Hb kurang daripada 7.0 je la..


27 weeks
Check-up terakhir untuk 2nd trimester. Midwife yang in-charged: Julie. Berat saya: 100.4 pounds = 45.5 kg, naik 1.4 kg. Hb alhamdulillah naik sikit berbanding sebulan sebelum ni (8.2). Oh, masa ni saya dapat jumpa dan sembang-sembang sekejap dengan Dr.Brook. Lama dah nak tegur Dr.Brook tapi tak kesampaian sebab Dr.Brook sibuk dengan tugasnya. Saje nak sembang sebab nampak perut Dr.Brook besar..hihi. Dr.Brook mengandung jugak! Tak sangka betul. Dah la EDD kami dekat sangat. Dr.Brook 1 April, saya pulak 6 April tapi saiz perut kami berbeza sungguh! Rupanya dalam perut Dr.Brook ada 2 baby. Kembar!!! Seronoknya Dr.Brook bakal dapat anak kembar! Rasa teringin nak anak kembar jugak..eheh..

Lepas ni dah mula la buat check-up 2 minggu sekali. InsyaAllah minggu depan 1st check-up untuk 3rd trimester :)

26 comments:

Mek Rose said...

baby...nanti kuor 3 april ye..leh kwan ngan aunty..eheheh...

mahal ye cas2 dia..uhuhu..convert ke RM..woweeeee...

moga nad sihat2 n baby ok2 je ye..take care dear

yatie chomeyl said...

wah, xlama dah ni..lg 3 bulan..:)

Aleyn said...

Bestnyer nak dapat baby baru...semoga segalanyer dipermudahkan olehNya, amin

Confession of a Coffeeholic Momma said...

the honeymoon period of pregnancy is over. tiba masa utk terasa sarat, tak larat, frequent braxton hicks, kaki bengkak...... cobaan.

i have about 7weeks to go, ni pun rasa cam lama aje. huhuhuhu...

doa2 dipermudahkan utk kita yek.

maszmadi said...

eee bestnyer, suka baca n3 kengkawan yang nak ada baby nie..... teringat dolu2 time preggy

Najwa.H said...

8 keping gmbr tu sangat nice!!!
suka...
tak sabar nk tunggu adik irfan besar - nak scan juga ;)

fawwaznuha said...

salam..

dah 28 wks eh..sy bru nk masuk 27 wks ;)..dah tau jantina baby ke?
kita samalah low HB..tp Nadiah lg rendah eh..last berat sy 47..x sangka ada lagi org yg ringan dr saya huhu

Chik Na said...

wow mahalnya kena bayar tuk buat ultrasound kat US...
kat KL, zaman akak pregnantkan faiz & sufia, everytime p jumpa O&G Dr buat ultrasound... cost jumpa Dr n buat ultrasound tak sampai RM 100..tapi tu cost 7 tahun lalu laa

fawwaznuha said...

lupa pla nk share..kat sana mesti byk buah kiwi kn? makanlah byk2..bgus sebab tggi zat besi...mgkin membantu naikkan HB

h4ni3 said...

comelnya nampak tangan baby tu! jelas sungguh!

arin said...

semoga semua nya selamat..

Assalamualaikum...I'm Siti said...

Subhanallah..indah sungguh ciptaan Allah..cute nya adik safiyyah :)

husna said...

dah nak dekat dah.
kak nadiah kalau mengandung bukan nampak sangat perut tu.
tengok gambaq kak nadiah bercuti baru2 nih, nampak macam biasa ja.
macam2 dl2 masa mengandungk safiyyah.
kak nadiah, semoga semua dipermudahkan ya.
muahs tuk adik safiyyah.

Anonymous said...

Salam perkenalan Nadiah,

Tahniah bakal mendapat cahayamata kedua ye. Sy di Virginia (juga di bawah tajaan usm- soc sc). Gembira dpt jejak org2 usm ni :)

-nadh-

Ros Illiyyuun said...

Salam dik.. :)

Semoga sentiasa sihat dan selamat dalam peliharaan-Nya,ameen.

Unknown said...

Amboi adik safiyyah dah pandai lambai2 tangan yer... berbaloi la dpt 8 keping dgn pose berbeza... :)

lady lavender said...

comei ajek gambat yg tengah duk lambai2 tangan tu heehee..take care nadiah..

K.Asna said...

lama dah tak singgah sini...tahniah Nadiah, akak doakan selamat semuanya...

NzA said...

moga semuanya ok...dh xlama lg tu....

deena farhana said...

moga kak nadiah terus sht dan slmt melahirkan baby nanti:)

Nadiah Sidek said...

rose: hihi..tak tau la baby nak keluar bila. tq! :)

yatie: a'ah..tak lama dah..

aleyn: ameen. tq! :)

mama miya: insyaAllah..sama2 doakan ek :)

maszmadi: saya pun suka baca entry org nak dpt baby ^_^

Nadiah Sidek said...

najwa: sabar naa.. :D

fawwaznuha: masa 1st pregnancy dulu pun mcm ni la berat saya..hihi..

chik na: huhu..mmg mahal!

fawwaznuha: kiwi boleh naikkan Hb ek? suka gak kiwi. thanks for sharing :)

h4ni3: suka gak gmbr tu! baby mcm tgh melambai ^_^

Nadiah Sidek said...

k.arin: same goes to you kak arin!

siti: :)

husna: a'ah, lebih kurang je mcm akak mengandungkan safiyyah..ramai yg kata perut akak tak nmpk ;)

nadh: oo..duduk di virginia ye? mcm mana nak contact ye? mana tau boleh jumpa nnt. ni emel saya: umm_syuhada@yahoo.com

k.ros: ameen. tq kak ros! :)

Nadiah Sidek said...

kakyong: hihi..mcm betul2 tgh melambai, kan kakyong? :)

lady lavender: nadiah pun suka gambar tu! ;)

k.asna: tq kak! :)

k.nza: tu la..doa2kan supaya dipermudahkan ye..

deena: ameen. tq deena! :)

boundaries said...

smg sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah..

Hai adik safiyyah^_^jelas gamabar dia best dapat gmbr mcm tu

nba-Nur said...

Tahniah Nadiah. Semoga dipermudahkan segalanya..