Pastu kami decide pergi ke rumah Abe Jie masa Winter Break sebelum Tok Mek balik semula ke Malaysia. Kebetulannya pulak Abe Jie jemput ke kenduri doa selamat pada 26 Disember sempena ulang tahun kelahiran 2 orang anak bujangnya dan sempena kepulangan Tok Mek ke Malaysia (2 hari lepas kenduri).
Suami saya mula kenal Abe Jie melalui Facebook. Selama ni duk bersembang kat Facebook je la. Masing-masing excited nak jumpa sebab suami saya dan Abe Jie tu kira sekampung la...sama-sama orang Kuala Krai, Kelantan. Kelakar pulak. Orang Kuala Krai tak berjumpa di Kuala Krai tapi di Colorado :p.
23 Disember 2010
Kami bertolak dari rumah hampir tengahari, dalam pukul 11.45. Kali ni kami sewa mini van pulak (kat sini dipanggil mini van, kalau kat Malaysia, MPV la) sebab 4 orang adik-adik undergrad; Alif, Irfan, Fatin dan Fizah pun ikut sekali. Perjalanan dari sini ke Colorado makan masa lebih kurang 8 jam. Alhamdulillah kami sampai di rumah Abe Jie pukul 7 malam (waktu Colorado). Kalau ikut waktu Lincoln, dah pukul 8 malam le dah.
Sampai-sampai je di rumah Abe Jie, kami terus makan :p. Suami saya makan macam dah tak ingat dunia..heh. 3-4 pinggan nasi dia makan malam tu. Lauk utama: ayam percik Tok Mek. Suami saya kata macam betul-betul ada kat Kelantan. Lama dah dia tak makan ayam percik pure Kelantan. Sepinggan ayam percik tu dia la yang perhabis. Saya hanya makan 3 ketul je. Sepinggan lagi, adik-adik undergrad kongsi sesama diorang. Tiba-tiba rasa malu nak ngaku tu suami sendiri :p. Air tangan orang tua kan...mana boleh lawan. Pastu ada budu cap Ketereh (Tok Mek bawak dari Malaysia!) dan petai...lagi le laju dia makan. Isy, isy..
Pastu macam biasa la...sembang-sembang...mandi, solat...tidur! ^_^
24 Disember 2010
Sebelum ke Laramie, Wyoming, kami ke Rocky Mountain National Park dulu. Subhanallah, cantik sungguh tempatnya. Dalam gambar tak nampak sangat keindahan Rocky Mountain tapi realitinya sangat cantik. Tak tahu nak describe macam mana. Ni la tempat tercantik yang kami pergi sepanjang seminggu trip kami.
Agak-agak boleh masuk World Record tak ni sebagai kumpulan pertama yang makan nasi goreng dan jemput-jemput di Rocky Mountain :p. Tak pun...nasi goreng dan jemput-jemput Tok Mek yang pertama dibawa ke Rocky Mountain ^_^
Antara pengalaman termahal yang tak boleh dijual beli...menunaikan solat dalam keadaan sejuk ya amat, salji di kiri kanan! (sori Irfan..akak ambil gambar Irfan curi-curi! Jangan marah naa...nanti cepat tua :p)
Dalam pukul 4.30 petang kami bertolak ke Laramie. On the way ke Laramie tu, perjalanan yang kami tempuh agak menakutkan. Kabus tebal masa tu, dah la malam...memang tak nampak apa-apa kiri kanan jalan. Depan pun nampak samar-samar je. Nak berhenti tepi jalan lagi la bahaya. Suami saya terus drive juga la perlahan-lahan. Yang lain masing-masing diam seribu bahasa! Doa je la supaya tak terjadi apa-apa yang buruk. Alhamdulillah, lebih kurang jam 8.30 malam kami selamat sampai di rumah Isa/Ku Ila di Laramie.
Bila dah sampai tu, baru la kami tahu jalan yang kami lalu sebelum tu (yang menakutkan tu) antara jalan paling merbahaya di US! Isa dan Ku Ila lupa nak bagitau kami supaya jangan lalu jalan tu sebab cuaca agak buruk masa tu. Mujur la takde kejadian yang tak diingini berlaku. Dah GPS tunjuk jalan tu...kami ikut je la..uhuhu. Kalau siang takpe. Malam-malam agak bahaya, nak-nak bila kabus tebal. Memang tawakkal je la waktu tu.
Lepas makan nasi dan sembang-sembang, kami ke rumah sebelah pulak. Makan lagi! Eheh. Jiran sebelah Isa/Ku Ila tu orang Malaysia juga. Diorang tahu kami nak ke rumah Isa/Ku Ila, diorang ajak la minum-minum kat rumah diorang sambil kenal-kenal..
.........bersambung........ ^_^
18 comments:
rupanya ur hubby rindu budu ketereh.nasib baik kami mmg bawak dr msia stok budu ehehe
salam - seronok nyer :) gambar pun cantik suka sgt tengok kan
Cantik2 pemandangan...org pun sekali lah....
mmmm nadiah tak cuba makan budu ke...
wah.
cantiknya pemandangan rocky mountain.
terus bukak wiki nak baca pasal rocky M ni.
mmg cantik sgt pemandangan tu....
abe nadiah ore klate ye?????
safiyyah pi jalan2 dapat boifren yer.. hehehe
syokya cuti2 lagi yea..takpe pusing2 dulu selagi beluum bersalin :-)
kak, cantiknya pemandangan kat rocky mountain tu...
solat di mana2... teringat ms travel ke new zealand 4 thn lps... km solat je tepi jalan, amik wudhu' dgn air sungai yg sejuk gila kt kaki gunung mount cook... huhu... pengalaman berharga tu!
sronokkan dptjln2 camni, cantik ekk pemandangan kat rocky mountain tu. bertuah sgt anak2, kecik2 dah berpeluang keliling dunia
bestnya...cantik...ingin menikmati kecantikan tersebut...tp apakan daya...tp lagi geram tgk pipi nadiah...comel sgt...
bila la dapat round US macam Nadiah nih
Ayam percik kelantan yang kuah dia warna putih tu ke? Haha, budu asli import dari Malaysia eah. :)
cantiknya view! subhannallah...dpt tgk je.ade rezeki ke tak ke sana nnt..:)
syoknya mak buyung dapat jalan2 lagi yek..sejuknya dah sampai mesia ni eheheh
yatie: mmg pun :p
k.lina: seronok! ;)
k.yati: belum sampai seru la nak rasa budu..hehe..
husna: cantik sgt!
k.nza: yup, dia ore kuala krai :)
h4ni3: belum cukup umur lagi nak berboipren..ehe..
lady lavender: enjoy dulu sblm bersalin..hihi..
ashanas: sgt berharga dpt pengalaman2 mcm tu, kan?
mamasyaza: anak tak reti apa jln2 masa ni..mak bapak yg sakan..hehe..
k.zie: hehe..apa la akak ni..pipi nadiah pulak yg digeramkan
chik na: ada peluang mai la jln2 kat US
amirul faiz: a'ah, ayam percik kelate yg putih tu
ummi salsabila: ada rezeki dpt la ke sini ;)
ummi aisyah: mak buyung tak sedar diri..hihi..
akak,
tak sabar na bace sambungannya. Seronok! (=
cantik betul view nya tu... Masya ALlah..
tak leh tahan baca 2-3 perenggan yg awal tu.. huhu 3-4 pinggan gara2 penangan budu & petai.. + air tangan Tok Mek lagi... huhuu...
Post a Comment