Pages

Thursday, July 12, 2012

Setahun lalu: Berries picking

Dari Flamm Orchards, kami terus ke Blueberry Hill Farm yang juga terletak di Cobden, Illinois. Walaupun namanya Blueberry Hill Farm, bukan hanya blueberry yang ada di sini. Strawberry, raspberry dan blackberry pun ada tapi masa kami pergi ni musim strawberry dah berakhir. Punyalah jauh beratus batu kami pergi petik berries :p. Di Nebraska ni bukan tak ada cuma tak berkesempatan nak pergi.




Bersiap sedia untuk memetik berries!


Dah sedia!


Safiyyah diajar papanya memetik blueberry.


Safiyyah dah boleh petik sendiri.


Dah kutip, masukkan pula dalam bekas yang diberi.


Ni berlakon je ni..hihi. Nak juga ada gambar kenang-kenangan petik blueberries ^_^.


Tak banyak pun yang kami petik, sekadar suka-suka sahaja. Sekurang-kurangnya dah pernah tengok sendiri pokok blueberry dan ada pengalaman memetiknya :). Lepas tu kami ke ladang sebelah pula...ladang blackberries! Bersebelahan je ladangnya cuma kena menuruni bukit sedikit.




blackberries
Blackberries! Yang merah tu belum masak lagi. Barulah saya tahu pokok blackberries berduri. Kena hati-hati nak memetik buahnya.


Nampak Safiyyah seronok petik berries. Rasanya tangannya tu kena juga duri tapi tenang je dia...tak nampak macam sakit pun terkena duri. Sebelum tu panik juga saya tengok tangan Safiyyah merah. Penuh di tapak tangannya. Ingatkan berdarah. Tengok betul-betul, alhamdulillah bukan darah.


Saya tengok je Safiyyah petik. Saya tak petik pun. Tengah menyusukan Shakir sambil berdukung. Lepas tu rasa nak tercabut tangan sebab lama sangat dia menyusu >_<. Nak menyusukan sambil duduk, Shakir tak mahu...dia sedang alami nursing strike masa ni. InsyaAllah saya ceritakan dalam entri lain.


Sebahagian hasil yang Safiyyah dapat. Yang belum masak pun dia ambil juga..hehe. Tak apalah, bukannya dia tahu yang mana dah masak, yang mana belum. Janji dia gembira :).




Masa untuk menimbang dan membayar. Murah sangat kalau nak dibanding dengan yang dijual di kedai. Segar dari ladang pula tu.


blueberries and blackberries
Inilah hasil blueberries dan blackberries yang kami dapat ^_^.


Macam nilah keadaan tangan Safiyyah yang membuatkan saya panik seketika.


Sampai tertidur pegang blackberries tu. Dia yang nak pegang sendiri. Saya nak ambil dari tangannya, dia marah. Sudahnya, tertidur dengan blackberries ^_^.


Hajat di hati, tahun ni nak petik strawberry di Roca Berry Farm yang terletak di Nebraska ni tapi hampa selepas terbaca maklumat di bawah ni:

Huhu...punah harapan nak petik strawberry.


11 comments:

Nieyl said...

ala..tomey nyer la die petik buah tu yea...tgk tuh...kepenatan die...hihi...=)

eB said...

alahai, terlentyuk suker ker terlentuk penat tuh...
uishhhh kalo eB pn panik tgk tgn anak g2... lawak kan? cepat nor paniknyer... ader ubt ker utk org cpt panik nih? ;p

Affieza said...

Seronoknya Safiyyah petik berries tu...hehe

Ina Hashim said...

comelnya dia tertido sambil pegang berries tuuu

aLyNnZ said...

sonoknyer..kalau kat mesia nie dapat petik strawberry jew..mahal tak nadiah..?

Asmara said...

tak pernah pergi picking berries, mesti best kan. buat cake ke byk2 tu nadiah? ;D

Oyis said...

oh syg nya x dpt petik strawberry. x pe, petik pumpkin plak nnt in the autumn (or fall, as the Americans call it) hehe

Hanis MY said...

Comelnya safiyyah petik berries cuak jgk tgktapak tgn dia tu

Papa Mifz said...

wah untung yer dapat melalui pengalaman tuh semuo...kat Malaysia nih paling kuat pun petik strawberry jer...huhu

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Bestnya dapat petik buah segar dari ladang ni kan.. tambahan murah pulak... terbalik pula di Malaysia.. yang dipetik mahal... yang dijual pula murah :P

Teratak Hami said...

Seronoknya dapat pengalaman macam ni. Bila Safiyyah besar nanti, sure dia happy tgk gambar dia di US kan.