Saya mula tahu berita ni melalui seorang adik undergrad yang berada di Ames yang kebetulannya tinggal di blok bersebelahan dengan blok yang terbakar tu. Memang terkejut sangat. Besar ujian buat mereka di saat Ramadhan semakin menghampiri. 17 orang pelajar Malaysia hilang tempat tinggal dan harta benda. Keluarga mereka di Malaysia pasti tak senang duduk mendapat perkhabaran ni.
Gambar ni saya ambil dari Facebook adik undergrad berkenaan. Masa ni dah 6 jam kebakaran berlaku tapi api masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya.
Berita selanjutnya boleh dibaca di pautan berikut:
Pada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh berbuat demikian sama ada melalui salah satu cara berikut yang telah saya bold tulisannya:
Ahad, Julai 15 : Kebakaran telah berlaku di salah satu kawasan perumahan di Iowa State University bermula jam 5.30 pagi sehingga 1 petang. Sebanyak 5 buah rumah pelajar Malaysia terlibat dalam kebakaran itu dan menyebabkan 17 pelajar Malaysia kehilangan tempat tinggal, harta benda, dan barang-barang berharga.
Semoga kita semua dapat sama-sama membantu meringankan beban rakan rakan kita. Sumbangan kepada mereka boleh dihulurkan kepada tabung bancana MISG melalui paypal wan.khalil.ahmad@gmail.com. Sila tinggalkan nota, Tabung Bencana MISG.
Alternatif lain adalah dengan menghantar cek (payable to Wan Khalil Ahmad) ke alamat dibawah:
Tabung Bencana MISG
Attn: Wan Khalil Ahmad
184 Legion Lane,
State College, PA 16801
Kepada mereka yang berada di Malayia, wang sumbangan kepada Tabung Bencana MISG boleh disalurkan melalui akaun bank CIMB-Islamic Wan Khalil Wan Ahmad, no akaun: 12370000201201. Sila hantarkan email kepada wan.khalil.ahmad@gmail.com untuk memudahkan urusan penyimpanan rekod.
Semoga Allah mengganjari usaha kecil kita ini. Ameen. [sumber: MISG]
Nota: Doakan agar urusan kesemua pelajar yang terlibat dipermudahkan oleh Allah ye.
8 comments:
Allahuakbar.. Moga mereka tabah dengan ujian ini.
MasyaAllah... semoga ujian yang sebegini tidak melemahkan iman mereka dan terus tabah..
Ya Allah...besar sungguh ujian yang diberikan...
sesungguhnyer Allah mengetahui segalanyer dan merancang apa yang terbaik buat mereka...
Semoga segalanya dipermudahkanNya.. amiinn...
smoga dipermudahkan. aminnnnnnnnnnnn
Semoga mereka tabah menghadapi ujian ini dan allah mudahkan urusan mereka..
Ujian dari Allah. Semoga mereka tabah dan InsyaAllah ada rahmat disebalik ujian ini.
Ya Allah kesiannya..smg mrk btabah..
Post a Comment