Winter Trip 2010: Colorado & Wyoming #2
......sambungan....
26 Disember 2010
Tengahari, kami semua (termasuk Isa sekeluarga) bertolak ke Fort Collins, nak ke kenduri. Ni pun bertolak lambat juga daripada perancangan asal. Masing-masing tak hilang letih lagi main ski hari sebelum tu. Sempat bergambar sekejap di sekitar kawasan University of Wyoming..

Dalam pukul 2 petang baru kami sampai kat tempat kenduri..orang dah selesai buat solat hajat dan baca Yaasin dah pun masa tu..



Bawah: saya dan suami bersama Irfan, Irfan Jr (dah la nama sama...warna baju pun sama! ^_^) dan Tok Mek

Umur dah nak masuk 3 siri pun perasan remaja lagi..eheh. Tak sangka jumpa sorang lagi yang sebaya. Lida yang tegur saya dulu (selalunya memang orang yang tegur saya dulu...saya nak tegur orang dulu lambat sikit la...jenis berat mulut!). Mula tu dia panggil saya kakak sebab dia ingat saya lebih tua daripada dia, muka saya nampak matang katanya. Sekali datang pulak Ku Ila...dia la yang bagitau saya pun sebaya dengan diorang. Saya pulak dulu masa baru kenal Ku Ila..ingatkan dia kakak...dah majoriti yang saya kenal kat sini lebih tua daripada saya..tu yang confident panggil Ku Ila tu kak Ila :p. 1st time dengar orang kata muka saya nampak dewasa/matang...selalunya orang duk ingat saya ni budak tak cukup umur lagi :p

Ada sorang lagi jiran abe Jie (abang Mat) ajak singgah rumah jugak. Kami pergi jugak la rumah abang Mat tapi hanya sekadar bersalam-salaman je la. Nak duduk-duduk tak sempat la..nak mengejar masa ke Denver, Colorado pulak..dah mula gelap pun masa tu.
Sebelum tu singgah dulu rumah abe Jie...dah masuk rumah abe Jie...mana boleh sekejap...mesti kena 'tahan' punya..disuruh makan dulu pulak. Kami dijamu laksa Kelantan dan roti + kaya, lebihan hidangan kenduri. Saya makan roti dengan kaya je malam tu. Masa kenduri lagi teringin nak makan roti dengan kaya tapi perut dah penuh..tak boleh nak masuk dah. Memang rezeki saya la dapat makan homemade kaya...hasil air tangan Tok Mek. Sedap! Jauh lebih sedap daripada yang dijual kat kedai!

Dalam pukul 7 malam baru kami bertolak dari rumah abe Jie. On the way ke Denver, singgah sekejap di Outlets at Loveland, Loveland. Sekejap je pun kami kat sana. Masa kami sampai tu pun dah nak tutup dah kedai. Lepas daripada tu kami terus ke Denver. Kami sampai di Denver lebih kurang jam 10.45 malam dan bermalam di Econolodge (56 dollar per night excluding tax). Campur tax, 64 dollar kesemuanya. Biliknya memang selesa la

27 Disember 2010
Destinasi pertama kami pagi tu lepas bersarapan dan check-out...Colorado State Capitol.
Puas bergambar di Colorado State Capitol, kami nak teruskan perjalanan ke 16th Street Mall tapi tiba-tiba ternampak pulak bunting ni:

Dah tak boleh masuk muzium, kami terus ke 16th Street Mall. Sebelum tu duk fikir apa benda la 16th Street Mall ni. Tarikan apa yang ada kat sana? Disebabkan ramai yang cadangkan kami pergi ke 16th Street Mall, kami pergi juga la. Rupanya...tempat shopping! Tapi unik dan cantik tempatnya. Sepanjang jalan tu (16th Street) memang shopping complex tapi tak sesak macam tempat lain. Hanya bas khas je yang lalu sepanjang jalan tu.




.......bersambung lagi...... ^_^
p/s: gambar-gambar bertarikh 27 Disember tu semuanya gambar-gambar ihsan daripada kamera Irfan. Saya terlupa bawak charger kamera masa pergi trip kali ni...nak beli charger baru takde kedai yang jual pulak..huhu...
9 comments:
sapa lah yg kata muka Nadiah matang ni... yg gambar ber3 sebaya tu kan.. kakyong rasa muka nadiah la yg mcm muka budak sekolah.... hehehhe....
wah.. syiok dpt makan best.. jln2 lagi... ni ke penangan demam tu... ;)
waaah serononye tmpt orang! ramai jgk malay kt sana eh..
bab makan2 best tu..hehe..
Nadiah,tengok pic macam tak caya pic kat obersea,,,yelah mcm kat msia gamaknya..seronok kan jumpa ramai org msia..owh nasiah suka coklat juga yea..sama kita nak anto jauh bebebnor..kalau idak leh bagi rasa..cian dia..tak per tu dah beli kat sana ok laa kan..
pipi mak buyung nampak tembam sikit, semkain comel..rasa nak cubit2 je hehe
mana perut kak nad...puas cari,tak nampak pun..hihi.
rmi btul msian di sana yer.meriah!
Seronok bila dapat jumpa rakan senegara ditempat orang..
setuju dgn Kyong. dlm 3 org yg sebaya tu, nampak Nadiah paling muda.
bila dah jumpa ramai malaysian camtu, sure kurang sikit rindu kat kampung halaman kan.. :D
kakyong: hehe..boleh la menyamar jadi budak sekolah
mamalieyna: kat tmpt lain ramai la..tmpt kite ni tak ramai
kak asma: yup, saya suka coklat ;)
yatie: bukan tembam sikit..tembam byk :p
ummi salsabila: perut menyorok..hihi..
k.nida: betul, betul!
transformed hw: dah la kecik..lagi la org ingat mcm budak sekolah :p
h4ni3: a'ah..kurang la sikit.. :)
Post a Comment